Thursday, October 21, 2010

5 Langkah Sebelum Ehem


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
 


*Kepala sedang berpusing* 
blogger-emoticon.blogspot.com
Iya…tajuk post saya kali ini berbunyi 5 Langkah Sebelum Ehem. Maksud ehem di sini dari segi bahasa adalah batuk. Jika dilihat menerusi maksud istilahnya pula adalah berkahwin. Jadi saya cadangkan, sila abaikan makna pertama dan ambillah makna kedua. Hal ini demikian kerana, post saya berkenaan maksud yang kedua. Cuba anda bayangkan, mana satu lebih sesuai, ‘5 Langkah Sebelum Batuk’ atau ‘5 Langkah Sebelum Berkahwin’ ?. Renung-renungkan. Sekian, terima kasih. 


“Huh? apa yang aku mengarut ni”.



blogger-emoticon.blogspot.com
Seperti yang telah saya janjikan pada post yang sebelumnya , saya akan berkongsi 5 langkah sebelum mendirikan perkahwinan terutamanya khusus buat remaja yang sedang menuntut di universiti (saya tahu, ramai yang suka sangat cakap hal ni, jadi jangan ingat saya dah nak kahwin, Leper, saya tidak berpunya lagi, jangan memaksa saya bercerita……berhenti mengatakan ehem kepada saya kerana sepatutnya saya yang perlu berkata begitu kepada awak..^_~ wek~)

Kalau ada yang dah rasa bersedia nak bercinta, sila tanya pada diri sendiri “Aku dah sedia nak kahwin ke?”. Sila jawab secara jujur, ikhlas daripada hati, kalau jawapannya adalah “ya, saya sangat bersedia”, tahniah saya ucapkan kerana ini bermakna anda sudah bersedia untuk memikul satu tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab, ini bukan perkara main-main, saya memetik kata-kata Phua Chu Kang “Don’t play-play”. Sekiranya jawapan anda adalah “tidak”, tidak mengapa, anda tidak perlu tergesa-gesa. Sebelum Ehem, perlu belajar banyak perkara. Ini baru muqaddimah daripada saya, seterusnya kita masuk bahagian isi.




5 LANGKAH SEBELUM MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA
blogger-emoticon.blogspot.com

Menempuh alam perkahwinan memerlukan persediaan yang mencukupi. Persediaan dari aspek ilmu dan keagamaan. Rumah tangga mestilah dibina dengan asas dan persediaan yang mantap. Cuba bayangkan jika tiang rumah itu tiada, maka rumah itu akan runtuh. Begitu juga dengan persediaan membina Baitul Muslim, kalau tiada asas dan persediaan yang merupakan tiang, maka tidak hairan jika rumah tangga itu akan mengalami masalah.
 

5 langkah ini boleh menjadi panduan buat kita untuk memperbaiki dan membina diri agar menjadi seorang remaja Muslim yang hebat. Em! (langkah-langkah ni bukan untuk kahwin je, juga berkenaan pembinaan sahsiah dan karisma dalam diri….tajuk tu saje nak tarik perhatian.. ^_~ itu pun kalau ada yang tertarik….kalau tak tertarik…ha, ada something wrong tu…..*geleng2 kepala* “jahat betul aku ni cakap macam tu….maaf….saya gurau je…. ^_^”)


5 langkah utama di bawah saya kongsikan menerusi pembacaan sebuah buku bertajuk Kompas Cinta buah tangan daripada A.Ubaidillah Alias.



blogger-emoticon.blogspot.com
1) Perbaiki kelemahan diri dari aspek pengurusan dan pengetahuan am

Pengetahuan am di sini ialah pengetahuan yang melibatkan kewangan seperti insurans, bajet bulanan, bajet kelahiran anak, ilmu komunikasi. Ala, bab bajet-bajet ni saya lemah, saya tak suka duit. Tak suka, tak suka, huh? (Ish, maknanya….. aku xleh kahwin lagi la ni..sedihnye….frust..*sepak batu*)  


Akibat gagal merancang dan mengurus kewangan, rumah tangga akan menghadapi masalah. Hal ini demikian kerana tekanan kewangan di dalam zaman gawat ini akan memberi impak kepada suasana hidup suami isteri. Yang penting perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Waa…dia sebut isu semasa pula dah….( aku ni belek2 surat khabar cari rancangan TV bolehlah…teruk betul…baru tahu….nasib baik sedar….kalau sedar, peluang kahwin tu cerah sikit…..maknanya kene cari orang yang rajin baca suratkhabar ni)


:: Teropong Diri ::
Insya-Allah wa biiznillah, saya akan melakukan :

~ Baca surat khabar baca betul-betul

~ Baca lebih banyak tentang ilmu psikologi (penting ni untuk proses mendidik anak-anak), baca tentang keluarga, tentang pembinaan diri, buku-buku motivasi (wah, saya suka cadangan saya yang kedua, psikologi2!).

Contohnya : Situasi di halaman rumah katakan. Anak bertindak dengan memanjat pokok, atau panjat apa2 sahaja. Jangan terus menghalang “Jangan panjat!”, tapi nyatakan akibat, perkara sebegitu bahaya dan seumpamanya. Jadi, anak itu akan berfikir secara sendirinya, melatih membuat keputusan sendiri.  Ini penting untuk memupuk keyakinan anak-anak.

~ Tanya ibu pasal bank, pasal ape-ape jelah berkaitan ni

~ Belajar lebih tentang masak! Tengok web yang Marhamah bagi, My Resepi (syukran Leper! Saya muah awak, haha) Kenapa la nyanyuk sangat, susah betul nak ingat resepi. Jangan hafal… ye, jangan hafal tapi buat, praktikkan. Em! Kalau dekat rumah, belajar dengan ibu….kalau dekat U, boleh tanya Ain dan Qoie….Ain, Qoie…..ajar b2 masak! Hehehe ^_^ ngee~


Ni saya tulis untuk saya, boleh buat sendiri, kalau nak tambah, komen ye, boleh kongsi  ^_^. Anda yang membaca juga boleh ambil kertas sekarang dan mula menulis perancangan, nak tulis status boleh juga, sebagai kayu pengukur diri. Mari kita cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.



Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam
DAN
Jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini



Status Langkah 1 : Tidak lulus! Banyak yang perlu diperbaiki…sangat banyak….ini menyebabkan saya berasa sangat sedih…..ish *sepak batu lagi*





blogger-emoticon.blogspot.com

2) Memperbetulkan bacaan Al-Quran dan memahami terjemahannya

Al-Quran merupakan panduan hidup seorang Muslim. Jika tidak mampu membaca Al-Quran, ini bermakna seseorang itu akan mengalami masalah dalam kehidupan. Hal ini kerana tanpa panduan hidup, manusia akan menjadi porak-peranda. 


Al-Quran juga asas dalam solat. Sekiranya gagal menguasai bacaan Al-Quran, solat akan tertolak. Apabila solat runtuh, jiwa juga runtuh. Ini akan membawa kepada peribadi yang lemah dan akan mudah tewas dengan godaan nafsu dan kealpaan dunia.


Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi maknanya juga mestilah dihayati dan difahami. Al-Quran perlu diamalkan dalam kehidupan.


:: Teropong Diri ::
Insya-Allah wa biiznillah, saya akan melakukan :

~ Tingkatkan dan mantapkan ilmu tajwid yang sedia ada, biar betul-betul dikuasai

~ Teliti satu-satu ayat setelah habis mengaji, faham maknanya. Kalau tidak faham, tengok kamus. Di samping itu boleh tambah vocabulary BA.


Status langkah 2 : Alhamdulillah, rasenye ini boleh lepas. Perlu tingkatkan lagi, em!





blogger-emoticon.blogspot.com
3) Memperbanyakkan pengetahuan tentang sunnah Nabi Muhammad (Sollu ‘alan-Nabi) dan menghafal sekurang-kurangnya 40 hadis Nabi.


Sunnah jalan keluar daripada masalah hidup. Ia merupakan penyelesaian yang akan membawa kepada ketenangan dan kedamaian. 


Sunnah juga mengambil ajaran yang lengkap. Kita fokus kepada aspek perkahwinan, sunnah Nabi ada mengajar cara melayan isteri-isterinya. Islam amat memuliakan kaum wanita. Jika seorang wanita mempunyai suami yang memahami sunnah, pasti dia akan bahagia. Baginda Rasulullah  juga lebih pantas mengalah dalam hal-hal yang makruf dan mudah berunding. 


:: Teropong Diri ::
Insya-Allah wa biiznillah, saya akan melakukan :

~ Hafal hadis nabi setakat yang mampu, mungkin sebaiknya boleh dimulakan dengan menghafal Hadis Arba’iin (Hadis 40). Berbincang dan berkongsi ilmu dengan roommate, Siti Balqis yang lebih berpengetahuan tentang hadis dengan tunjuk ajar daripada abangnya.

~ Kalau boleh saya nak tambah, boleh juga hafal ayat-ayat Al-Quran yang pendek, mudah diingat dan biasa disebut atau dibaca atau pun yang biasa ditulis di dalam artikel. Jumpa ayat, terus catat. (12:18) (39:53) (2:73) (2:168) (2:155) (2:156) (2:148) (2:152) (2:153) (2:117) (2:201) (2:216) (2:217) (2:286) (2:255) (2:256) (2:257) (4:34) (4:45)
 

Status Langkah 3 : Separuh-separuh…em…masih perlu ditingkatkan….terutama part hadis…





blogger-emoticon.blogspot.com
4) Menguasai  hukum fardu ain terutamanya dalam bab bersuci


Hukum fardu amat banyak. Antaranya ialah bab bersuci. Mesti tahu cara bersuci daripada hadas dan cara mandi wajib. Kegagalan menguasai hukum fardu akan menyebabkan ibadat tertolak. Penguasaan ilmu fardu ain membawa kesentosaan di dalam rumah tangga.


:: Teropong Diri ::
Insya-Allah wa biiznillah, saya akan melakukan :

~ Kalau ni, Alhamdulillah….Cuma perlu lebih baca banyak lagi tentang hukum dan pastikan kesahihannya. Contohnya saya ambil hukum ambil wuduk dalam baldi. Boleh baca dekat ILuvIslam pada bahagian forum, tapi awas, pastikan jawapan tu dijawab oleh ustaz, bukan oleh user biasa, baru ambil. 


Status Langkah 4 : sedang-sedang…..perlu ditingkatkan! 





blogger-emoticon.blogspot.com
5) Mempelajari batasan halal dan haram dalam pencarian rezeki


Halal haram melibatkan aspek rezeki dan sumber pendapatan perlu dititikberatkan. Faham dengan jelas tentang jenis-jenis rezeki yang halal. Hal ini demikian kerana ada yang sanggup mencari rezeki haram kerana mahukan wang yang banyak. Ada juga yang tidak sedar bahawa kerjanya itu bergelumang dengan sesuatu yang haram.


Wang haram akan menyekat doa daripada sampai kepada Allah. Allah juga akan mencabut berkat dan keharmonian dalam rumah tangga. Anak dan isteri cenderung untuk melakukan maksiat.


Menguasai ilmu halal haram akan membantu seseorang membesarkan anak dalam keadaan lebih terkawal. Jiwa anak yang mendapat rezeki berkat akan menjadi taat dan patuh kepada ajaran islam. Isteri juga mudah mendengar cakap suami dan tidak akan melanggar batas-batas ajaran Islam.


::Teropong Diri ::
~ tak tahu yang ni nak buat apa…..baca lebih je kut…


Status langkah 5 : Alhamdulillah….dah faham….perlu tingkat kefahaman lagi…..




4
blogger-emoticon.blogspot.comAlhamdulillah….dengan izin Allah….dapat juga saya langsaikan hutang janji post sebelum nyawa diambil…..gembira dah kongsi semua….hanya sedikit ilmu yang ada dalam diri , harap kita sama-sama amalkan ye….amal setakat yang termampu…yang penting buat betul-betul kerana Allah…ikhlaskan hati….kita tak tahu kita buat tu ikhlas ke tak sebab soal ikhlas ni hanya Allah yang tahu…tapi hendaklah sentiasa cuba berusaha ke arah itu  =) =)





Kalau nak bercinta, mestilah kene kahwin dulu. Cinta antara lelaki dan perempuan yang halal menurut Islam adalah cinta selepas kahwin. Betul tak? Kalau kahwin, mestilah bersedia memikul tanggungjawab.  Jadi, bila nak bercinta, hendaklah memastikan diri bersedia memikul tanggungjawab dahulu. Pening ke.... “Sebab saya tengah pening ni, berbelit la dia ni tulis.”



Isi penting yang nak saya sampaikan, tuntut ilmu tentang kekeluargaan juga ilmu keagamaan sebagai persediaan sebelum memikul tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan. Bukan saya mengatakan perlu jadi seorang yang sempurna dan belajar semuanya, baru boleh kahwin. Tak..maksud saya, pastikan diri sekurang-kurangnya mempunyai serba sedikit ilmu sebelum pergi lebih jauh. Hal ini demikian kerana manusia itu perlu sentiasa untuk melakukan perubahan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik. Point utama dalam post kali ini, BAIKI DIRI. ^_^ Tidak perlu terburu-buru mencari cinta, sebaliknya bersegera mempersiapkan diri terlebih dahulu. Jika tidak bersedia untuk ini, tinggalkan perkataan 'couple'.







Cinta + Tanggungjawab = Perkahwinan

Boleh bercinta selepas kahwin
Kalau kahwin mesti pikul tanggungjawab
Maknanya kalau kahwin, sambil bercinta sambil pikul tanggungjawab
Itu realiti sebuah perkahwinan (kalau nak bahagia! ^_^)



Kalau tak sedia lagi nak pikul tanggungjawab tu?
Jawab saya….Jangan la bercinta lagi! ^_^
(Kalau nak mencari boleh….….ops, haha, ayat ni bukan untuk adik-adik sekolah ye, ait! ^_^)

blogger-emoticon.blogspot.com




Kebelakangan ni, oh bukan kebelakangan ini tetapi keseluruhan post saya kebanyakannya berkisar tentang hubungan antara manusia terutama perkahwinan dan persahabatan. Mungkin sebab saya meminati bidang psikologi (nak cover la tu….). Psikologi mengkaji tentang manusia. Saya suka melakukan eksperimen terhadap manusia, memerhatikan dan membuat kesimpulan. Seterusnya pengesahan kesimpulan akan ditentukan dengan kajian soalan terhadap manusia. Oo…( Ni part untuk saya membebel sorang2)



Ala, jangan la cakap saya gatal nak kahwin cakap pasal mende ni, saya tak gatal pun kecuali apabila digigit nyamuk…..….galok pun tak mane…lebih sikit je dari ulat bulu….
Nasihat saya, sila hindari nyamuk dan ulat bulu….


blogger-emoticon.blogspot.com
SELAMAT BERAMAL!





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen…"

10 comments:

marzuqi said...

Banyaknya tips utk ehem..
budak ni rasanya dok lama ni utk ehem..:)

Insyirah said...

Assalamu'alaikum adek Rabiah :)

Alhamdulillah. AKak suka adik ada prinsip dan wawasan, ciri-ciri orang yang ada arah tujuan. Insya Allah. Yup, go go psikologi. Akak pun minat sangat-sangat :D

Ema said...

KAK B2!!!

huk3..
Tak sabar rasanya nak 'ehem' 'ehem'..
HEHEHE..
Gurau sahaja :D

Syauqatul Wardah said...

<><> Akh Qi <><>

ha'ah la Akh....kalau b2 nak ehem, b2 kene cari tips baiki diri dulu, amal dan sebar...
wah, Akh doa b2 cepat ehem, Ameen2.
tapi b2 xleh pintas Akh....senior kene dulu.....
xdk la Akh...mesti nak tunggu abis degree dan ade keje dulu mcm org lain...baru mantop sikit nak ehem pun..


<><> Ukht Syira <><>

Waalaikumussalam kak Syira!
wah, komen pertama akak ye, ^_^

Alhamdulillah, Rabi'ah cuma kongsi apa yang Rabi'ah baca, cuba faham, amal, Insya-Allah.....dan sebar...
kak, kalau bab ni, Rabi'ah memang cepat...ehehehehe ^_^

Akak bagi la tips *angkat2 kening*, akak kan dah ehem ^_^

Wah, akak pun minat psikologi juga ke, yeah, ada geng, ^_^ psikologi sangat sedap!


<><> Ema <><>

Ema!! ^_^ uit, budak sekolah ni on9, exam2!

kalau kira-kira...Ema baru 16.....kak b2 dah 18....kalau tak sabar pun...Ema bagi la peluang kak b2 dulu yang ehem ^_^

marzuqi said...

rasa mcam tengah dlm ambik degree ni bdak ni ehem..huh :-)
eyh, akh pun suka psklgi.sbbtu akh baik..hee

Syauqatul Wardah said...

Akh....kalau ada orang kenal rumah b2, mari rumah nak minang, kalau akhlak baik, peribadi baik, utama agama...kalau ada jodoh,apa salahnya, b2 baru masuk degree....akhirnya b2 ehem dgn jayanya.....

Akh ambik architecture pun, Akh dah baik, Akh...
*tolong design rumah b2 satu!*

frhnad said...

oh, tak yah belajar memasak eh?
keh3.

gurau2. bagos info ni. sesungguhnya, sy masih belum bersedia lagi... hurm.

Syauqatul Wardah said...

ait, Nad baca betul2, haha ^_^

sesungguhnya Nad telah bersedia
*xpe2 b2 tau nad error typing, b2 tolong wat betul*

Anonymous said...

huhu.. banyak ag laa yang mar tak past..huhu..tak leh lah nak 'ehem'..huhu..sedihnyer..huhu..hehe:)..

Syauqatul Wardah said...

<><> Mar <><>

Mar.....b2 pun x pass....b2 pun sedih xleh ehem agi, ish *sepak batu*

hehe ^_^