Saturday, October 9, 2010

Mendidik Jiwa Pendidik

Post kali ini cuma hembusan kenangan yang lalu...secebis diari kehidupan hamba Allah yang kerdil, post untuk diri sendiri, mungkin boleh diambil ‘ibrah jika ada…sebagai peringatan buat diri sendiri...agar diri ini tidak alpa, lalai dan sombong dalam menjalani kehidupan sehari-hari.....dan juga peringatan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dalam mengatur perjalanan hidup hamba-hamba-Nya.....Allahuakbar!


Catatan kehidupan lalu yang banyak mendidik diri mendidik jiwa pendidik dalam diri (tak cukup terbelit lagi ni)

Satu di antara ribuan kenangan yang terkunci dan sangat terkesan dalam hati......~

" Assalamualaikum.."
" Waalaikumussalam..."
" Ni Kak Eelah ni.."
" Oo..kak Eelah.."
" Rabiatul ada buat keje mende2 x cuti ni? "
" xdk...bakpe Kak Eelah? "
" Rabiatul nak keje x? "
" keje mende "
" ngajo budak2 ngaji "
" dekat mana, kak Eelah? "
" dekat kilang mi, depan skoloh Tok Jiring....bangunan dua tingkat, wane kuning tu..."
" oo..nak..tapi kene tanya mak dulu.."
" oo...ok..tapi sebelum tu nak tanya Rabiatul, Rabiatul garang x. Keje situ kene garang, kalau   x budak2 pijak kepala..."
" ha? haha ^_^ "



Saat mengimbau kembali perbualan dengan Kak Eelah sewaktu mula-mula menerima tawaran kerja sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM dahulu membuatkan saya tersenyum sendiri. Perkenalan yang tidak disengajakan, mengundang rezeki yang tidak diduga. Perkara pertama yang ditanya sebelum mula bekerja adalah garang atau pun tidak ^_^. Saya hanya mampu menjawab “x garang rase…..tapi boleh cuba". Ya… saya tak berapa pandai nak marah orang, sebetulnya, susah nak naik marah disebabkan  sangat mudah suka dan ketawa, haha kesian… lagipun adik-adik dekat rumah bukan nakal sangat, gurau manja banyak la (haha) kecuali kalau ada perkara yang boleh menaikkan kemarahan (baru kakak akan menyinga, siap la ^_^ ). Selesai sahaja tawaran, kak Eelah memberi keizinan untuk mula bekerja…. esok. Ha, esok? Haha,cepatnya. Terkejut. Mana tidak terkejut, dapat tawaran kerja pun hari yang sama kenal dengan Ustazah Jameelah, haha.^_^ . Segalanya berlaku begitu pantas.


Masih teringat, kali pertama masuk, awalnya saya berkenalan lebih rapat dengan kak Eelah, Ustazah yang berniqob ini. Kak Eelah kata nak panggil nama Fatimah sebab susah nak sebut nama ‘Rabiatul’. Haha (la maani’ ya ukhti… ^_^)Masa mula-mula masuk, kanak-kanak riang ribena (KKRR) pertama yang dikenali ialah Najwa, adik Aini. Masa tu malu-malu lagi,haha. Tapi…selepas tu…bila dah berbulan-bulan...Lailahailallah…tak payah cakap…^_^ . Dalam waktu terdekat ini jugalah, Mirah pun nak bekerja, akhirnya kita sama-sama kerja dekat situ, ye Mirah ^_^




Selama 4 bulan menimba pengalaman mengajar dan mendidik di bangunan kilang mi dua tingkat, tiba masanya untuk saya pergi, UIA memanggil. *sebak*. Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di situ. Walaupun 4 bulan kedengaran seperti suatu jangka masa yang singkat, namun satu ikatan kasih sayang yang sangat kuat tersimpul di hati. Perasaan yang tidak mungkin dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Yang pastinya, saya sangat sayang untuk meninggalkan KKRR… *sangat sedih*


Ustazah Takkan Lupa…..

Ustazah takkan lupa usikan nakal Luth Syahran, KKRR yang memiliki muka dan suara yang cute. (awak buat Ustazah cair mcm aiskrim ^_^ ) . “Ustajah bucuk!” (“Ustazah busuk!”) . Sengaja dipelatkan. “Cah bucuk!” ( “Syah busuk!” ). “ Ustajah bucuk bango!”. Dia tersenyum nakal. Saya mendekatkan muka dengan mukanya, kerutkan kening, dan mengipas-ngipas tangan di hadapan muka, “ Cah bucuk bango!” . Secara tiba-tiba dia menarik bahagian hadapan jilbab dan lari. Syah! ^_^. Tidak sempat menggeletek badannya…dah terlepas. Mirah dah lepaskan dia balik , keluar daripada barisan. Budak ini…. ^_^


Ustazah takkan lupa saat Najwa meminta tisu daripada Ustazah Amirah. “Bakpe tangan tu?”. Sambil membalut jarinyanya dengan tisu, dia memandang muka saya, menggerakkan mulut tanpa bersuara. ‘ kene paku….’. “ Mana, Ustazah nak tengok”. * sedikit sangat je lukanya, xdk darah pun,cuma garisan bekas kena paku,haha,budak ini* “Oo..ni tau x maknanya mende ni”. Najwa tersenyum dan mengangkat keningnya meminta jawapan. “ Ni tanda orang buas ^_^ ”. Macam biasa, dia suka sangat tunjuk muka merajuk sambil senyum, haha.




Ustazah takkan lupa kanak-kanak besar (bukan KKRR dah ni…) yang suka sangat bergurau nyenyeh, geram betul Ustazah,haha, ^_^ (sebiji je macam adik dekat rumah, cuma yang ni extream sikit,haha). “Main je banyak, nak mari ngaji depan Ustazah ni lambat pula”. Ustazah takkan lupakan Arshad, Hazmi, Irfan, Ikhwan, Hakim dan Hafizuddin. “Bising lagi Ustazah smackdown”. Oo..ketawa ye,haha,xpe2. *tunjuk penumbuk*. Arshad senyum sambil tunjuk penumbuk gak (saje je budak ni nak main2...) Malas ustazah layan awak ni…dah besar…ha, fikir mana baik buruk…


Ustazah takkan lupakan Balya, abang kepada kanak-kanak yang lain, yang paling tua di situ. Balya juga yang selalu mari paling lewat, ada kelas. Balya yang sekejap serius dan sekejap suka main-main. “Cuba jadi macam adik…baik..senyap je…kan Raihanah? ^_^”


Ustazah juga takkan lupa pada Alya Adriana. Alya antara yang terkesan di hati Ustazah. Teringat waktu saya dan Mirah berbual-bual kosong dengan beberapa KKRR sementara menunggu masa untuk kak Afirah mengajar fardhu ain….“ Ustazah nak benti keje dah..”. Sedih. Alya membalas “Ustazah nak benti, kita nak benti ngaji la”. Ha,molek sangat.

Teringat waktu selesai beritahu kak Eelah nak berhenti kerja bulan 4 tu… kata-kata Alya yang sangat menyentuh hati saya, memaksa air mata saya bergenang lagi, tidak akan saya lupa…..perlahan suaranya menuturkan kata…. “ bakpe kita sayang ngat a Ustazah… Ustazah jangan tinggal kita…”. Hati semakin tersentuh dengan pelukan yang diterima daripadanya.
Ya Allah…saya tidak sanggup mendengar perkataan ‘tinggal’….air mata tumpah entah kali yang ke berapa, saya membalas pelukannya, erat. “ Ustazah pun, sgt sayang Alya”. Saya cium dahinya, terasa sangat sebak kerana dah macam adik sendiri, terbayang apabila terpisah dengan adik-adik dekat rumah, “kakak tak sanggup!”. Hanya Allah yang tahu apa saya rasai saat itu. Hati terasa sangat pedih.


Terlalu banyak kenangan! Tidak terukir dengan kata-kata, yang selebihnya disimpan sahaja di dalam hati. Mengimbau kenangan hanya membuat hati semakin sakit menahan rindu dan sedih. Saya seorang yang sangat sensitif dengan nama sebuah kenangan, kalau sebut kenangan, dialog berkaitan kenangan terkunci dengan sendirinya dalam ingatan. Menyeksakan…:(( :((



Mutiara Kata daripada Ibu…..

Pada satu petang, sebaik habis waktu bekerja, selesai sahaja membeli ABC, saya masuk ke dalam kereta.

“Latif x balik agi…”(Latif, abg Najwa, tgh beli ABC)
“Ibu ngajo dia ke”
“ Ibu ngajo masa tahun 5 rasanya. Gibran tu rupanya abang Alya Adriana. Patut pun Alya kata dia ada abang. (Ibu merupakan guru Alya di sekolah) *start kereta*
“ Gibran? Unik ngat nama abang Alya”


Dalam perjalanan, saya berkongsi apa yang berlaku pada petang itu di Rif’atul Quran dengan ibu. Ibu setia mendengar luahan….pelbagai rasa, bercampur-baur…..gembira dan sedih.


“Kakak cite aritu, Alya kate mende?”
“ Alya ada kata…. “kekgi.....Ustazah gi U….kalau Ustazah balik…. Ustazah mari sini ae…”

Ibu diam. Saya diam. Hati saya sebak. Cuba untuk menyembunyikan perasaan dengan menghancurkan ABC menggunakan straw.

“Bu..kakak..se..dih….” (Air mata yang bergenang tidak mampu ditahan. Saya kalah lagi, Lembiknya…)
“Ibu faham…” (tidak saya sangka, rupanya diam ibu tadi pun turut menahan sedih, air mata ibu turut gugur). (Dalam sisa tangisan, sambil memandu, ibu melontarkan kata-kata hikmah) “Ibu nak beritau kakak… nilah rasanya jiwa pendidik. Budak-budak tu kita ajar, dah macam adik sendiri, anak sendiri. Kalau dia boleh faham mende hak kita ajar, puasnya kita rasa….tapi…kalau dia buat perkara pelik-pelik, sedih..... macam anak sendiri la…..kakak dah rasa tu sekarang…..Kalau dia nak jumpa kita lagi tu..Alhamdulillah..maknanya dia boleh terima apa yang kita ajar….”


Saya mengangguk-angguk. Pastinya ibu sangat memahami perasan saya kerana ibu seorang guru, sangat lama. Dan kata-kata ibu sebentar tadi semuanya betul kerana sememangnya semua itu telah saya rasai. Rasa puas apabila apa yang kita ajar boleh diikut, diingat. Tapi kalau yang pelik-pelik dia dapat, ya Allah…sedihnya rasa. (teringat ade beberapa yang suka buat rambut terpacak…masih kecil lagi….)


Mula terdidik jiwa pendidik……



Terima kasih Ustazah ucapkan. Terima kasih kerana mengajar Ustazah erti kelembutan dalam ketegasan. Terima kasih kerana membuatkan Ustazah lebih mengenali erti kesabaran. Sememangnya kamu semua sgt nakal! Iii… Ustazah cekik kan! ^_^ ( masih teringat sewaktu terpaksa mengajar berdua dengan Mirah sebab kak Eelah kene urus majlis kahwin adik kak Eelah, ya Allah! Kelas mase tu xleh dikawal! Haha ^_^ , rasa macam nak jerit nama kak Eelah balik kelas, haha). Terima kasih kerana kerana kamu Ustazah benar-benar faham erti ikhlas. Ikhlas menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya tanpa keluhan dan tidak mengharapkan sebarang balasan, tulus daripada hati hanya kerana Allah.Terima kasih kerana kamu juga, Ustazah boleh upgradekan suara Ustazah yang susah nak keluar macam ada emas dalam mulut sampai boleh melontarkan nada suara setinggi burung di langit, haha. Terima kasih kerana sudi menerima Ustazah sebagai guru. Ustazah belajar banyak perkara daripada kamu. ^_^ Syukran!


Ustazah minta kamu belajar sungguh-sungguh, jangan banyak main (smackdown kan)
Jadi budak baik…. Ustazah harap kamu takkan lupakan Ustazah… sebab selamanya Ustazah tak akan lupakan kamu….walau kamu semua jauh di mata, namun tetap ada dalam hati ustazah….dengar cakap Ustazah Jameelah dan Ustazah Afirah! Jika masih panjang umur dan diizinkan Allah…Ustazah pasti menjenguk kamu….Insya-Allah…



Cebisan Kenangan ~






"Ikhwan, muka dah hensem dah.....perangai tu ubah sikit agi je....lagi hensem...."



Daniel (adik Azrul) yang comel dan manja~~Saiful, bacaannya mantop! ^_^


Irfan dan Azrul....haha, klako tgk gambo ni, macam personaliti budak 2 org ni bertukar....Irfan tu jenis tenang....suka gurau...Azrul pula, wah, lain dengan adik, ganas ni, haha ^_^ dalam gambo lain la pula...


dalam banyak2 gambo, gambo ni antara yang cantik...ustazah suka! haha ^_^ (boleh bayang macam mana, gamat, meriah dan cerianya teratak Rif'atul Quran..? rindunya .....)


ala...comelnya adik2 Ustazah~~ solehah~~ ^_^ ni sebahagian je ni....


gambar sedikit blur tapi hak ni je yang paling jelas berbanding gambar lain.....tak duduk diam budak2 ni, haha ^_^ "peace..! comel2"


Kenangan daripada Azrul/Daniel dan Dania.....hadiah pertama daripada anak murid....syukran....Ustazah sangat sayangkan hadiah ni...membawa kenangan kita bersama di Rif'atul Quran.....


p/s : b2 tau…kalau Mirah baca ni…mesti Mirah nangis gak…Mirah, b2 rindu budak-budak tu….b2 nak nangis dgn Mirah….Mirah mesti faham b2 rasa mende skrg…:(( :((…org lain mungkin x boleh betul-betul faham apa yang kita rasa….:((

(walaupun kamu semua sgt nakal..Ustazah sgt sayang kamu semua….rindu nak jadi kakak yang gila-gila lagi…..haih…)


Jiwa Pendidik…..akan terus dididik…..


Sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah bagi Allah. Sememangnya mengimbau kenangan membuatkan saya mengagumi kebesaran Allah. Begitu cantik perancangan yang Allah aturkan. Masih teringat, selepas SPM, rencana ingin mengikuti kem MH-I dengan Marhamah tapi entah kenapa tidak jadi padahal ibu bagi keizinan untuk pergi dan saya memang nak pergi,Marhamah! Tapi saya tak tau kenapa…saya betul-betul tak tau…sedar-sedar je awak dah bertolak ke kem….


Kembara kehidupan diteruskan dengan mengambil lesen bersama sepupu di PSM. Saat itulah dengan izin Allah, berkenalan dengan Ustazah Jameelah. Tiada dalam perancangan, akhirnya mendapat peluang bekerja, menimba pengalaman menjadi seorang ustazah, mengajar mengaji. Mirah lagi la, pun tiada dalam perancangan, lesen tak ambil tapi dah namanya rezeki, sampai juga dekat Mirah. Subhanallah! Segalanya betul-betul aturan Allah, pantas dan lancar. Alhamdulillah ya Allah!


Kerja sebagai guru mengaji mungkin dianggap senang, hanya mengajar mengaji. Ya,mulanya saya berfikiran begitu tapi setelah berada dalam posisi itu, saya sedar tanggungjawab bukan hanya sebagai guru, tapi, juga sebagai kakak yang mendidik adik-adik dan bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan. Sedikit mencabar kerana mengajar bukan sekadar mengajar. Hal ini adalah kerana menarik minat kanak-kanak itu penting supaya mereka memahami apa yang dipelajari dan pembelajaran menjadi menyeronokkan dan itu menuntut kreativiti dalam pengajaran serta kesabaran yang tinggi. Sebetulnya, dahulu saya takut memegang kerja ini, lagi pula membawa gelaran ‘Ustazah’. Takut andai ilmu tidak disampaikan dengan baik, takut andai gaji yang diterima hanya gaji kosong. Tidak sedap hati untuk menggunakan duit gaji andai kerja tidak dapat dilakukan sebaik-baiknya kerana saya sedar apa yang saya lakukan ialah amanah, amanah ibu bapa kepada guru,sepenuhnya.



Kini, jiwa pendidik dalam diri semakin subur….

Kalau ditanya tentang cita-cita, pasti saya akan menjawab “pensyarah BA”. Namun….

“bu…kakak minat mengajar….tapi dengan budak-budak je….kalau pensyarah tu..emm..kurang sikit kut....”

“Pensyarah senang sikit kak…ajar orang besar dah….kalau budak-budak susah sikit…kene ajar dari awal…gaji pensyarah pun tinggi sikit daripada cikgu..kakak x cuba lagi...sedap juga kak, jadi pensyarah”



Keliru….saya tahu ibu tidak memaksa tetapi ibu hanya memberi pandangan ( ibu tahu anak-anak ibu boleh buat keputusan sendiri...ibu sungguh memahami...^_^)….namun ibu berhasrat agar saya berjawatan lebih tinggi daripada ibu….kerja sebagai pensyarah lebih mudah dan gaji pun lebih berbanding kerjaya guru. Perlu memikirkan soal kewangan untuk masa hadapan……namun…..aih…susahnya…soal minat…..tunggu je la…yang penting belajar sungguh-sungguh dulu…..kadang-kadang perkara yang tidak kita duga itulah yang berlaku. Walau apa pun, sentiasa percaya bahawa Allah sentiasa bagi yang terbaik buat kita….sayang Allah…!


Saya ada juga bercita-cita ingin menjadi seperti Kak Eelah….membuka kelas mengaji, mengajar mengaji, dekat dengan anak-anak kecil…ehe..sayangilah permata itu~ ( kalau ada anak kekgi, senang, jaga sekali….kih3…eh, terlencong pula,haha…..asal cita-cita nak buka tadika, tapi ibu kata sedikit berisiko, tu tukar tu, hehe) Andai apa yang dilakukan dinilai oleh Allah sebagai amal yang ikhlas, ilmu itu berterusan diamalkan, Insya-Allah, jaminan saham akhirat tu ada . Biarlah di mata orang, pekerjaan sebegitu tidak sekomersial seperti doktor, jurutera dan lain-lain….namun apa yang didamba adalah pandangan Allah. Namun…kerja-kerja komersial begitu pun boleh jadi ibadah jika niat ikhlas, mana-mana je la ^_^. Innamal a’maalu binniat…..


p/s : ^_^ dah siap download Epilog Syurga Cinta….tapi tak habis tengok agi. Hehe…antara kronologi cerita pasal guru tadika nak buka madrasah…ni yang buat minat makin bertambah ni….hmm..
( jangkit dengan sape x tau tengok2 cite ni…)



<><> Kenangan lalu banyak mengajarku untuk menjalani hari esok dengan lebih baik…..kerana sebuah kenangan hatiku berlagu syahdu, namun hari esok aku pastikan diri kuat,bangkit, juga kerana kenangan yang lalu......kenangan lalu juga yang mendidik jiwa pendidik dalam diri…. Terima Kasih Untuk Kenangan Ini…..<><>





Bayu Kenangan Lalu~



Petang terakhir mengajar....waktu balik....penantian di jalan....hanya beberapa yang tinggal....

Ustazah Amirah : mari sini minta maaf dengan Ustazah, banyak buat salah
Ustazah Fatimah : haah, Ikhwan banyak dosa dengan Ustazah
Azrul : tau gak, banyak dosa...minta maaf la
Ikhwan : ye la...Ustazah... minta maaf.....mu banyak dosa gak
Azrul : aku dok banyak dosa sbb baru masuk



Dengar Ustazah nak pesan ni...


"Dania...., jadi budak yang baaa....??"
"iiikkk !!"

"Balya...., jadi abang yang penyaa..??"
"yaanngg.."

"Lutfi...., jadi budak yang baa..??"
"iikk..!"
"lagi.......jadi abang yang penyaa..??"
"kiiit..!"

No comments: