Friday, October 22, 2010

Miftaahun-Najaah

عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
 

blogger-emoticon.blogspot.com   “sedih r….tepon sy jap”     

Pesanan yang dihantar oleh sahabat saya yang paling mengada-ngada (menyampes I, haha). Boleh agak tak sape ni, wek~ ^_^. (suruh orang tepon dia pula…..tapi kalau saya, saya bertindak kejam macam awak gak kalau awak ada dekat rumah…haha ^_~ tapi kalau saya yang buat, xdk perkataan kejam tu, baik je ada, haha ). Katanya tidak bersemangat, hati bersedih. Sahabat…. kenapa?

blogger-emoticon.blogspot.com   “b2,,hati kosong lgi..selalu je sedih,, hnya Allah tmpt mengadu..t.t”

Lagi pesanan yang dihantar oleh sahabat saya yang baik dan bagus, selalu berkongsi bahan-bahan ilmiah. Dia mengadu. Juga sedih dan tiada semangat. Sahabat….kenapa?



Kedua-duanya bakal menghadapi final exam pada 25/10 ini. Ya, kedua-duanya menuntut di universiti yang sama. Kesimpulan yang boleh saya buat… “tiada semangat untuk menghadapi exam ye? Sedih….hati ni dah rase nak balik je ye?” Ya…saya faham…saya pun ada rasa macam tu…jadi apa perlu saya buat untuk tolong awak ye…



DUIT
D = DOA
U = USAHA
I = ISTIQAMAH
T = TAWAKAL



Simple bukan? Konsep ni dah biasa dengar. Konsep yang amat mudah jika ingin mencapai kejayaan. Guru-guru sejak sekolah menengah atau kem motivasi sering menyebut tentang ini saat diri bakal menghadapi peperiksaan. Tahu dan aplikasi. Amalkan.


Pegang konsep mudah ini setiap kali menghadapi atau ingin melakukan sesuatu. Saya fokuskan post kali ini dalam situasi menghadapi peperiksaan.


Nak susah bukan susah, nak senang bukan senang


Mutiara kata ni pun kita dah sering dengar, bukan? Jika tahu nak berjaya bukan senang, usahalah. Jangan malas. Kalau nak mencapai kejayaan, perlu melakukan pengorbanan. Jika mahu menggapai bintang di langit, usahalah, pasti boleh. Buat origami bentuk bintang, gantung di siling dan pegang. Ya, anda sudah berjaya memetik bintang. Berjaya lah tu, takkan nak petik bintang yang sungguh tu, impian harus realiti bukan fantasi. ^_^


*petua* Lwn gak sikit! Jgn manjakan diri! Nak berjaya, jgn manja diri, nk result tggi, usaha shabis mgkin, kalu usaha x cukup, time dpt result xsperti yang disangka, jgn nk sedih, awak x layak nk merungut, usaha setakat tu, stakat tu la dpt, trime je la, kalu nk gembira, biar sakit dulu, senang kemudian, bru rasa manis lps pahit *pedas x, haha dialog terhadap diri sendiri*

Pesanan dihantar buat sahabat yang mengada-ngada. Pedas sikit, kejam sikit, ”ambik kau”, haha. Kadang kala perlu berkasar dengan diri sendiri agak tersedar daripada lamunan yang panjang. ^_^
 



اجتهد ولا تكسل فاالندامة عقبى لمن يتكاسل !



Kalau nak berjaya, jangan malas! Jangan malas! Jangan malas! Buangkan segala perkara-perkara yang boleh menjadikan kita malas. Kalau malas, apa pun tak boleh buat. Contohnya, kalau kita lapar. Kita malas nak makan sendiri, orang masih boleh tolong suapkan. Kalau malas nak kunyah sangat, orang tolong kunyah dan bagi kita makan. (oh, sedikit menyeramkan). Akhirnya makanan yang dikunyah orang dan disuap orang berjaya masuk ke dalam mulut kita. Kita hanya perlu menelannya sahaja. Tetapi jika diri sendiri malas untuk menelan? ( ada juga ye orang macam ni…) Segala suapan dan kunyahan itu sama sekali tidak bermakna jika masih malas untuk menelan. Akhirnya keputusan tetap sama, perut tetap lapar.
Jangan manjakan diri,ni juga penting!




GRAB THE SPIRIT NOW! AND PUT IT IN YOUR HEART! YEAH!
(ewah, speaking sastera pula aku ni ^_^)
Saya kongsi perkara yang saya buat menjelang peperiksaan dan Alhamdulillah, berkesan



blogger-emoticon.blogspot.com   Khotwatul Uulaa | STUDY GROUP|


Sebetulnya, saya bukan jenis yang belajar secara berkumpulan kerana saya perlu belajar secara bersendirian jika ingin lebih fokus atau untuk menghafal sesuatu. Saya akan mula muraja’ah dalam kumpulan setelah habis membaca keseluruhan pelajaran. Melalui perbincangan itu, kita akan mengetahui di mana kita masih lemah dan mana yang perlu ditingkatkan.


Kalau study group lagi sedap buat mereka yang mudah rasa mengantuk dan hilang semangat apabila belajar bersendirian. Ada teman berbual, study tak terasa bosan (sebetulnya galok lebih, ni kalau saya….ye la, ye la, b2 sorang je galok lebih, orang lain khusyuk baca *tiba2 terdengar suara Ain,  ‘ibu’ dorm yang garang, haha….xla…Ain baik~~kalau Ain baik…maknanya b2 lagi baik la~~ haha * ^_^)




blogger-emoticon.blogspot.com   Khotwatu As-tsaanee | MEMBUAT NOTA YANG MENARIK |


Jangan jadikan belajar sesuatu yang menyeramkan. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan umpama bermain buaian di taman permainan. Buat nota ringkas. Apabila masuk universiti, saya baru menyedari kepentingan nota sendiri. Hal ini mungkin kerana waktu di sekolah menengah, banyak buku yang ada di pasaran, cuma tinggal jadi rajin dan baca. Guru juga yang sering menyuap, diri hanya perlu menelan. Walau bagaimanapun, berlainan di universiti, banyak buku yang perlu dikumpulkan untuk menjadi bahan rujukan. Selain nota yang ada di buku, sangat perlu juga mendengar dengan teliti apa yang pensyarah ajarkan. Setiap tutur kata pensyarah, DENGAR dengan TELITI dan CATAT.


Buku untuk sesetengah subjek di universiti juga tidak ada yang khusus, jadi buat nota sendiri yang ringkas, tersusun dan padat agar mudah dibaca. Ada orang suka kalau nota yang warna-warni. Ada yang suka nota di atas kertas yang panjang-panjang. Ada pula yang memilih kertas dikerat-kerat menjadi petak-petak.


Saya sendiri lebih suka menulis semua isi-isi penting termasuk yang ada di buku dan apa yang pensyarah ajar di dalam satu kertas A4, dengan tulisan kecil-kecil. Ini memudahkan saya untuk muraja’ah.  Lain orang, lain citarasa, anda bagaimana?




blogger-emoticon.blogspot.com    Khotwatu Ats-Tsaalits | SUASANA DAN KEADAAN KETIKA BELAJAR |


Ada orang yang suka study dalam keadaan yang tenang dan sunyi daripada gangguan. Ada orang yang mesti belajar dengan muzik. Yang ini, mengikut keselesaan sendiri, cari diri kita yang bagaimana. Mungkin kene study depan tv, kalau tak study depan tv, tak boleh fokus. Mungkin?


Saya sendiri, mungkin fleksibel. Boleh belajar dalam keadaan sunyi (bila…~ larut malam~~ cakucakuca cah…~~suasana sepi~~~). Dalam keadaan bising pun boleh, pasanglah lagu kuat-kuat pun, sedap gak ni. Semasa makan boleh (ni aksi yang tidak bagus), sambil baring boleh (yang ni lemah sikit, kadang-kadang merbahaya, haha). Walau cara apa sekalipun, pastikan maklumat itu masuk. Nampak macam tak boleh masuk membaca sambil makan tetapi ada orang, dengan cara itu mahu sebuku dah dihafal semasa makan. Cari suasana yang membuatkan diri selesa… dan study.


Itu sahaja rasanya yang boleh dikongsi. Kebanyakannya dipraktikkan melalui pembacaan buku-buku motivasi. Satu lagi, | BELAJAR KERANA ALLAH |. Letak ni dalam hati. ^_^





blogger-emoticon.blogspot.com
Masih Kurang Semangat?

Saya cuba untuk ambil contoh kisah saya sendiri agar apa yang saya tulis di sini bukan semata-mata penulisan.
Pelajar UIA sekarang telah mendapat keputusan final exam mereka. ( kepada kawan-kawan, alfu mabruk saya ucapkan!!! Good job! Wa say Alhamdulillah….^_^ )



BA = 3.33
FIM = 4.00
BI = EXIT
CGPA = 4

Keputusan final exam. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah!. Jika ada yang berfikiran saya ingin menunjuk-nunjuk, saya mohon maaf, saya tidak berniat begitu.Andai saya dapat keputusan tidak seperti yang diingini sekalipun, saya tidak kisah untuk berkongsi kerana itu hasil usaha saya dan saya percaya, itu yang terbaik Allah bagi. Berlapang dadalah menerimanya. Saya juga ingin memohon maaf andai saya berprasangka buruk.  Saya cuma ingin menitip hikmah daripada secebis kisah saya pada yang sudi membaca.Mungkin ada yang mendapat sedikit semangat atau kekuatan. Hanya itu niat saya, insya-Allah. Saya tidak mampu untuk mengatakan diri ikhlas hatta mengatakan orang lain ikhlas atau tidak kerana soal hati hanya Allah yang tahu. Jadi, tidak mengapa, kalau saya riak sekalipun, jangan bimbang, hanya saya yang rugi. =) Ketepikan soal saya dengan Allah. Boleh teruskan membaca kalau sudi.Ambil hikmah jika ada ye.^_^




blogger-emoticon.blogspot.com   Dugaan Hari Pertama Exam


Saya menduduki peperiksaan di dewan Masjid Nilai untuk kertas Bahasa Inggeris selama 3 jam. Tiada semangat. Dugaan yang saya dapat ialah menduduki peperiksaan dengan demam yang tidak kebah sejak berminggu-minggu. Jika dilihat luaran, ya, seperti orang biasa yang sihat tetapi yang merasai, hanya Allah yang tahu. Badan sangat tidak bermaya. Saya juga hilang semangat. Sedih kerana sangat ingin mengulang kaji tetapi tidak boleh lantaran kepala pening apabila membaca. Menangis. Lega sedikit. Ibu penguat semangat. ( Ibu…aishiteru..). Saya mula mengulang kaji pada waktu malam apabila kepala rasa sedikit ringan. Yang penting usaha! Usaha termampu! Saya paksa juga diri saya untuk masukkan apa yang dibaca ke dalam kepala. Sewaktu menduduki peperiksaan di dewan, setelah 2 jam setengah berlalu. Kepala terasa sangat pening, berpusing-pusing, terasa ingin jatuh. Tekak terasa amat loya…Ya Allah….! Saya lantas keluar dari dewan, niat ingin ke tandas. Tidak sempat. Akhirnya, muntah di tepi longkang. Tidak lagi saya hiraukan orang di sekeliling. Alhamdulillah, ketika itu kertas hampir siap dijawab. Ibu….kakak nak nangis…..kakak nak balik…..(manja sikit……xpela)



Usaha sedaya termampu, selagi boleh buat, buat, sakit pun, jangan cari alasan. Doa jangan lupa. Selepas exam, saya memang sepenuhnya bertawakal kepada Allah. Tambahan lagi, menduduki peperiksaan dengan keadaan sebegitu, saya reda apa sahaja keputusannya. Hasilnya, saya yang sekarang berada di level 5 menginjak dua tangga naik ke level EXIT, exempted. Keputusan yang tidak diduga oleh saya sama sekali. Saya tidak perlu mengambil BI lagi untuk semester depan…Alhamdulillah, syukur ya Allah!


Saya ingin tekankan di sini, bukankah Allah itu Maha Penyayang? Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya. Diuji sedikit kesusahan, kerana percayalah di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan. Itu janji-Nya!










Jadi, kalau tiada semangat nak study, cuba buat-buat semangat, bangkitkan semangat itu. Tunjukkan semangat untuk belajar. Belajarlah kerana Allah bukan semata-mata untuk peperiksaan. Ilmu itu yang penting. Kalau CGPA tinggi tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari, ilmu yang ada tidak mampu dikaitkan supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah….sungguh…..terlalu sayang! We seek for knowledge to know Him better. That’s the point.


Ada orang berjaya di dalam hidup tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Ada pula orang yang kurang berjaya tetapi mempunyai sahsiah diri yang baik dan peribadi yang mulia. Agaknya mana satu yang lebih baik?




blogger-emoticon.blogspot.com   Dugaan Hari Kedua Exam


Saya akan mengambil kertas Bahasa Arab di kelas. Berbanding di dewan masjid yang penuh dengan calon peperiksaan, ujian di dalam kelas lebih tenteram kerana sedikit setelah dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan kelas Bahasa Arab yang asal. Dugaan masih sama, kepala sudah hilang sedikit pening tetapi batuk berkahak yang menyakitkan tekak tidak hilang-hilang. Setiap waktu terasa nak batuk, itu yang menyeksakan diri. Tambahan pula, malu untuk batuk semasa proses menjawab soalan (haah la, malu la nak batuk kuat-kuat, ganggu orang nak jawab, lagi nampak sangat sape batuk, bising, hilang fokus dan konsentrasi orang nanti, kalau exam  dalam dewan tu ikutkan, saya lepas je.. ^_^). Mahu tidak mahu, saya mesti jawab sebaik mungkin walau dalam keadaan begitu, saya akui fokus sedikit hilang, kalau ikutkan, hati hanya rasa ingin “asal siap sudah”. Oh, sangat seksa. Kalau bercakap tentang usaha, saya sehabis usaha, seupaya saya. Doa dikuatkan semangat. Biarkan pening, boleh ulang kaji gaya pening, ulangkaji sambil baring ( golek-golek atas katil, asalkan baca juga, baca!). nak makan pun pegang buku. Bimbang punya pasal. Dan juga saya dah tetapkan matlamat, saya nak juga BA dapat A, nak juga! Saya sayang Ustaz saya! Nak bagi yang terbaik! Habis menjawab, saya reda apa sahaja Allah nak bagi. Tawakal, em.



Setelah, usaha, doa, tawakal….hasilnya, keputusan BA tidak seperti yang dijangka. Gred menurun berbanding mid-sem. 3.33, B+. Matlamat saya tak tercapai, impian saya nak dapat A juga dibawa angin lalu…..Ustaz, maafkan saya…hanya ini yang mampu saya berikan. Andai itu yang Allah nak bagi, terima sahajalah. Kalau ikut hati manusia saya ni, memang ada rasa terkilan tetapi apabila saya mengimbau kembali bagaimana usaha pelik-pelik yang telah saya lakukan dan dugaan yang saya hadapi, hati reda.


Di sini, saya belajar sesuatu, Apabila diri tahu dah cuba sehabis baik dengan sendirinya akan terima apa sahaja Allah bagi kerana diri tidak menyesal. Itu yang terbaik Allah bagi. Mesti percaya.  Yang penting, usaha dulu, langkah pertama.




blogger-emoticon.blogspot.com   Kisah Hari Terakhir Exam


Exam terakhir adalah FIM, subjek BTQ (Basic Themes of Al-Quran). Alhamdulillah, pening dan batuk dah berkurang. (hasilnya, galok di dalam bilik semakin ketara ^_^ dah sihat sikit, mulut mula nak semakin bising…saya tulis semakin tu…sakit pun kene bising juga, baru sedap…tak sedap la muram je…).


Usaha FIM sehabis extreme, tidur pukul 5.25 pagi bersama Ain dan Qoie. ( Qoie sangat excited! Katanya tak pernah macam ni, haha ^_^) Dah lama saya tak buat perkara macam ni, kali terakhir sewaktu SPM terutama untuk subjek Sejarah dan Add Math, tak tidur sampai pagi. Sungguh satu kenangan yang amat manis buat saya, sampai sekarang =). Manis itu dapat dirasai setelah pahit datang terlebih dahulu.

Sewaktu muraja’ah tidak terasa pening, kepala sepenuhnya terasa ringan. Apabila waktu peperiksaan semakin menghampiri, kepala mula rasa berpusing, tekak mula rasa sedikit loya (aa..sudah…dia mari pula dah..). sejujurnya hari itu saya sedikit tertekan, tak tahu kenapa. Stay up sudah, dah baca habis. Mungkin kerana diserang balik, bimbang. Diri tak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berdoa memohon pertolongan Allah agar diberi kekuatan menjawab soalan. (bimbang terjadi seperti exam BI dan BA). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tawakal. Akhirnya,kita merdeka!! ^_^


Hasilnya, FIM berjaya mencapai  4.00. Alhamdulillah…saya syukur sangat2….Allah terlalu baik…..Maha Penyayang….saya dapat rasakan Allah itu terlalu dekat…..sangat dekat…. Kak Fatma pun 4.00, alfu mabruk alaiki ya ukhti! ^_^ kak Fatma sangat baik dengan b2. Sayang sangat kak Fatma!




Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
 
Usaha >> Kejayaan
Tanpa Usaha >> Ucapkan Hi kepada Kegagalan, Bye kepada Kejayaan



Kalau usaha, ada dua kemungkinan yang bakal terjadi, berjaya atau sebaliknya. Kalau tidak berusaha, anda dah dapat jawapan GAGAL kerana mengalah sebelum berjuang. Meskipun tidak berusaha, anda berjaya, itu adalah kasih sayang Allah. Andai permulaan manis, pengakhiran manis, manis itu kurang bermakna. Andai permulaan pahit, pengakhiran manis, manis itu menjadi amat bermakna. Sumber inspirasi dan penguat semangat untuk terus bangkit ^_^



Dalam USAHA, jangan lupa panjatkan DOA kepada-Nya. Apa-apa keadaan sekalipun, ingat, kita ada Dia. Setelah bagi usaha sehabis baik, TAWAKAL. Apa sahaja keputusan hasil daripada usaha, terima, reda dan syukur.




Buat Yang Berusaha dan Berjaya...juga....Buat Yang Berusaha tetapi Kurang Berjaya……


Ucaplah Alhamdulillah. Apa Allah bagi, itu terbaik, pegang itu sahaja. Kalau dah berusaha dan berjaya mencapai kejayaan seperti yang diingini, bersyukurlah. Itu Allah yang bagi, sememangnya diri tidak layak untuk berasa sombong dan riak. Tidak layak untuk memandang rendah kepada orang lain. Mungkin dari segi ini kita berjaya tetapi orang lain mungkin menang dari segi yang lain. Allah Maha Adil. Kalau Allah nak tarik, sekejap je. Kejayaan itu ujian, harus ingat itu.



Kalau dah habis usaha sebaik mungkin tetapi keputusan tidak seperti hasrat di hati, tidak mengapa, senyumlah, Allah dah bagi itu yang terbaik.Fikirlah hikmah yang terselindung. Bersyukurlah, ucaplah Alhamdulillah. Andai usaha kurang dan keputusannya setaraf dengan usaha yang dilakukan, nasihat saya, terima kenyataan, jangan merungut dan tingkatkan usaha.
Harus juga ingat, kegagalan juga adalah ujian.




Kenikmatan dan musibah, semuanya ujian. Bersyukur dengan setiap pemberian dan sabar dengan setiap ujian-Nya. Allah hanya mahu melihat hati hamba-hamba-Nya, bagaimana kita menghadapi ujian yang diberikan. Itu sahaja. =)





blogger-emoticon.blogspot.com
INGAT!
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN
Insya-Allah……Ameen!!




Juga post untuk diri. Sememangnya post yang dibuat semuanya untuk diri dan dikongsi. Peringatan saat diri mula alpa dan lalai……
Allah…..Alhamdulillah….



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



p/s: Kepada Marhamah, alfu mabruk alaiki kerana mendapat carrymark BA tertinggi! Mumtaz! ^_^ Saya tumpang gembira untuk awak, semangat2! Tengok, di sebalik kesusahan ada kesenangan…..di sebalik kesedihan yang melanda hati, ada kegembiraan yang terselit. Nilah sahabat saya yang mengada-ngada tu….wek~~ saya rindu la awak…betul..lamanya saya tak jumpa awak… (wek2, haha), kekgi awak balik, awak pula kene tepon saya, haha ^_^

blogger-emoticon.blogspot.com




 Ada satu malam, mesej Ain, Salwa, Myza, Tehah, Puan Yana,Net Mira, Mimi, Mirah dalam masa yang sama. Tak pernah buat agi gini (haha). Biarkan….b2 rindu sangat….sangat3….tak tau nak cakap macam mana….tak boleh nak halang air mata daripada tumpah bila tengok gambar kita masa sekolah dulu….. =(( =(( =((      (Marhamah sorang je x respon. Leper  tidur dah kut, tidur awal nak bangun study kan…rajin Leper….~haha….Leper2~~ )


Matrik gambang….Ain, Salwa, Myza, Puan Yana (mak!)……sibuk study…final exam start Isnin ni dah, lepas habis, balik 26/10….huwaa…x jumpe la, b2 dah balik UIA….=((
USIM…..Marhamah dan Mirah (ni la sahabat yang kedua tu ^_^)….pun sibuk study….25/10 final exam…..kemudian balik Ganu…
Insaniah Kedah….Mimi dah exam Ahad ni…impromtu test…. b2 rindu sangat Mimi….=((
UITM Shah Alam….Tehah…Tehah sorang je balik cuti, haha…rindu nak dengar lawak Tehah…=((
Net Mira je sama dengan b2….haha….xpe la lain tempat pun UIA juga…muah net!

blogger-emoticon.blogspot.com




Buat yang masih atau bakal menghadapi peperiksaan, Ma’attaufiq wannajah! Ijtihad fil imtihan!
Panjang umur….bila semua balik…..kita jumpa ye….b2 sedih sgt3, rindu sangat3….=(( =((
X sangka ye….sekejap je kita besar….dulu lompat2 bintang dekat sekolah…..sekarang dah lompat tikus….berlari-lari......maju sikit….^_^





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen…"

6 comments:

Muhammad Marzuqi said...

subhanallah, hebat cgpa..
moga dpat istiqomah dan bagi kat akh skit.kalaulah boleh bagi2 skit kn,huh..
dh exit bi, lagi cepat, nnti blehla fokus kat arab je..

:: Zahratu Billaurah :: said...

Alhamdulillah....rezeki Allah bagi, Akh....harapnya bukan semata-mata dkt kertas....tapi dgn result tu hendaknya dpt mendktkan diri ini lagi kpd Allah...tu je b2 harap...em

Akh lagi la bijak dari b2, saje je Akh ni...

haah, boleh fokus lebih dkt BA, BA masih lemah, x kukuh....tp BI kene tekankn sambil2 study BA sbb kekgi b2 kene ambik MUET...kalau x study...b2 akan terkejut kekgi....

frhnad said...

pjgnye tips die.. thanks for sharing b2. tahniah. kagum sgt dgn b2 ni. huhu.
ye kalau nak bjaye sng je, iaitu dgn alquran dan assunnah.. Allah boleh bagi apa je yg kita nak kalau kita berusaha dan sentiasa ingat pada-Nya.

:)

kat sini, org arab walaupun international uni, dorang xpandai sgt ckp english, xmcm kt mlaysia. sikit2 bolehla. tp bgos jugak sbb boleh mantapkan b.arab. kalau x, ckp english je memanjang. tp kesian jugak budak yang xde basic arab sbb lecture biasanya 50-100% dlm arab, walaupun slide english, sbb budak arab marah kalau lecturer ajar english. kt skolah menengah dorg bljr seme dlm arab. huhu

k lah, all the best ye b2. :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

tips sikit je Nad, hak biasa dah tu ^_^

terima kasih Nad....b2 cuma kongsi je Nad, kalau kita kongsi sikit2 ilmu hak kita tau...org amal..Insya-Allah...adalah saham sikit..kalau ada salah dlm mende hak b2 tulis...org tegur...tu je b2 harap..

haah Nad, dlm hidup, pegang Al-Quran dan Sunnah, insya-Allah, kita terpandu. Kalau kecilkan dlm skop belajar, nak berjaya mesti kene usaha dulu. Usaha...doa, berharap kpd Allah akhirnya, tawakal. Kejayaan tu Allah yg bagi.Kalau kita tau sesuatu, xleh kedekut nk kongsi. kalau kita berjaya, kene ingat tu semua Allah bagi.Haah, mcm Nad kate la, ingat Allah dlm apa2 situasi atau keadaan ^_^

oo..ye ke Nad
wah ....Nad ajar la b2 ckp BA!! ^_^
kalau nak pandai ckp bahasa ni, kita kene praktik kan, Nad

Nad pun, selamat berjuang! b2 bangga dgn Nad, em! Jaga diri di tempat org...^_^

Anonymous said...

FIM qoie yg jd xlulus time mid term,dh jd b+..haha!:DD

:: Zahratu Billaurah :: said...

Alhamdulillah...kalau kita usaha kene, doa, tawakal, Insya-Allah, Allah bagi...tahniah ye Qoie! ^_^