السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Satu Cinta....mula-mula dengar lagu ni masa ziarah blog Mar, sedap sangat. Balqis terdengar lagu apabila dimainkan dalam laptop. Sudahnya, didownload dan bluetooth dalam henset. Kesannya, b2 dan Hasnah addicted..haha ^_^. Lagu ni je yang dipasang dan diulang dengar, memang macam ni selalu bila jumpa lagu sedap.. ( nak buat macam mana, b2 ni setia pada satu ^_~ Hasnah nak cakap dia setia juga lah tu, haha ) Lagu ni jugalah yang dipasang sekarang, dari UIA Nilai ke rumah...ye, sekarang dekat rumah, cuti raya Cina, 2 hari je tapi xpelah bersyukur sebab xleh rehat lama2 sangat, dah nak final exam...=) kalau lama2, lain macam pula....
Ni cuma mencuri masa sekejap nak update, lepas ni xleh nak main sangat, nak final exam dah...sekarang pukul 4.22 pagi...sunyi dan tenang...mengimbau balik perjalanan waktu balik rumah, pengembaraan musafir kali ini sangat bermakna...ibarat mengutip permata pengalaman walau permusafiran hanya sementara....
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Teringat sewaktu dalam ktm, seperti biasa bertolak petang selepas Asar dari KTM Nilai ke KTM Putra dan seperti biasa juga ramai orang berasak-asak. Hanya ujian kecil, DIA suka menguji dan mengusik hati ini..=). Memang ramai orang, dah rancang dengan 'partner balik', Zila nak berdiri je satu jam lebih sebab bimbang takut tak boleh nak kuar masa dah sampai stesen Putra. Pengalaman sebelum ni mengajar. Baik..berdiri dalam tempoh yang lama, tak terasa. Saya suka memerhati suasana dalam ktm, melihat gelagat manusia. Ramainya manusia, apa yang dibuat sehari-hari ye. Apa ye yang dibuat selama ni dalam perjalanan menuju syurga-Nya...mengelamun lagi....
Tiba-tiba, ada seorang kakak yang berdiri agak dekat meminta untuk duduk sebentar daripada berdiri, kepala menunduk sambil memegang payungnya. Saya hanya memerhati...kakak itu dikelilingi beberapa wanita Melayu sepertinya namun mereka hanya mampu memandang keadaan kakak itu dan melemparkan pandangan ke arah lain....tiada reaksi..
"Akak, akak pening?". Saya cuba bertanya.
" Ye, dik..". Kakak itu kelihatan sakit namun masih mampu tersenyum.
Kasihan dia. Saya pun tak tahu nak buat apa, harapnya pertanyaan itu dapat mengurangkan pening dia sedikit. Saya pun dah pernah mengalami keadaan seperti ini, walaupun tengah sakit tapi apabila ada orang cuba mengambil berat, kesakitan dirasakan sedikit hilang.
"Kenapa dengan dia?". Saya menoleh ke arah suara tersebut, berdekatan, sangat dekat. Seorang wanita Cina bertanya, soalan ditujukan kepada saya.
" sakit kepala....she had a headache.."
"ohh..headache..saya dah nak keluar...( sambil menunjuk tempat duduknya)"
" auntie dah nak turun..next station?"
" next station...". Saya faham maksud wanita Cina tadi.
Tempat duduk itu diberikan kepada kakak tadi.
"Nice to meet you, auntie ^_^ ". Wanita Cina itu hanya tergelak. Fenomena ini cuba diteropong. Seorang gadis Melayu yang sakit dibantu oleh seorang wanita Cina. Kaum yang seusianya langsung tak mengambil perihal kakak tersebut tapi masih ada yang baik hati memberikan sebotol air minuman. Sedih...
Tak hairanlah kenapa dilihat bangsa Cina lebih maju. Akhlak mereka. Ya, akhlak mereka. Umat Islam yang sememangnya diajar untuk berakhlak dengan orang lain tapi sedikit yang benar-benar menghayati. Umat Islam yang diajar untuk saling mengambil berat antara satu sama lain kerana kita semua adalah saudara, namun sedikit yang benar-benar merenungi. Teringat adik sendiri yang dilayan buruk oleh peniaga runcit Melayu. Adik balik dan bercerita ketidakpuasan hatinya. Teladanilah akhlak Rasulullah (sollu 'alan Nabi), hebatnya peribadi Rasulullah sehinggakan akhlak Rasulullah dikagumi musuh-musuh Baginda sendiri. (Subhanallah...aku merindui Rasul-Mu..=( ) .
Kalau nak berdakwah juga, akhlak amat penting sebab kebiasaannya, action speaks louder than words.
"Akak, akak nak berhenti dekat KL Sentral kan?".
" Ha'ah dik..". Saya lantas memerhati peta KTM. KL Sentral dulu baru Putra.
" Akak tidurlah dulu, sampai KL Sentral nanti, saya kejut ye"
" Terima kasih, dik.."
Kasihan dia...dalam tempoh itu..saya memerhati...mengelamun lagi....
"Akak...? Akak, lepas ni KL Sentral"
" Oh ye ke...terima kasih, dik". Dia mula bersiap, sebelum mula menyarung seliparnya...dia bercerita.."
" Akak accident sebelum ni, sebab tu pening..akak dah OKU"
" Ha, accident, dengan apa?"
" Dengan bas..."
" Akak naik apa? "
" Akak naik motor.." Allahuakbar....
" Bile kak?"
" Setahun yg lalu..."
Kakak itu membuka stokin kakinya dan menunjukkan jari kakinya yang telah tiada, terpaksa dipotong akibat accident. Allahuakbar, betapa ujian KAU buat yang lain lebih berat. KAU mengusik jiwa lain lebih daripadaku. KAU mempertemukan aku dengan kakak ini untuk aku mengambil 'ibrah dan pengajaran. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman ktm akan berhenti di stesen seterusnya, KL Sentral. Kakak itu kelihatan mencari sesuatu di dalam tas tangannya.
"Adik ambik ni ye". Sekeping business card. Saya membelek kad tersebut, mata ketika itu hanya sempat menangkap alamat emel.
" Kak Norie....Norita?"
" Norihan...=).."
" Oh, iye..^_^"
" kalau ada masa adik ziarahlah UKM. Kakak pergi dulu ye, terima kasih dik...Assalamualaikum..=)"
" Waalaikumussalam....=) ". Terus membelek kad tersebut.
Islam mengajar taaruf, hasilnya...ini yang saya dapat. Alhamdulillah, hari itu, satu ukhuwah berjaya ditaut.
Jiwa terasa tenang...damai...Ya Allah, apa yang aku buat adalah kerana cinta...kerana satu cinta...cinta kepada-MU.
( dan sekarang....cuba berhubung dengan kakak tersebut... kakak tu sedang menyambung master di UKM....masih dalam proses taaruf lagi...)
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Akhirnya, kaki berjaya dijejakkan di Stesen Putra. Alhamdulillah, sampai pun kita ye Zila ^_^. Zila dah letih sangat dah tu, cepat-cepat beli makanan ^_^. Kemudian, naik ke musolla untuk solat Maghrib.
Ingatkan boleh berehat sekejap tapi ya Allah, udara dalam musolla lebih panas daripada di luar. Sangat panas, terasa sesak nafas dengan hawa di dalam. KAU menguji lagi cinta dalam hati ini...=) . Ye, sabar...
Cerita di dalam musolla, taaruf dengan seorang kakak. Kakak yang baru menyambung pengajian di sebuah kolej di Subang Jaya dalam bidang nursing. Tua setahun, umur 20 tahun. Menurut kakak itu, ini kali pertama pulang ke rumah di Kelantan. Baru sahaja menyambung pengajian pada bulan 1 tahun ini. Seronok berkongsi cerita. Kakak itu bercerita mengenai interview. Kemasukannya ke kolej tersebut adalah melalui bantuan sponsor daripada satu organisasi.
Rancak bercerita, interview tersebut meminta memperkenalkan nama, dan bertanya beberapa soalan kepada kakak itu. Soalan berkenaan pengetahuan tentang organisasi tersebut, apa yang diketahui mengenai jantung (nak ambik nursing kan) dan macam2 soalan lagi sehinggalah satu soalan yang sangat menarik perhatian saya.
" Dia tanya macam2, dia ada tanya akak kalau akak terpaksa pakai terbus nurse tu, akak sanggup x"
" Terbus nurse? yang pakai nampak leher, yang tu ke kak"
" Ha'ah yang tu la"
"Akak jawab apa?"
" Have to la..have to.."
" Akak nak pakai?"
"Nak buat mcm mana, terpaksa"
Saya sedih.....dan kecewa. Kakak ini seorang yang educated melalui cara percakapannya. Ya, seorang yang berpendidikan, kalau tidak mana mungkin daripada 100 orang yang menghadiri interview, dia termasuk dalam 40 orang yang terpilih. Kakak ini juga seorang yang mempunyai pengetahuan agama...namun saya kecewa dia lebih memilih kerja daripada mempertahankan maruah dan harga dirinya.
" Akak, akak pernah dengar tak, niat yang baik tak menghalalkan cara? "
" ohh..ye2..."
Cuba memasukkan jarum... berhati-hati...
" bagi saya la kan akak, kalau saya jadi akak, saya akan jawab 'no' dkt orang tu... saya takkan buat macam tu. Niat kita memang betul, nak belajar dan nak dapat kerja (ye, akak ini memang mementingkan jaminan kerja, perlu ditekan bahagian ni) tapi tetap tak boleh nak dedah aurat kita. Allah kan suruh kita tutup, jadi kita kene tutup aurat kita...xleh buka...itu hanya peraturan manusia. Kita kene ikut peraturan Allah, apa yang Allah dah tetapkan. Kalau kita ikut apa yang Allah suruh, rezeki tu pasti ada, percayalah, pasti ada".
" emm...*angguk2*". Kakak itu masih tersenyum. Perbualan berakhir di situ sahaja....
Entah kakak itu puas hati atau tidak dengan jawapan saya. Alhamdulillah, kakak itu mendapat peluang belajar di kolej yang memerlukan tudung. Saya yakin ramai lagi di luar sana yang mengalami situasi seperti kakak ini. Itu ujian, untuk menguji cinta kepada Yang Satu. Hanya doa yang mampu mengiringi....Semoga rahmat Allah mengirimu, kak....Barakallahu feeki...
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bila dah bermusafir, macam2 ditemui. Amat membuka minda, mematangkan diri.
Oh, dah nak masuk Subuh, hehe. ^_^ Pagi Sabtu sekarang, pukul 9.30 pagi nanti bertolak balik....ke Nilai..perjuangan mesti diteruskan! fokus dan semangat!
2 minggu je lagi....nanti kakak balik rumah semula lagi ye, dik...Insya-Allah...
~~ bagaimana ye sahabat2 di Mesir, sangat bimbangkan keadaan mereka...Ya Allah, lindungilah mereka...
~~ 3/2 birthday sahabat cyber...Wani, HAPPY BIRTHDAY !!!! ^_^ maaf ye, b2 dalam mood gembira balik rumah, ingat birthday Wani 3/2, tapi tak ingat hari tu 3/2, maaf sgt2, Wani. Haha, birthday diingatkan oleh tuannya sendiri..ada ke patut, haha...Wani ni...b2 rindu Wani....rindu nak chat mcm dulu2!
~~ tak sabar nak habis final exam....nak balik rumah....Wan ada ajak jadi committee taaaruf untuk adik-adik yang bakal masuk UIA, entahlah, b2 fikir dulu ye....=) Jihad! Final exam dah dekat, buat yang terbaik ye semua!
Mengundur diri dahulu....=)
p/s: entah kenapa hari-hari sebelum ini, hati seperti tiada perasaan (mmg mcm tu selalu, haha)....nak kata gembira tak juga, nak kata sedih x juga, nak kata bimbang exam, bimbang tapi x rasa....kenapa ye.....hati ni...smooth je rasa.....tenang.....dan damai.......
~ SATU CINTA ~
14 comments:
salam syg,
ooh,dh blik sna blik la ni?unt final kn?maan najah ya ukhti..
akak ske bc entry ni.btolla,kita bjalan,akn jmp byk jenis org.ble tgk ragam yg mcm2,rs berat unt pikul amanah jd khalifah.tp sbnrnya Allah nk jdkan kita kuat ble tgk smua situasi tu.spy kte sdar,rmai lg yg mmerlukan bntuan mncari jln Tuhan.spy kte thu,byk insan yg perlu kita tarik sma2 bjuang di jln Allah.byk situasi,realiti yg bt kte tahu bhw hidup ni bkn cuma diri kita.kita hidup ats nma cinta pd Dia,jd msti usaha bwk mereka yg xknl lg cinta Ilahi ke arah yg sebenarnya.hidup ni satu amanah,ada amanah yg perlu dilunaskan.bkn hy kita,tp dgn mrk smua.xape,Allah ada.kdg2 rs berat,penat,xmampu nk tarik mrk spy bfikir cara Islam yg bkn hy pd nama.tp,tu semua uji keimanan.dakwah ni kerja seluruh manusia,slagi dia cinta akan Allah.dan yg akak dpt slma ni,dakwah melalui akhlak kita sniri.qudwah hasanah,dakwah tarbiah mlalui teladan yg baik.insyaAllah,hrpnya mrk akn ttarik unt bsama kte apbila kte mmpu mnjadi cth bt mrk.mg dijauhkan ujub,riak dn takabbur.mg dikuatkan iman,mg mampu mnjadi qudwah hasanah.
opss! tlebeh sdh akk py komen.nway,mis u dear
haiz,
panjang komen akak dia ni sorg. salam b2, ni abg lak nak komen.hehe...tapi pendek jelah. Moga mendapat cinta, lepas rindu, dapat damai dan tenang..:p
salam jiran sebelah pula nak komen ^_____^ . hi3.
ada pula kata nama kita addict ngan lagu tu. . kantoi aja. hi3.
bagus2. teruskan mencucuk jarum dengan berhati2 ya.. ?he3.
bila keluar, macam2 jumpe masayrakat sana sini. tp, time tu lah kite nak nilai diri kite kan ..?
<><> Kak Mira <><>
Waalaikumussalam sweety sis,
ha'ah, dah balik Nilai balik, final exam...akak doakan b2 dan kawan2 ye! ^_^
Akak, kata2 akak selalu membawa makna buat b2, penguat semangat b2, syukran akak...syg kak mira sgt2..
Betul kak, bila fikir balik, beratnya amanah ni, kita ibarat pelakon dalam pentas dunia, akan jumpa byk watak.
Kalau cinta kita terhadap Allah tu sebenar-benar cinta, kita akan mampu tahan dengan ujian daripada DIA, apa yg kita buat hanya krn DIA. Kita hidup untuk beribadah kpd Allah dan menjadi khalifah.Ini misi kita, sbb krn ni kita diciptakan. hari2 kita hidup, selepas terjaga daripada tidur, bersedia melalui permainan dunia, Nak tarik org betul2 kenal Allah bukan senang, sgt perlukan keikhlasan hati dan kekuatan jiwa. Kita pun pada masa yg sama kena sentiasa baiki diri terutama akhlak. Kebiasaannya org akan lebih respek kita dgn attitude kita, dengan peribadi kita.
Kita akan dapat terus kuat dengan ikhlas sepenuhnya cintakan DIA. Dalam fikiran, dalam hati, setiap detik, setiap waktu, hanya Allah, Allah, Allah. Inilah kuasa cinta suci. =) rindu Dia, hati tenang, fikiran damai...
<><> Akh Qi <><>
Waalaikumussalam ya Akhi...
akak komen pjg...abg pun kene la komen pjg juga...
Insya-Allah, Ameen...nak cinta ITU, kerana cinta ITU wujudnya rindu ITU...dan rindu ITU membawa ketenangan dan kedamaian...
<><> Ustazah Hasnah <><>
Waalaikumussalam..wah, jiran sebelah komen la (haha) ^_^
lps ni nak cucuk jiran sebelah, lebih tepat lagi tuan punya katil wane pink tu. Nak cucuk dgn jarum yang asli punya, yang real punye, yg besar punya, nanti nak gi hospital, pinjam dgn doktor. Mari la nak ikut sekali, lps tu kita singgah Giant, (haha, dah mula dah....)
suka keluar kemudian memerhati dan menganalisis, hadza sohih Ustazah, lps tu kita akan tgk diri kita pula ^_^
huhuhu ~
mana bole cucuk gna jarum besar . . nnti jiran sebelah terasa . . jiran sebelah ni kan sensitif sikit . . hehe
xmboh jarum besar ye..
baik..guna jarum kecik..guna jarum kerongsang je..
cucuk, cucuk, cucuk...cucuk dalam2...berdarah...(ii..ngeri, takut x? ngeee~~ hehe~~ ^_^)
baik..xmboh2, xmboh buat...nak jadi baik...*buat muka baik Yah, angguk2* haha)^_^~~
haha. bitu buat muka comel ^______^ hasnah buat muka ==''
kena jugakla cucuk kia. sbb kita ni bukan baik sangat pon. tapi, kena hati2 sikit la cucuk. sbb hasnah ni dapat detect cepat orang nak cucuk ke x =P
btol ckp bitu..kila pun sokmo nek ktm..seronok tgk glagat n ragam manusia y sibuk mengejar masa utk menguruskn urusan mereka..ktm byk mgajar erti kesabaran..
<><> Ustazah Hasnah <><>
xdk niat pun nak buat muka comel..dah comel sendiri..nak buat mcm mana, haha ^_^~
Hasnah sekali lagi buat muka =="
baik..kita sama2 cucuk, senang je duduk pun sebelah2 kan, cucuk biar jadi semakin baik =)...
biar semakin sihat, kuat, bertenaga dan sebagainya ( ==')
<><> Kila~ <><>
( Kila guna perkataan 'sokmo', wah~ ^_^ hebat org Melaka ye)
ha'ah Kila, tu baru ktm, bila kita pergi satu2 tempat cuba perhati dan berfikir, Insya-Allah, akan dpt byk pengajaran atau ibrah yg terselindung...^_^ kaitkan dgn DIA..
salam..
marz : ble mnulis,xtrasa pnjg.tgk2 dh pnjg plop.
komen pndek yg bmkna.
dpt damai dgn cinta Dia.=)
hassnah:roomate b2 ye?btol la tu,dpt nilai dri sniri,stakat mne kte sbnrnya.
b2: insyaAllah,smg bjaya dn dpemudahkan..
buat apa2 pun,letakkan Dia dhulu,insyaAllah akn ok smuanya.
yep bitu balqis xpandai tulis blog mcm bitu...tp sbnrnya tulis blog nie boleh asah bakat menulis...insya allah,doakan balqis kuat berusaha ke arah itu..
bitu...beznya da pengalaman mcm tu...hemmm,,mmgkan bila bermusafir mcm2 org boleh kita jumpa...semoga Allah merahmatimu IBU ku cyg sgt2...
<><> Kak Mira <><>
betul kak..letak Dia dulu dalam segala hal..Insya-Allah..terpandu ke arah yg betul..
<><> Siti Balqis <><>
b2 pun x pandai, Balqis...pandai buat blog ni pun ramai kawan2, senior2 tolong..kalau Balqis tulis blog, mesti lagi pandai drpd b2..^_^
Alhamdulillah, kdg2 perkara yg berlaku dkt sekeliling mengajar kita, betullah, bila bermusafir, ada byk sgt faedah..perlu duduk sekejap..dan berfikir...
manusia mcm2 ragam...dan drpd byk2 ragam tu kita boleh ambil sesuatu, jadikan iktibar buat kita..
Anakku...barakallahu feeki....ana fi syauqin shadeedin ilaiki al-an....=((
ehem333.. bitu syg,, takkan baru dgr kot lagu tu,, yah wat nasyid lagu tu zaman bila lagi. kehkehkehehe
<><> Yah! <><>
dulu masa tulis post ni..baru dengar...
skrg...lagu ni b2 dah lama dgr la, haha ^_^
oo..lagu ni la Yah wat nasyid?
sedap lagu ni, lirik dia sedap
p/s: tapi Yah, sekarang b2 addicted lagu lain pula ^_^
Post a Comment