Thursday, November 4, 2010

Saya Mengantuk La.....






عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم




"Ela ada kelas pukul berapa pula lepas ni". Saya bertanya jiran saya di tingkat 2 yang sedang berkunjung ke rumah saya di tingkat 1. (Ala.....katil double decker....apa la yang susah sangat nak terang....)


"Pukul 2..."

"oo..same ngan b2...sekarang pukul 1.30 lebih dah Ela...xmboh siap agi ke.."

"Ela ngantuk la b2.....hehe...". Memang, letih.....

"Ela tidur la dulu kejap...kekgi b2 kejut.....sekarang pukul berapa dah"

"Pukul 1.38...."

"Ela tidur la dulu......sekarang 1.38......1.39 b2 kejut"

"haha....ok.."

"ok....haha....."






blogger-emoticon.blogspot.com

Mengantuk.
Malas nak pergi kelas.

Mengantuk.
Tertidur sewaktu kuliah.

Mengantuk.
Mata tak tahan akhirnya tertutup.



Mengantuk. Masalah yang menghantui sesetengah penuntut universiti. Lantaran jadual kelas yang sedikit padat, badan terasa letih, akhirnya semua tempat dijadikan katil. Saya pun kadang-kadang tak terlepas daripada masalah ini.


Saya nak nasihat orang jangan tidur lewat pun tak baik dan tak sesuai serta mengada-ngada sebab saya sendiri sering tidur lewat. ^_~ Saya cuma akan berkongsi apa yang saya lakukan sewaktu.......




KULIAH DI KELAS.......terutama kelas Ustaz~~ muah3~~~ngee ^_^


Jarang saya mengantuk di dalam kelas sebab Ustaz, Ustazah dan Bro sangat sedap mengajar dan mencurahkan ilmu, seronok! Tetapi saat kantuk mula datang mendesak mata melabuhkan tirai, saya kadang-kadang tewas, mata tidak tabah, buka tutup buka tutup.......
seksa....sebab kalau saya mengantuk, air mata akan turun sekali....penat mengesat......blogger-emoticon.blogspot.comsaya terseksa.......oh....




Jadi, saya mengambil alternatif untuk :



MeNuLis NoTa
Aktifkan tangan dengan menulis apa yang dipelajari, membuat nota yang menarik pada pandangan sendiri. Sambil pensyarah mengajar di hadapan, penuhkan buku dengan contengan nota yang berguna, lagi boleh jimat masa, siapkan nota sewaktu di dalam kelas dan balik ke bilik dah boleh muraja'ah terus.




TaRiK NaFaS, HeMbUs ~~
"oksigen...datanglah kepadaku....oksigen....bukalah mataku...."
Bila kita menarik nafas, oksigen akan dibawa ke otak dan rasa mengantuk dapat dikurangkan sebab antara punca mengantuk adalah kekurangan oksigen.




MeNgAcAu KaWan
kadang-kadang belajar tak boleh terlalu serius je kan, cuba kacau kawan disebelah, jangan kacau sewaktu pensyarah mengajar pula, kejam namanya tu...pilih waktu yang sesuai contohnya sewaktu tempoh berdiskusi, cuba jadikan perbincangan menarik, tanya kawan apa yang masih kita tak faham......senyum, sengih dan gurau....^_^




BeRtAnYa SoAlaN
Jika mengantuk, bukalah mulut untuk ringan bertanya soalan kepada pensyarah tentang apa yang tidak difahami. Tanya je.....Aktifkan diri menjawab soalan, bila macam ni, kita akan terasa hidup sewaktu masa pembelajaran. dan belajar menjadi sangat menyeronokkan, percayalah! ^_^




BeTuLkAn NiAt
Perbaharui niat kita. Kita datang kelas nak tuntut ilmu, mujahadah lawan rasa mengantuk. Lagi, kalau tidur sewaktu pensyarah mengajar dikira seperti tak hormat pensyarah. Kita murid belajar dengan guru, kena amal adab menuntut ilmu dengan guru. ^_^ Usahalah lawan rasa mengantuk ye....






blogger-emoticon.blogspot.com      sewaktu MEMBACA BUKU.......


Saya juga kadang-kadang mengalami masalah mengantuk sewaktu membaca. Sebelum mula membaca tak mengantuk....tengok muka depan buku, masih terasa segar......bila dah buka, mata pula buat hal......macam mana nak buat ni.....



BeRbIcArA
Bila mula rasa mengantuk sewaktu membaca, jangan paksa diri untuk terus membaca tetapi selitkanlah antara pembacaan dengan dialog bersama teman. Bercakap mengenai perkara lain, "dah makan ke?", "banyak tak assignment?", "sekarang pukul berapa?"...ha, selitkan apa perlu kemudian baru sambung pembacaan kembali. Macam mana rasanya.....?



SiLa LaRi
Tinggalkan pembacaan anda sebentar. Buat perkara-perkara lain yang banyak menggunakan anggota fizikal dan memerlukan pergerakan. Contohnya seperti mengemas locker dan katil, membasuh dan menyidai baju atau mengambil makanan dan ngap3. Selepas itu, rapatkan diri dengan buku semula.





TIPS LAIN........?


Qailulah
Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu Zuhur, ini sunnah Rasulullah SAW. Qailullah dapat mengembalikan tenaga dalam badan dan juga mencergaskan badan untuk bangun qiamullail.


Elak Tidur Selepas Subuh
Tidur selepas Subuh tidak bagus untuk kesihatan. Saya pun kadang-kadang tewas, apabila terlalu rasa mengantuk dan badan terasa sangat letih....baru katil menjadi pilihan selepas bangun menunaikan Subuh. Jangan jadikan tidur selepas Subuh sebagai amalan, sebaiknya, selepas solat Subuh, isikan waktu dengan membaca Ma'thurat dan Al-Quran, mandi dan lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


Berwuduk
Apabila rasa mengantuk menguasai diri, ambillah wuduk. Air dapat menyegarkan diri kembali...


Tidur Awal
Jangan tidur lewat. Tidur awal supaya dapat waktu tidur yang mencukupi agar tidak mengantuk pada esok hari. Saya tak buat yang ni...saya tidur lewat....hehe ^_^



"b2 ngantuk la......b2 nak tidur kejap 5 minit........kejut b2 ye......!"




blogger-emoticon.blogspot.com

Lawan Mengantuk tu ye! Selamat Beramal!






p/s: Al-Fatihah buat ayah Qila yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Asar semalam.....Qila...tabahkan hati, ujian buat hati Qila.....Allah sayang Qila sebab tu Dia uji....Qila pun sayang Allah, kan? jadi Qila mesti boleh terima kehendak dan ketentuan-Nya....Redha....Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman......Ameen.....Qila...kita semua ada di sini, ada di sisi Qila.....ukhuwah D-3-10.....





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

15 comments:

Anonymous said...

heee,, cerita d hidupkan dengan kisah ela dulu ye... ^^ bitu ni kan.. :D kelakar la..
erm,,terima kasih jugak untuk tip2 tu,, insyaAllah sy cuba amalkan sama:) bukak buku minum nestum,, yum3,,mesti x ngntok..^^ :P

yg comel,
jiran tingkat 2.hahah

:: Zahratu Billaurah :: said...

ha'ah.....eh,sebenarnya kisah b2...xpela kalau Ela anggap kisah Ela...kan kalu b2 ckp kan, Ela kecik hati pula...haha

(aduh...sakit perut tau b2 baca komen Ela....haha)

suka sgt nestum....b2 x kisah kalau Ela nk beli nestum tu byk2...tapi kalu dpt percuma gelas satu tu, hulurlah dkt b2 skali dgn rela....

ya Allah, anak sape yg perasan sgt ni...
b2, kalau pelawat2 blog yg perasan lebih dari b2, b2 tarik tgn dia, b2 nk belanja makan....(haha ^_^)

Ela error typing ye.....
xpe...b2 tolong buat betul ye...

yg comel,
*budak tingkat 1* haha ^_^

Hasnah Atiqah said...

hahaha..adesss.. yg kite suka tip menagacau kawan ohhhh..~~ itu mungkin sala 1 elak ngantok SIKIT..hehhehe... cubit2 haaa.. ^_^
yg lain tuh hanya owang2 yg terlebih pakar macam bitu aja leh buat kot..hup33.. T_T

aishhh..mane kisah hasnah ni??jeles~jeles~jeles~ tanak kawan tanak kawaann..huh! :P

kebituan ohhh~

dari jiran sebelah rumah yg dah tukar cat umah dari pink pada biru ~~hehehhehehe

:: Zahratu Billaurah :: said...

Hasnah x ngantuk pun kacau org....wek...weee~~ ^_^
lain kali kalu Hasnah ngantuk, ckp la, b2 nk tolong cubit, cubit gear 5....haha


xnak2, xnak2 cite psl Hasnah....
ckp "b2 dan rumahnya sangat comel", baru orang nak cite....

senah nahse nanah ohh~~~

walaupun jiran sebelah rumah dah tukar cat jadi warna biru....rumah jiran dia lagi cantik dgn hijau+kelabu....hehe....ngeee~~wek2 ^_^
(byk x kos cat rumah? haha)

Anonymous said...

eh,,memandai jekan betulkan ayat ela..da kap mcam tu macam tu jelah.. tgkat 2 comel,,maknenye ela yg comel.. buakan tngkat 1 tu.
huh! hahha:DD

bitu sakit perot?
hahah:D ela xwat lawak un bitu da gelak...
*bitu lagi pandai wat owang sakit perot la.*

hasnah: jgn jeles eh.. ehehhe:P

hasnah n bitu: korang merepek jekan..lagi2 bitu..hahah:D

:: Zahratu Billaurah :: said...

yela...tingkat 2 comel...tingkat 1 lagi comel...
tingkat 1 tu penting tau...kalau xdk tingkat 1, xdknya tingkat 2 tetapi jika tiada tingkat 2, tingkat 1 masih boleh berdiri teguh
kesimpulannya, tingkat 1 comel dan cantik disamping menawan selain menarik...katil mahupun tuannya...

(Ela....buat pengetahuan Ela..b2 xkan mengaku kalah...haha ^_^ )

Ela x wat lawak pun b2 dah gelak...?
Ela, b2 tu x betul ke

ait budak kecik ni, Hasnah, cuba ckp sape ngarut...b2 x ngarut kan....Hasnah dgn Ela je yg ngarut...lebih2 agi Hasnah, kan Ela

haha~~~ ^_^

Anonymous said...

hahahhaha!
lawak la kq b2 ni..
bergune jugak tips kq b2 ni..

:: Zahratu Billaurah :: said...

kak b2 lawak sbb Syakir lawak...kita kan geng...yeah...! haha ^_^

Kalau berguna, aplikasi ye dik....^_^

p/s: bahagia je kak b2 nampak Syakir lps PMR.....Syakir, SPM ada agi...hehe....(haha) ^_^

Anonymous said...

tgh stdy ADDMATH dgn sifu~
hahahahaha
dh msuk chapter 2 dh~

:: Zahratu Billaurah :: said...

wah...iye? ^_^ mcm nilah adik kak b2!
semangat2!

haha...sape sifu....joyah ye...? eh, opss ( Syakir, jgn bagi kak Zaty buka blog kak b2)...haha...kak Zaty? ke kak Farah?

teruskan semangat mcm ni ye...
wah...terkejut teacher add math Syakir kekgi...^_^

Anonymous said...

kak farah!!kak zaty!!
not my SIFU~

knl tk ajwad??
that is my SIFU~

hehehe..
yg due org kt atas tu..
SIFU ngusya ade la~
hahahaha

:: Zahratu Billaurah :: said...

bagus2....belajar dgn abang...
Kekgi, Syakir pula jadi abang... ajar adik2 pula....
bagi ilmu yang kita ada....
bagi setakat yg tahu...tu lah saham kita dkt akhirat kelak...
betul x dik....^_^ (ait, jgn duk galok sokmo, SA~~ lalala~)

kak b2 suruh kak Zaty ngan kak Farah tgk komen Syakir kekgi kan....haha~ ^_^ budak kecik, budak kecik

Anonymous said...

hehehe~...
diorg dpt buke blog slps SPM ekg..

:: Zahratu Billaurah :: said...

haha....budak ni....
Syakir, tahun 2012 SPM, 2012 SPM, 2012 SPM, 2012 SPM.....

kak b2 bukan nak menakutkan Syakir....nak bagi Syakir saspen sikit je...

Anonymous said...

ha'ah ek~.
terlupa plak sye ni..

cpt~~
stdy10..
hahahaha