Tuesday, October 12, 2010

Ukhtiku Sayang.....

KISAH 1


“H dah banyak pengalaman, macam-macam dah pernah rasa, ada pernah orang tolak H sebab tak puas hati, pernah ada sekelas tu semua tak suka H, H difitnah……lagi dipermainkan dia…jangan la terjebak dengan mende ni….H rasa macam dah takde sape2 sayang H….” (hanya secebis kisah hidupnya, terlalu perit untuk ditelan)  

“H…..jangan nangis…..b2 sayang H….huuuuu!….:(( :((………” 

Puas berpelukan…tangisan sedikit reda….  

“H suka sangat lagu suci dalam debu…lagu tu macam cerita H je…..betul…korang jagalah diri…..H tak pernah pun cite ni dekat sape2…H bersyukur sangat jumpa korang sume….H nak berubah…”  

“Huuu..!” Tangisan semakin kuat, kami berempat berpelukan.  

 

Kisahmu terlalu perit…..ya ukhti, ketahuilah dikau seorang yang sangat tabah….ujian itu bukti Allah sayang padamu….andai saja rasa ‘sakit’ itu bisa dipindah…..ingin kuturut merasainya…… takkan kubiar dirimu menderita keseorangan……kerana kau ukhtiku sayang…  

Dia seorang sahabat yang sangat peramah, seorang sahabat yang pandai menghargai sahabat-sahabatnya, seorang sahabat yang penuh semangat dalam diri, seorang sahabat yang bertanggungjawab.
Ukhti….daku sayang padamu....  




KISAH 2


“Kalau sekali dah terjebak dalam mende ni, memang susah sangat, susah nak patah balik, tinggal…..susah sangat nak jaga hati…..W rase diri ni banyak dosa je, rasa macam tak baik……kalau yang tak terlibat lagi dengan mende ni, jagalah diri….sebenarnya W suka tengok korang semua, rasa diri suci je….takde la masalah macam ni…”

Suatu perkongsian beramai-ramai….

“Bakpe W….rase gane aaa….b2 x penoh rase agi…”. Setelah khusyuk sangat mendengar, diri cuba mencelah.

“b2 ni budak kecik la….hehehehe…..susah b2….”

“Hehe…..W ni…...nak kene ni…..sedap la W jadi budak kecik, haha…em…susah ae…mm”

 

Kisahmu itu suatu cerita ujian….Allah menguji hatimu ya ukhti….agar dikau tahu tiada cinta yang lebih agung selain cinta kepada-Nya…..ukhtiku sayang….bersabarlah…pertahankan cinta tertinggimu….diri ini akan sentiasa berada di sampingmu…..sama-sama menarik antara satu sama lain andai diri mula melupakan-Nya….andai alpa hanya kerana cinta manusia…

Dia seorang sahabat yang baik, seorang sahabat yang sangat bersemangat dalam menyebarkan dakwah, seorang sahabat yang amat mengambil berat akan sahabat-sahabatnya, seorang sahabat yang suka mengajak sahabat-sahabat melakukan kebaikan.
Ukhti…..daku sayang padamu.




KISAH 3


“b2 kita sedih sangat…..”. Suaranya lemah….tanda kedukaan….

“A, bakpe ni…? Cuba cerita dekat b2…”

“nanti kita bagi mesej” Talian diputuskan. Satu pesanan diterima.

“Dia dah baik balik dengan perempuan tu…kita dah tak tau nak buat macam mana….kita dah nasihat….kita tengah tahan nangis, dalam kereta ni..…nanti sampai dekat rumah mak cik, kita nak nangis puas-puas…..”

Pesanan dihantar kembali.
“A, A kene kuat! Jgn lemah! B2 rase stop la dulu dgn G, A asyik nangis sbb dia je, sian b2 tgk A, asyik terluka je…..kan lebih baik tangisan kita tu sbb ingat dkt Allah, rindu Pencipta kita, bkn ciptaan Dia yg blum pasti milik kta….Nabi ad kata, hati tenteram kpd kebaikan dn gelisah kpd kjhtan….A tanya diri sendiri, jujur, slama bhubung dgn G, ad rasa bsalah x, byk ingat dia ke ingat Allah…..ikut kata hati…bila dpt nikmat, bersyukur kpd-Nya…..bila sedih, kecewa, hampa, Dia sentiasa ad utk kita. Dia sdg uji A sbb rindu nk dgr pengaduan A…..b2 tau hati A pedih sgt, sedih sgt, A buat, A nk yg terbaik buat dia, tp dia buat A mcm ni, lgsg xfikir, x jg perasaan A…dhlah…nangis puas2 dulu, lps tu bangkit! Jadi A yg baru! Mawar harum yg berduri, mawar yg kmbang fikir bkali2 sblm mendekatinya…biarlah kmbang yg mengejar mawar…kalu betul dia buat A, pasti terikat jua…..tp kalu bukan, percyalah A akn dpt yg lbih baik lagi, bkn ke setiap yg Allah bagi tu terbaik buat kita. Stiap yg blaku ad hikmah…dn apa2 pun balik kpd Allah…Dia dkt dgn kita, Dia tau apa kta rasa….A lps je la G….walaupun pahit dsbaliknya pasti ad kemanisan yg tersembunyi….carilah ‘dia’ melalui DIA…b2 syg sgt A…..dh, jgn nangis…..*peluk*"


Dia seorang sahabat yang membawa keceriaan, seorang sahabat yang suka muhasabah diri, seorang sahabat yang suka mengingati agar tidak mengumpat orang lain, seorang sahabat yang mudah menerima nasihat, seorang sahabat yang sentiasa mencari kebenaran dan keredhaan Allah.
Ukhti….daku sayang padamu.



Perasaan itu….apakah?



Lelaki menyukai perempuan. Perempuan menyukai lelaki. Itu fitrah. Lelaki ingin menyayangi dan disayangi oleh seorang perempuan. Perempuan ingin menyayangi dan disayangi oleh seorang lelaki. Itu juga fitrah.

Bersyukurlah jika mempunyai perasaan begini kerana ia membuktikan bahawa kita adalah seorang manusia yang normal.




Apakah yang salah dengan fitrah ini?


Tidak ada yang salah dengan fitrah ini kerana rasa kasih dan rasa cinta itu merupakan kurniaan dan anugerah daripada Allah. Pencipta cinta ini adalah Allah. Cinta itu suci, jangan cemarkan ia. Cinta itu tidak buta tetapi hatilah yang buta dalam mendefinisikan cinta. Jangan sempitkan pemikiran kita tentang cinta. Cinta bukan hanya kepada manusia, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu bapa, itu juga cinta. Namun, sekarang saya mahu berbicara tentang cinta antara manusia yang tidak dibenarkan tanpa berpaksikan tujuan cinta kerana Allah.

Kehidupan hari ini melihatkan percintaan antara lelaki dan perempuan tidak mengira orang yang sedang menuntut dalam bidang ilmu agama yang sering dikaitkan dengan 'cinta ana wa anti' ( ustaz p-tis, halalkan hasil curi saya ini) mahupun tidak. Bukan saya mahu memperlekeh mereka di bidang agama, hatta saya sendiri mengambil jurusan berkaitan itu tetapi janganlah sampai ia menjadi fitnah kepada agama. Saya juga tidak mengatakan bahawa mereka yang bukan pelajar jurusan agama pasti terlibat dalam masalah ini, kadang-kala akhlaq mereka jauh lebih baik. Saya berbicara soal manusia itu sendiri. Iman di dalam hati manusia, bukan soal jurusan.

Tidak salah bercinta, jika kena dan betul pada tempatnya. Pastikan kompas cinta kita betul dalam menentukan arahnya. Insya-Allah, selamat.



::Titipan Qalbee ::


Cerpen Nota Cinta yang dibaca bersama Hasnah, doormate yang sedap dan riuh! haha..mek Senah~~ b2 suka lagu Nota Cinta tu...! ^_^~~ (b2 rindu dia...jaga diri baik2.... :( ....jangan rindu b2 ye...nanti kita jumpa lagi sem depan, Insya-Allah....lps tu mesti dia balas...kepoyoan b2 melanda~~~ haha....rindu sangat Senah.... )

Nasihat Ibu Tentang Cinta
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." --- suka kata-kata ni...^_^ ---




Sirrul Qalbee...

Saya tidak pernah merasai pengalaman sebegini. Namun, tidak bermakna hati ini tiada rasa cinta, kalau tiada itu adalah satu penipuan, cuma biarlah soal cinta manusia menjadi rahsia hati. Entahlah, kadang-kadang gelaran ‘budak kecik” dan ‘pemikiran suci’ (haha, kejam2, kejap agi kene la smackdown b2) itu menjadikan saya terus menjadi kanak-kanak riang ribena (hoho). Tidak kira lelaki atau perempuan, semua adalah kawan bagi saya. Tempat berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.

Andai muncul rasa suka terhadap seseorang, kembalilah kepada-Nya. Kita ada Dia untuk mencurahkan segala-galanya. Pohonlah kepada-Nya, pintalah kepadaNya agar diterbitkan rasa cinta di hati ‘dia’ buat kita. Cinta adalah rasa, ia hanya boleh dikecapi jiwa manusia namun kita tidak berupaya membuang atau mengambilnya sesuka hati. Dia Pemilik hati-hati manusia, hanya Dia yang bisa menghadirkan atau menghilangkan rasa cinta di hati manusia. Kita hanya mampu mengawal. Jika benar-benar sudah berkenan, ha, teruskan langkah pertama dengan meminang, seterusnya berkahwin dan bercinta.

Sahabat saya (kisah 2) dalam proses menuju pertunangan. (4 tahun lagi ae? Kih2). Hubungan mereka juga telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Pandangan saya, andai hubungan yang dijalin jelas menunjukkan tujuan kearah perkahwinan, tidaklah salah namun perlu diingat batasan yang perlu dijaga. ( hehehe…W, x sabar b2 nk nyanyi lagu Barakallah untuk W….*angkat2 kening*)









Dehearty - Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
 Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




Dalam usaha mencari, tingkatkanlah juga usaha dalam mencari ilmu dan memperbaiki diri. Kuatkan kutub magnet cinta anda. Perkahwinan bukan soal cinta sahaja, ia juga melibatkan soal amanah dan tanggungjawab. Dalam post yang seterusnya, andai panjang umur dan diizinkan Allah, saya akan berkongsi 5 langkah sebelum mendirikan rumah tangga ( hoho, akhir-akhir ni kerap berbicara soal kahwin….tidak mengapa…kerana itu adalah halal di sisi agama, harusnya rasa benar kerana mengikut syariatullah….kih3…)

Pandangan saya tidak semestinya betul, kerana saya seorang manusia biasa yang dahaga akan ilmu dan cuba menyampaikan apa yang saya tahu. Sabda Nabi SAW : "Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat". Andai saya ada tersilap fakta atau pandangan, saya mohon betulkan saya….! ^_^ (Yang membaca mungkin lebih banyak ilmunya berbanding penulis yang suka merapu dan berperangai gila2…hehe *bila la aku ni nak berubah,haha*)



Ukhtiku sayang, dengarkan suara hatiku….



Ukhtiku sayang….sahabatmu ini mengetahui bahawa amalan pemantapan imannya masih lagi belum cukup…..sahabatmu ini tahu bahawa cintanya terhadap Allah dan Rasulullah masih lagi belum sempurna….sahabatmu ini belum tentu baik akhlaqnya…..namun, ukhtiku sayang….sahabatmu ini berbicara atas dasar kasih dan sayang yang dilimpahkan-Nya dalam ukhuwah kita…..sahabatmu ini berbicara atas ilmunya yang sedikit cuma….

Ukhtiku sayang….hatiku bersuara…tidak ingin kulihat dikau berduka….menangisi pemergian cinta manusia yang sering melalaikan…cinta manusia yang semakin membawa kita jauh daripada cinta-Nya….cinta manusia yang membawa angan-angan indah bersamanya sehingga yang dilihat…yang difikir hanyalah dirinya….

Ukhtiku sayang….Allah itu dekat…..terlalu dekat….diujinya dirimu dengan cinta manusia….agar dikau sedar bahawa cinta-Nya itu lebih manis….dan abadi….lantaran itu ukhtiku…usah biarkan rantingmu rapuh kerana kasih kumbang yang berlalu pergi….usah kau biar kumbang itu merosakkan kelopakmu nan indah….

Ukhtiku sayang…ketahuilah…dirimu bakal menjadi sayap kiri seorang pejuang agama…nantikanlah dia.....sang raja…dikau permaisurinya….andai tiba saatnya…raja itu akan menjemput dirimu….melamar dirimu menjadi ratu di kalbunya….kerana itu ukhtiku sayang….yakinlah dengan janji-Nya…..




Puisi buatmu…..Ukhtiku Sayang….


Ukhtiku sayang…..
Dahulu….
Kau umpama bunga di taman larangan….
Tumbuh mekar dilingkari duri keimanan…
Walau harumanmu bisa memikat ribuan kumbang…
Yang cuba menawan sekuntum mawar berduri…
Kau tetap dengan prinsipmu….
Cintaku hanya untuk Dia…


Ukhtiku sayang….
Kini…
Mengapa kulihat dirimu semakin goyah…
Warnamu kian pudar…
Goyahmu hanya kerana seorang lelaki…
Yang tiba-tiba hadir menyapa tabir hidup…
Dimanakah malumu yang dahulu kuat memagari diri…
Mengapa tegar kau membahagikan cinta Dia …
Kini ….
Mengapa kulihat dirimu khayal dalam dunia ciptaan sendiri…
Menyibukkan diri memikirkan tentang dirinya….
Bukan tentang kebesaran ciptaan-Nya…
Mengapa hatimu resah saat tiada kata-kata khabar daripadanya….
Bukan kerana gelisah akan debu-debu dosa yang kau lakukan…



Ukhtiku sayang….
Ketahuilah aku amat menyayangimu…
Tidak ingin kulihat dirimu lalai…
Kerana seorang lelaki yang belum pasti menjadi milikmu…


Ukhtiku sayang…
Kutahu dirimu seorang anak yang taat akan perintah ibu bapa…
Kutahu dirimu seorang mujahidah sejati dalam mempertahankan agama…
Kutahu dirimu seorang sahabat yang sangat setia….
Namun….ukhtiku sayang…
Sedarlah…silapmu hanya satu….
Kau harus tahu apakah erti cinta yang sebenar…
Tidak ingin kumelihat dirimu menjadi hamba cinta manusia….
Yang masih menjadi teka-teki…..
Adakah kau ditakdirkan buat dirinya atau pun bukan….


Ukhtiku sayang….
Sahabatmu ini benar-benar sayang kepadamu….
Lantas puisi ini kulakar istimewa buat dirimu….
Jangan biarkan kualiti mujahidah hebat dalam dirimu….
Goyah dan rapuh hanya kerana dia….



Ukhtiku sayang….
Dikau mampu bangkit….
Sahabatmu ini masih di sini…
Sedia menghulurkan tangan andai dirimu perlu akan pertolongan….
Sedia menyediakan bahu ini mendengar suka duka hidupmu…..



Ukhtiku sayang….
Allah ma’ana….


Rabiatul Faazra
12.53 pm…..12.10.2010
Juga puisi buat diri….



"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskan hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkan segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen…"

10 comments:

Mat said...

waaaahh.... bagus2...
cinta =fitrah manusia,
pandangan: tp perkahwinan bukanlh semata2 utk m'halalkan ape yg x dihalalkn sblm ni tp, disertai dgn tanggungjwb...
sbnrnya kalu semata2 nk elak perkara zina berlaku, menampakkan diri kita ini terlalu lemah hingga m'jdkn zina sbg suatu alasan, tp dimana kekuatan utk membina rumhtangga, m'didik anak2....
cinta disertai tanggungjwb...
(btul x ea?)

kerap kali gok kawan2 ade tanya soalan pasal ni... pening nok jawab

:: Zahratu Billaurah :: said...

<><> Ustaz Syafiq/Mat/p-tis <><>
byk betul nama...

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT....

b2 macam pernah baca je ni..dkt saifulislam kalau x silap...xpun dlm buku Aku Terima Nikahnya..oo..ustaz mat ni khatam dh buku tu...patut pun...

kjp..nak cari...*searching...google2*
ha, Alhamdulillah...dah jumpa....

Pedoman Buat Yang Mencari, nilah b2 baca aritu
http://saifulislam.com/?p=538

na'am ya ustaz....perkahwinan bermakna bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah....bukan berkahwin semata-mata nak elak zina..kalau lawan nafsu daripada buat zina pun lemah,dah xleh... gane nak hadapi cabaran hidup rumah tangga yg lebih besar lps kahwin kekgi...

kawan tanya....?
haha..ustaz cinta...boleh se agi nama...

Syafiq boleh kabo x contoh2 soalan hk ditanya...b2 nk tau gak org tanye gane

hidayatun mardiah said...

oohhh..b2..b2..i like ur post...subhannallah..hebat bait2 kata enti..ana palingsuka puisi sahabat ana nihhh..hurm..pasal perasaan n hati memang itulah yang kekeliruan yang sering dialami oleh kebanyakkan remaja...x tau camner nak mengemudi perasaan itu berlandaskan hukum syariat yang sebenar..huhu...

p/s:memang umur cam kita nih,memang suka sangt ckp psl kahwin2 niey..hehe.

:: Zahratu Billaurah :: said...

yiyiyi, Mar~~ baik ckp betul2, u like my post or u like the one who made this post, haha, gurau2 ^_^ muah Mar~~ haha

Alhamdulillah....segala puji-pujian hanyalah bagi Allah...

(puisi tu dengan post ni b2 buat masa feeling...haha...Mar x baca agi hak lps2..mase kpale b2 tgh gila2...^_^ ehehehehe)

na'am ya ukhti...remaja byk keliru soal cinta...sbb masa nilah rasa nk disayangi dn menyayangi...sampai syariat dilanggar...iman kene kuat...tingkat taqwa kpd Allah...dan ingat mati...xpyh kejar cinta dgn yg bkn halal...cinta dgn Allah dn Rasulullah pun x sempurna lagi, xmboh skdr kata di bibir shj...( ni b2..=( )..kalau sampai masa 'cinta' kita tu akan dtg..kita ni teropong diri dulu...byk lubang...entah ajal akn dtg menjemput dahulu sblm dilamar 'cinta'....


p/s : Mar la...b2 x....haha. Dkt dorm ni la topik plg hangat, shari x ckp psl ni x sah, abis knk2 mcm b2 ni terpengaruh, nk wat gane, kne dgr skali, xkn nk tinggal pula, syg tu x dgr *geleng2 kepale*

haha ^_^

rindu Mar~~~! rindu kelas FIM kita~~!!

Anonymous said...

ehem..ehem..he2
b2 dh smakin matang

:: Zahratu Billaurah :: said...

ehem....ehem....he4
terima kasih, jasamu dikenang...

(mende gak leper, tembak kan)

Anonymous said...

tembak la bulat.saya baru abih speaking muet.hahaha
Alhamdulillah..
doakan result n final saya kkg

:: Zahratu Billaurah :: said...

La, lps abis speaking MUET wat mende tembak, patutnya awak minta saya tembak sblm tu, x cakap awal2, haha

Insya-Allah...awak pasti boleh! leper boleh! teruskan usaha anda

wek~~ ^_^

Hasnah Atiqah said...

*speechless* :))

:: Zahratu Billaurah :: said...

speechless pula dh dia...^_^ bitu buti tutu muah senah nahse nanah!