Sunday, April 18, 2010

Hari Esok Belum Pasti Milik Kita

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.....



:: Gemersik Qalbu : ~ Far East - Kembali ~


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Firman Allah : " Setiap yang bernyawa akan merasakan mati "     
(Surah Ali Imran, ayat 185)
 


Kadang - kadang apabila saya duduk bersendirian, hati mula berbicara. Seakan berada di dalam dunia lain, alam saya sendiri. Entahlah, saya merasakan fikiran seolah-olah terawang-awang dan saya sendiri tidak pasti kaki berpijak di mana ketika itu. Hati mula berdialog dengan diri sendiri. Siapakah aku? Untuk tujuan apa aku berada di sini? Dan jawapan yang pastinya adalah saya hamba Allah yang dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang mengabdikan seluruh hidup hanya untuk Pemiliknya. Saat itu benar-benar terasa adanya roh di dalam sebuah jasad.


Terlalu banyak impian yang ingin saya capai dalam hidup. Banyak tanggungjawab yang dipikul dan amanah yang mesti ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Saya ingin menjadi seorang kakak yang hebat membantu ibu dan bapa mentarbiah adik-adik supaya mereka muncul menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Saya ingin menjadi seorang sahabat sejati yang sentiasa berada di samping teman-teman seperjuangan di kala susah dan senang. Saya ingin menumpahkan taat setia dan kasih seikhlasnya terhadap seorang lelaki bernama suami dengan sepenuh hati. Saya ingin mencurahkan bakti dan sayang sehabis yang mampu dilakukan untuk ibu bapa mahupun mertua. Saya juga pernah berhasrat ingin membuka sebuah tadika atau kelas mengaji untuk pembangunan ummah. Namun, hati saya berbisik, sempatkah aku melalui detik-detik itu?



Pernah suatu ketika secara tiba-tiba, saya terasa nafas seakan tersekat, susahnya menarik nafas. Tekak terasa sedikit tercekik tanpa mengetahui apa sebabnya walaupun saya pasti butang baju kurung longgar dan amat pasti saya tidak mempunyai apa-apa penyakit terutama lelah. Pada saat itu, hanya satu yang datang menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebuah kematian. Adakah saatnya untuk aku pergi sudah tiba? Badan tiba-tiba berpeluh dingin dan hati menjerit ketakutan. Amat takut. Ingin rasanya waktu itu menunaikan segala solat-solat sunat yang ada tanpa henti, ingin rasanya waktu itu lidah menyebut asma' indah Allah dan berzikir tanpa henti. Ya Allah! Hinanya hamba-Mu ini! Adakah dengan menyedari nyawa sedang ditarik baru ingin merasa bertaubat dengan sebenar-benarnya? Hati saya tersentap. Amat malu dan sedih.

Pada saat saya merasa hilangnya semangat dalam diri, kepada Al-Khaliq diri ini dihadapkan memohon kekuatan. Pada saat saya merasa diri tidak mampu tertawa, kepada Ar-Rahman diri ini mengadu. Pada saat saya merasa tiada sesiapa yang mampu membantu, kepada Ar-Rahim diri ini meminta pertolongan. Sisi putih saya melontarkan pertanyaan, ada atau tidak saatnya apabila diri gembira, memperoleh pelbagai nikmat yang mencurah-curah, diri dihadapkan kepada Sang Pencipta? Ya,ada dan kalimah Alhamdulillah tidak akan pernah lupa dituturkan dan meniti di bibir di kala menerima nikmat. Namun keadaan menerima rasa bersyukur tidak sama dengan situasi menerima musibah yang sehinggakan menangis tersedu-sedu di tikar sejadah. Titisan-titisan manik putih mengalir deras di pipi namun belum pasti adakah kerana menyesali dosa atau sekadar melepaskan rasa duka di hati dengan masalah yang menimpa diri. Ya Allah! Aku tertanya, di manakah letaknya aku di pandangan-Mu? Terasa diri ini sangat hina. Terlalu hina di hadapan-Mu.

Al-Quran menegaskan: “Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Mulk: Ayat 1). 


 
Nabi pernah bersabda : "Belum sempurna iman seseorang itu hingga ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".

 
Saya amat ingin mencintai Allah dan Rasul sepenuh hati. Kata-kata " saya cinta Allah, saya cinta Rasulullah" tidak saya mahu hanya lancar diucapkan tanpa benar-benar terasa di dalam hati. Saya tahu cinta saya buat Allah dan Rasulullah masih tidak cukup. Ingin saya merasai peringatan sebuah kematian dalam setiap langkahan kaki, dalam setiap saat nadi berdenyut dan ingin sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam hati. Saya ingin menjadi pengikut yang baik kepada Rasulullah. Air mata tidak dapat ditahan daripada jatuh apabila mengimbau sirah mengenangkan betapa besarnya cinta Rasulullah kepada umatnya. Namun, diri ini masih tidak mampu membalas cinta seorang kekasih Allah yang telah mengharungi jerit pedih demi menegakkan kebenaran sebuah agama. Sekali lagi saya terasa malu dan sedih yang amat.


Pernah juga saya terfikir, saya pada hari ini adakah sama dengan saya pada hari esok. Saya takut jika hari ini saya masih kuat melawan nafsu dan kuat menghadapi dugaan yang sering kali datang menduga ketabahan hati namun hari esok diri ini adalah sebaliknya. Oleh sebab itu, suka saya ingatkan diri sendiri agar tidak memandang rendah manusia yang mungkin masih terkapai-kapai mencari jalan kebenaran kerana hidayah itu terletak di tangan Allah. Kita tidak mungkin boleh meramal masa hadapan. Boleh jadi orang yang dahulunya jauh tersimpang daripada cahaya kebenaran berubah malahan menjadi lebih baik daripada kita. Allah pemegang hati manusia-manusia. Satu perkara yang amat mudah bagi-Nya untuk membolak-balikkan hati hamba-hamba-Nya.


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".  ( Surah Ali Imran, ayat 8 )



Sudah menjadi aturan hidup, perkara-perkara yang sama dilakukan setiap hari. Asasnya, ibadah,makan dan tidur. Entah bila semua ini akan terhenti. Entah bila saatnya. Kematian itu satu yang pasti. Tidak mungkin kita dapat lari daripadanya. Mustahil. Semakin bertambah hari, semakin dekat kematian datang menghampiri. Apabila terlena, tidak diketahui adakah mata akan terbuka saat diri ingin terjaga.....kerana...hari esok belum pasti milik kita...


<><><> Aku ibarat seorang pengembara bermusafir mencari kasih Ilahi, sering kali aku jatuh tersungkur, meraba-raba mencari cahaya cinta abadi, namun Dia tetap ada untukku, mendakapku dalam pelukan kasih sayang-Nya, inginku menggapai an-najah yang hakiki, memasuki taman al-jannah, namun masih menjadi tanda tanya,layakkah aku....aku yang penuh dengan debu-debu dosa....ya Allah...kumohon maghfirah-Mu... <><><>


p/s: Al-Fatihah buat sahabat kita, Allahyarham Amirul Faeez yang telah kembali ke rahmatullah....moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Al-Fatihah.....

Entah bila giliran kita...yang pasti kita juga akan menyusul....saatnya rahsia Allah.....

15 comments:

Eye-Me said...

Fuhh, suspen pulak bce...
Ingtkn b2 btul2 dh nk mnggl td...
Rupa2nye tribute utk arwah...
Hmm, walaupn sye mmg lgsg x knal orgnye...
Slm takziah sye ucpkn...
Moga rohnya dicucuri rhmt & ditmptkn b'sme org2 yg soleh...

The fact is, sye pn penah rse cmtue...
Sesak nfs tibe2, tpi mse tgh tdo laa...
Mimpi mcm sso dtg 'm'jmput' sye...
Rse tkut tue toksah kire laa...
Bile tersedar tue... berkali2 istighfar...
Ngeri...~~

Muhammad Marzuqi said...

salam..panjangnya b2...
moga rohnya ditempatkan ditempat org2 yg solehin.

Yana said...

b2,,pandai lening eh buat read more..
haha~
credit to ur sifu.. :)

kita yg hidup ni kena sentiasa buat amal ibadat..
sbg bekalan utk akan dtg..
kdg2 yana pun ada gak lagha..
duk mikir ke dunia je..
huhu~
semoga kita sama2 perbaiki diri kita ke arah yg lebih baik...

al-fatihah utk arwah~

:: Zahratu Billaurah :: said...

<><> Aimi <><>

hehe Mi... ^_^
tapi Mi, x mustahil kalau esok Mi dpt khabar " b2 dh xde dh..."
ataupun sebaliknya...b2 yg dpt...sbb mati tu pasti cuma kita x tau bila masanya...

tribute secara kebetulan... masa post ni masih dlm draft, dpt berita tu...terkejut...
b2 x kenal gak orgnye..hak mana satu ye..

Mi pernah rasa gak?
takut kan Mi...boleh rasa sesak nafas lain...pelik je rasa...
takut...=( =(


<><> Akh Qi <><>

Waalaikumussalam...
(b2 panjang? b2 tinggi...baru betul)
nak tulis semampu dpt dibuat ni...mcm Akh nasihat..
Amin...


<><> (eh, dh tukar? tiada lagi miss) Puan Yana <><>

haha, pandai la..tgk sapa ajar...^_^
apa pula credit to sifu...credit dkt yg pandai buat la...=P

betul...selalu sgt kita fikir nak capai kejayaan dkt dunia...sampai lupa dkt akhirat...contohnya study habis-habisan utk dpt cemerlang priksa...tu bagus..tapi kene fikir juga nasib kita dlm kubur mcm mana...masa lintas titian sirat mcm mana...

kejar dunia utk dpt akhirat...dua2 dapat..
muhasabah diri...kita x selama-lamanya di sini..
satu hari kita akan pergi....menemui Dia..

Ema | Memoir said...

Salam rindu buat kakakku KAK BIBI! =((

:: Zahratu Billaurah :: said...

dikau kirim salam rindu...
daku kirim ingatan kasih...kuhembus biar ditiup angin lalu...
( harapnya sampai di taman tj...4AK...)

kembar kak b2! adik! ^_^
Ema, kekgi date 'sistem barter' kita...kak b2 kabo smula ke Ema ae..
bile x tau...=( =(
mungkin bulan 4 ni,dlm mase terdekat, lps kak b2 sudah wat...Insya-Allah...

adik, tunggu kakak ye! ^_^

Nur Amira said...

salam cik rabiatul..
kaifa haluki?mcm mane?any progress?hihi..akk sdg kebosanan ni...bg petua sket nk ilangkn bosan...hihi

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam,kak mira!! ^_^
Alhamdulillah..khoir..^_^

kak mira bosan.. kak mira blh bersenam...(main lompat bintang,haha ^_^ )

next...pegi 'smile to the sky'
aa..(kak mira hutang aiskrim...nk tuntut hutang...hihihi..kak mira...tunggu..b2 nk gi peras ugut...lalala~ ^_~)

Ema | Memoir said...
This comment has been removed by the author.
Ema | Memoir said...

Waaaaa...kak b2 nie..main ayat2 puitis plak..(kak b2-akal fikiran pengemar novel,sukar dibayangi ayatnya..)...
Ema nie dahla low mrkh BM.bahasa pun low T.T...
Ema pantun jerla..

Salam Rindu dari Ema,
Ingatan kasih dari kakb2,
baca novel cintan ema x gemar,
Kalu PTS BIAR EMA SAPU!!

okk!!Ema tunggu jer,
Beritahu date ngan place(kat ABC jer..he3)

Nur Amira said...

haha...blh je...mai la tuntut...akk sedia belikan..ngehngeh..

:: Zahratu Billaurah :: said...

<><> Ema <><>

Ema yg start dulu main ayat puitis..kak b2 sambung je la...^_^

dulu mase skoloh, kak b2 mcm Ema suka baca buku PTS,buat koleksi sapa(oh..suka sgt la) ..kak b2 x suka baca novel (mungkin sbb x penah cuba)...pelik..."bakpe org suka ngat baca novel"....lps SPM,test skali...sedap gak rupa2nya, haha ^_^ boleh utk isi masa..novel Islamik sedap

pandai la budak ni..low bahasa mendenye, siap hadiah pantun se agi ke kak b2 tu...susah pula nk membalasnya,haha


<><> Kak Mira <><>

aiskrim coklat satu...aiskrim vanila dua...aiskrim strawberi tiga....aiskrim jagung empat...asikrim durian lima...aiskrim rambutan enam...aiskrim mangga tujuh...nk order pizza la pula rase...

Faiz~ said...

b2 komen panjang jengong..
nak bace lame kang main..
hu3..

:: Zahratu Billaurah :: said...

b2 lama x tulis karangan,Akh...gini la jadinya...

Unknown said...

pandai karang(tulis) cerita awak ni :). seronok mbacanya walaupun saya baca skip2. terjumpa page ni masa cari pasal mimpi terasa tekak tersekat. entah apa mksudnya.. mmg awak pandai karangan ke apa.? nk blaja la.