Saturday, November 6, 2010

Bicara Tentang Remaja



عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم



Dia menyedarkanku......
supaya celik melihat realiti dunia hari ini....
Dia membuka mindaku.....
sebenarnya diriku cukup bertuah....bersyukurlah...
Dia mengajarku mereka di luar perlukan sokongan.....
jangan berlengah!


Setiap bait-bait katanya....
adalah mutiara ilmu....
yang masuk ke dalam hati.....
kerana lahir daripada hatinya yang tulus.....


Akak.....syukran jazilan!
Saya sangat gembira jumpa akak!
Saya bersyukur jumpa orang macam akak.....
Barakallahu feeki.....



......................................kenangan semalam jelas tergambar......................................blogger-emoticon.blogspot.com



"mari-mari pergi qiam malam ni". Kedengaran suara Wan, orang Kedah yang banyak mulut (haha) menyeru teman-teman sebilik ke musolla blok E untuk Program Qiamullail dan Riadhah.
Semangat mujahidahnya kuat!

Mungkin tidak begitu banyak sambutan.....setengahnya letih kerana telah seharian berjalan-jalan.....setengahnya ada kerja yang perlu disiapkan.....tak mengapalah.....mungkin lain kali ye....Insya-Allah....^_^




Menyeru jangan memaksa
Mengajak jangan mendesak





"Eh, Wan dah pukul berapa ni, 10.30 lebih dah....jom Wan siap2".
Kedua-duanya ralit di hadapan laptop. Wan sudah mula menyimpan laptop.
Mula bersiap.

"Wan2, 10.45 lebih dah....habis b2...haha...dahlah b2 kena jaga masa, gi lambat pula...."

"Haha.....hang ni....b2 pergi la dulu, pergi dulu"

"xpe x ni.....b2 pergi dulu ye, jumpa Wan dekat sana!"
Pantas menuruni tangga ke blok E yang bertentangan dengan blok D, blok dorm.
Masa, tanggungjawab saya. Saya lalai.....haih....

Sebaik sampai di musolla blok E " tak ramai orang agi rupanya...fuh...". Kelihatan Su, orang Kedah yang mengambil jurusan IRK sedang duduk di tepi dinding. Yang lain semuanya kakak-kakak senior second year, berbual dengan Su, menunggu kedatangan Wan.




blogger-emoticon.blogspot.com



"Assalamualaikum, Wan?

"Waalaikumussalam"

"Wan dkt mana, dalam bilik agi ke...hehe...Wan boleh tak bawak air...hehe...b2 dahaga ni....hehe"
Penat la....selaju-laju Power Ranger Pink berlari sambil naik tangga perlu minum air juga.....

"botol air b2 dekat mana..."

"dalam locker rasanya..."

"dah tu macam mana..."

"aa...xpela...biarla Wan...Wan cepat la datang.."

"ha, ha, ha...sat2.."


Tidak beberapa lama kemudian, Wan datang membawa botol air. Oh, botol air 'umi' Balqis! haha..

Wan menjeling senyum, saya tersengih....(ala...b2 dahaga, kejar masa....hehe, muah Wan! ^_^)



|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||




"Wan, ni la kak Rokiah"
"Ooo..hehehe..."

Su memahamkan saya bahawa usrah bersama kak UIA Gombak dibahagikan antara first year dan second year. Kami first year bersama kak Hidayah manakala kakak second year bersama kak Rokiah. Saya memperkenalkan Wan kepada kak Rokiah (sempat berkenalan semasa Wan dalam proses menculik botol air 'umi' Balqis, haha).

"Akak course apa?". Wan mula menautkan ukhuwah.
"Akak dulu course BEN, dah graduate dah...". Kakak yang peramah dan suka senyum. ^_^
"Oo..ye ke...akak keje dah ke sekarang?"( Wan banyak mulut, banyak mulut, wek2! haha)
"Haah....keje dekat Raudhatus Sakinah.."


Hah? Saya tersentak.

"aaa..apa tu kak..hehe"

"Akak, tu tempat ...remaja-remaja yang terlanjur kan..".
Saya mula membuka bicara, duduk di tepi kanan kak Rokiah, semangat mula naik, entah kenapa saya suka dan saya nak banyak tahu tentang Raudhatus Sakinah dan merasakan nilah peluangnya untuk 'ambil tahu'. Dahulu pernah seseorang bertanya kepada saya, apa itu Raudhatus Sakinah. Saya tahu melalui pembacaan.

"Haah, Raudhatus Sakinah tu tempat remaja-remaja yang terlanjur.....duduk situ la....Maher Zain datang Malaysia aritu bawah Raudhatus Sakinah la...kenal tak Maher Zain?"

"aa...x kenal...eh, apa?" haha, apa la Wan ni, sokmo buat lawak. ^_^

"Maher Zain..kenal tak...hehe"

"oo...Maher Zain...kenal....hehehehe". Wan ni, haha. Kami bertiga tersenyum.





blogger-emoticon.blogspot.com



"Akak, yang duduk situ umur kira-kira berapa, belasan tahun kan?". Saya bertanya.

"Haah, ramai yang belasan tahun, 16, 17, 18, 19.....macam adik-adik ni la....kalau yang umur 21, 23, 25 tu ada tapi sikit. Raudhatus Sakinah (RS) cuma ambil maksimum 25 orang je, kalau ada yang lain minta nak masuk, terpaksa tolak la. Tapi kalau melalui undang-undang...yang melalui mahkamah...kena bagi masuk....contohnya macam kes juvana. Yang masuk situ kene berhenti sekolah 1 tahun, kalau IPT 2 sem la, kira setahun kan?"

Saya, Wan dan Su khusyuk mendengar.

"Akak, kebanyakan yang masuk tu sebab faktor keluarga kan...". Saya ingin tahu.

" Yes, faktor keluarga yang utama....tapi ada je asal keluarga baik, terlibat dalam mende tu...RS terima mereka yang betul-betul nak berubah dan juga yang dapat sokongan kuat daripada keluarga untuk mereka berubah, baru terima. Rata-rata kalau tanya remaja lelaki atau perempuan yang terlibat dengan mende ni, mereka jawab sebab nak kasih sayang."

"ooo.."





blogger-emoticon.blogspot.com


Kak Rokiah mengambil sebuah majalah, majalah Remaja.

"Akak baca buku ni, tapi bukan bermakna akak nak ikut apa yang ada dalam buku ni. Kita perlu juga membaca buku-buku yang macam ni supaya kita tahu trend remaja sekarang, gaya pemikiran mereka. Bila kita tahu cara mereka berfikir baru kita boleh masuk dengan mereka, macam mana nak tackle remaja-remaja macam ni. Adik pun kena tahu benda-benda macam ni, apa itu black metal (ada lagi akak sebut, tapi tak faham, tak sempat tangkap)"

"aaa..apa tu kak...mohank? oo...psikologi kan, kak kalau nak dekati mereka" Saya dah mula ternganga.....

"Yes, tabiat manusia.....adik-adik kena tahu, sekarang kena buka minda tahu apa yang terjadi dekat luar, kena terdedah dengan perkara-perkara macam ni....kena baca buku-buku macam ni, sekadar baca gitu2, dapat gambaran remaja masa kini, contohnya pakaian macam ni trend terkini yang mereka fikir....(sambil menunjuk gambar di dalam majalah Remaja). Adik perlu tahu supaya tak culture shock. Ada kes, sorang pelajar sekolah agama, dia sangat terjaga, dia tak pernah tahu pasal mende-mende macam ni, bila masuk U dia terkejut, "eh, ape ni?"....tengok orang bercouple, pakai baju pun macam-macam fesyen....suatu hari tu, ada la sorang lelaki datang dekat dia, nak couple, dia fikir semua orang dah ada boyfriend, aku pun nak juga. Akhirnya dia couple dengan lelaki tu, lelaki tu ajak couple, jumpa2, satu hari lelaki tu nak pegang dia, dia tak bagi....akhirnya clash. Datang sorang lagi, bila lelaki tu minta pegang, dia bagi...sebab takut kena tinggal macam dulu, bila lelaki minta nak buat mende tu, dia tak nak, clash lagi. Bila datang lelaki sorang agi, akhirnya dia terlanjur. Dia ni dah daftar sebagai pelacur dekat web, ada la web2 dekat internet tu, jadi pelacur untuk golongan VVIP, duit dapat sekali RM 10 000, beribu-ribu.....sebab layan golongan VVIP.

"Huish, banyaknya...." Wan terkejut....

"Memang banyak....keluarga dia pun tiba-tiba pelik, ye la tengok dia ada banyak duit, baju pun cantik-cantik. Akhirnya keluarga dia dapat tahu, keluarga dia nak hantar pergi RS, mulanya dia tak nak, akhirnya dia masuk juga, nilah maksud akak, nak masuk RS kena ada sokongan kuat daripada keluarga. Sekarang dia dah pergi oversea. Dia pernah jadi MPP, kiranya macam FSCC la dekat UIA ni"

"Oo..FSCC...kira jawatan tinggi la kak, kan" Ada senior saya yang masuk FSCC.

"Haah dik..."



blogger-emoticon.blogspot.com



"Akak, RS sambung tak pengajian mereka..lepas mereka keluar dari RS"

"Lepas keluar dari RS, akan sambung pelajaran....biasanya mereka tukar sekolah, dan sekolah akan terima mereka"

" Akak...yang duduk situ semuanya terlanjur ke kak, ada tak yang dibuat orang". Wan mula bertanya.

" Ramai yang terlanjur dik..memang susah sangat nak cari yang betul-betul kene rogol, susah sangat. Ada tu dia terlanjur pergi report polis kata kene rogol, polis tahu dia terlanjur. Bila doktor check, doktor kata ni suka sama suka"

"Akak, kerja akak dekat situ lebih ke arah mana...kongsi masalah dengan mereka ke...ke gane". Saya betul-betul bersemangat malam tu, entah kenapa, pelik.

"Mereka dik, buat qiam hari-hari...akak kira bantu nak pulih akhlak mereka...ajar mereka mengaji....mende-mende macam tu, baiki akhlak supaya mereka bila keluar nanti boleh jaga diri. Kadang-kadang yang jadi macam ni tak tahu, mereka jahil, ada ingat couple tu boleh, keluar, jumpa boleh cuma jangan berzina. Kita yang faham ni la kena bantu mereka, kita yang tahu ni la kena tegur mereka."

"Oo..akak, akak lepas graduate, akak minta nak kerja dekat RS ke gane.." Saya ingin tahu.

"Akak minta nak kerja, akak nak cari pengalaman. Dik, kalau kita fikir-fikir, xde masa pun untuk kita nak buang masa. Banyak sebenarnya yang perlu kita buat untuk society kita. Kakak nak buat sesuatu untuk society, akak tanya diri akak, dengan graduate ni, apa yang boleh akak sumbang untuk society, akak cari masalah apa yang besar sekarang ni sebab tu akak masuk RS. Sebenarnya apa yang berlaku sekarang ni kesan 30 tahun yang lalu. Dulu pun ada kes-kes macam ni tapi sekarang makin jelas."

"kene buat sikit-sikit kan, kak". Saya nak memahamkan diri lebih lagi dengan soalan.

"haah,kita kene baiki sikit-sikit supaya usaha pemulihan tu ade....buat sikit-sikit. Ada kajian tu buat, pemikiran remaja sekarang, cinta itu adalah seks, kalau nak bercinta kene serah segala-galanya, bukti cinta adalah dengan berzina. Adik.....sejarah dulu puteri-puteri sekarang, yang ada dekat RS, bukan main dengan sorang lelaki je, banyak lelaki, lepas tu dia akan cerita dengan lelaki ni macam mana, dengan lelaki ni macam mana. Mereka megah tiada dara, sebab tu kalau mereka buat mende tu, mereka rakam, sebab mereka bangga, 'aku dah buat dengan ramai lelaki' ".

Kami bertiga terdiam.




blogger-emoticon.blogspot.com



" Akak nak cakap, antunna ni kira dah bertuah sangat, boleh ikut program-program macam ni. Orang yang ambik IRK lah biasanya orang harapkan (memandang Su dan Wan), BAR pun (memandang saya), bersyukur dapat masuk program macam ni, dulu akak course BEN susah nak dapat tahu mende-mende macam ni, kalau dapat pun kena cari sendiri. Lagi, course BEN banyak belajar tentang agama Kristian lebih lagi Islam sebab kalau belajar kena tahu term-term banyak tentang tu"


"Akak...ada orang dia nak cuba tegur kawan dia...tapi takut kekgi baloh ke..gaduh ke...takut bermasam muka dengan kawan...nak buat gane kalau gitu kak....dia sayang kawan dia...". Saya cuba mengambil ilmu lebih lagi daripada kak Rokiah.

"*senyum* Ok, akak nak tanya adik, apa maksud sayang tu sebenarnya. Kalau betul-betul sayang kawan,dia akan tegur kawan tu sebab tak nak kawan dia terbakar dekat neraka. bagi dia biar la dekat dunia ni kawan dia marah dia pun, benci dia, tapi mungkin suatu saat nanti, bila kawan dia tu fikir-fikir, sebenarnya betul apa yang dia cakap. Ada dalam Al-Quran...ayat mana dah, akak tak ingat......tak takut dicela dan dikeji..."

"Pendakwah harusnya tak takut dicela dan dikeji orang? gitu ke kak". Saya mahu lebih jelas.

"Ya, seorang pendakwah tu sepatutnya tak takut orang benci dia, orang cerca dia. Nabi lagi la, kene baling dengan batu lagi. Kita kalau tegur pun, xdenye orang nak baling-baling batu"

"Akak, orang macam ni sebab hati dia cuma fikir akhirat je kan, kak....dia dah tak kira yang dekat dunia ni.."

"Ya dik...*senyum*.."

Hati saya tersentak. Saya selalu sahaja mengatakan sayang kepada kawan, uhibbuki fillah, uhibbuki fillah, uhibbuki fillah. Sebenarnya mana sayang yang selalu saya ucap untuk kawan-kawan. Saat Allah uji diri ni dengan kawan-kawan yang sedikit lari daripada syariat, mana bukti sayang saya kepada teman-teman. Ya Allah....saya tak kuat lagi nak tegur.....sebab hati saya masih ada di dunia, hati saya tak ikhlas lagi, hati saya masih tak sepenuhnya akhirat, Allahuakbar! Hati sangat sedih......perit,pedih. Akak...syukran.....

Masing-masing senyap. Berfikir.





blogger-emoticon.blogspot.com


" Adik orang mana." Kak Rokiah mula bertanya perkara luar daripada topik.

"Hehe....ganu....akak orang mana"

"Akak orang Melaka...au au banyak belakang...hehe"

"Sabau la....haha" Saya cuba praktik apa yang saya belajar dengan Tqa si budak oren yang aktif, haha...tampau kang~~~.

"Hah, kak,  Ganu dia tu pekat.....orang sebut 'dan' dia sebut 'dang'....orang sebut 'makan', dia sebut 'makang'...ang ang ang...haha". Wan kenak!iiii~~!^_^

"dah dia tu a', a', a' banyak......jag pun sebut ja'......wek"

"Qalqalah dia kuat, haha". kak Rokiah buat lawak, haha.

"Haha". Kami ketawa.

"Eh, ni tak nak tidur agi ke...". Kak Rokiah bertanya.

"Ala....akak cite la lagi.....saya suka dengar mende ni sebenarnya kak.....eh, ke akak letih......akak nak tidur ea.....". Saya cuba mengusik, gurau pengerat ukhuwah.

"Haha...pandai2 je budak ni...."


Ni antara yang dibincangkan bersama kak Rokiah, seorang kakak yang hebat, sayang akak! Walaupun tak ikut kronologi (saya pun tak ingat mana sususan....) tapi itulah isi nya...harap dapat ambil walaupun sedikit....Insya-Allah.....




blogger-emoticon.blogspot.com

Tiba-tiba........."time keeper mana.......time keeper mana....".

Warhhh.....kak Diba selaku pemantau keseluruhan program memanggil......ala....kacau daun la Kak Diba ni....hehe, gurau je kak ^_^

"ye". Saya mula bangun, merapati kak Diba yang sedang melihat tentatif program. "Habis aku, dahlah tadi mari lambat".

"Kita baca Al-Mulk pukul berapa...."

"Kalau ikut tentatif, pukul 11.10....ehehe...sekarang 11.30 lebih..ehehe...dah tadi b2 tengok akak-akak sembahyang agi.....lala..."

"Ok2, mari baca Al-Mulk sekarang......mana pula PM (Program Manager) ni, Ya Allah .....PM......PM.......!

Kak Rokayah selaku PM sedang tersengih di sebalik dinding, haha, apa la kakak-kakak aku ni, lawak betul.


Halaqah Al-Mulk bermula........dan Alhamdulillah.......

Seusai bacaan Al-Mulk, apabila melihat halaqah senyap, mungkin sebab tiada apa yang perlu dibicarakan lagi, masing-masing pun penat.....saya sebagai time keeper cuba bersuara....(tak nak buat kak Diba pening lagi, hehe... ^_^" maaf kak!)

"Alhamdulillah....sekarang dah pukul 12 dah....kalau ikut tentatif, kita baca Al-Mulk pukul 11.10....11.30 tidur....hehe, sekarang dah lewat dah...maaf ye...jam rosak kut ni.....ehehehe....lepas ni semua boleh tidur...^_^"

Halaqah Al-Mulk berakhir dengan senyuman.

Wan di tepi tersengih-sengih. Ingat senang ke jaga masa, dia takpela imam solat hajat esok, b2 cekik gak Wan ni, haha. b2 sayang Wan......=). Teringat perkongsian bersamanya dari malam hingga pukul 3 pagi lebih mungkin. Tak akan b2 lupa.....juga membuka minda dan hati b2....terima kasih, teman.....




Tidur, tidur.......4.30 bersiap untuk bangun qiam......dan riadah serta sarapan bersama esok pagi....(Wan, tidur! pot pet, pot pet x habis2...Su juga baik...dah tidur Su.....)






Alhamdulillah.....Allah, saya sangat bahagia.....terima kasih ya Allah!






p/s: Keesokannya, pergi melawat Qila di Melaka selepas selesai riadah dan sarapan......5 orang pergi sebagai wakil, saya, Wan, Balqis, Farah dan Fiqa.....yang lain ada keje....beri semangat kepada Qila yang baru kehilangan seorang ayah......Qila seorang yang kuat! Alhamdulillah.....Qila baik.....dia memang kuat! Qila, terima kasih, seronok jalan-jalan Melaka! Qila memang seorang driver yang hebat! haha.......(Wan, mulut tu boleh tak senyap untuk satu saat je.....wek~~ haha)






"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

4 comments:

Muhammad Marzuqi said...

B2 nak tau..
RS adalah tempat yang akh dh lama nak pergi. Nak ziarah..cuma takde peluang lagi...subhanallah.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Akh, b2 pun....
mula2 b2 kenal RS, bila baca buku....b2 teringin sangat nak pergi, nak kenal tempat tu...
b2 nk sangat tengok remaja-remaja dekat situ....b2 nak sangat selami apa yang ada dalam hati mereka....kalau boleh b2 nak cuba tolong mereka...kalau boleh b2 nak mereka kongsi apa yang mereka rasa dengan b2....


Insya-Allah, kalau pjg umur dan Allah izin.....Akh pasti berpeluang ziarah tempat tu....kalau Akh ada peluang jgn lupa ajak b2.....b2 pun nak gi...

Muhammad Marzuqi said...

insyaAllah...
akh akan cuba cari link..hee

:: Zahratu Billaurah :: said...

Baik....Insya-Allah...
nak ajak ramai2...