Monday, January 21, 2013

Kenapa Budak Sekolah Agama Bagus?


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Satu yang diharapkan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap memahami.
Dua yang diharap adalah kasih sayang.
Tiga yang diharap adalah komunikasi yang baik.
Empat yang diharap adalah keikhlasan.
Lima yang diharap adalah perasaan yang jujur.
Enam yang diharap adalah 'stop being judgemental and please accept me the way I am'.



Ada yang berilmu agama tinggi namun belum bisa memenuhi kriteria.
Hingga ada yang membawa kepada fitnah.
Semestinya bukan salah agama.

Mungkin kerana pengamalan dan penghayatan yang belum sempurna.
Never mind, give a chance and wait for a better transforming process. 


Ada yang ilmu agamanya kurang.
Namun telah bisa memenuhi adab dan akhlak.
Mungkin kerana yang sedikit itulah tercerna kesemuanya.


Sungguh.
Hablu minannas itu penting.
Menjaga hubungan dengan manusia itu penting.



Kita mahu berbicara soal adab dan akhlak kini.
Kita mahu memuatkan kisah 'budak sekolah agama' dan 'budak sekolah biasa' di sini.
Namun bukan dengan tujuan untuk satu diskriminasi.
Hanya ingin mengajak
bersama merenung melihat hikmah di setiap penjuru sisi.



Kenapa Budak Sekolah Agama Bagus?


Budak sekolah agama dikatakan bagus andai dahulu di sekolah bertudung labuh serta berkopiah mahupun berserban dan apabila di luar sekolah juga bersama imej yang serupa. Imej budak baik. Imej soleh solehah.



Budak sekolah agama dikatakan bagus andai dahulu di sekolah punya tutur kata yang indah dan kelakuan yang elok dan apabila di luar sekolah masih mengekalkan sopannya bicara bersama tazkirah atau perbuatan yang mengajak ke arah kebaikan. 


Budak sekolah agama dikatakan bagus andai dahulu bisa dijadikan contoh kerana ilmu yang ada padanya dan apabila di luar sekolah masih begitu dahagakan ilmu malah lebih mantap pengetahuan, amal serta akhlaknya berbanding sewaktu berada dalam kawalan sekolah dahulu.


Alhamdulillah. Thumbs up. 



Manakah Saat Budak Sekolah Agama Tidak Bagus? 


Budak sekolah agama dikatakan tidak bagus andai pada saat dahulu kelihatan soleh solehah bersama tudung labuh serta kopiah mahupun serban namun kini segalanya melayang dan yang tinggal hanyalah baju adik yang ketat serta rambut yang berwarna perang kesan dye.


Budak sekolah agama dikatakan tidak bagus andai pada saat dahulu pernah memasuki kelab dakwah atau nasyid kebangsaan namun kini dialah ketua 'geng merokok' dan 'raja atau ratu couple'.


Budak sekolah agama dikatakan tidak bagus andai pada saat dahulu punya ilmu yang tinggi malah antara pelajar harapan sekolah namun kini diri sendiri bagaikan terkapai kelemasan dalam lautan ilmu yang ditimba. Tidak mampu memandu diri sendiri. Apatah lagi manusia lain.


Budak sekolah agama tidak bagus apabila punya attitude begini.
Mereka teruk dan diumpat bila begini.
Bukan saya yang kata.

Stereotaip masyarakat yang kata.

Kasihan mereka.



Ihsan Inche Google


Anda kenal buah durian? Sudah tentu kenal bukan? Walaupun ada yang tidak menyukai baunya yang kuat.


Anda kenal durian crepe? Ya, dessert yang mula popular sekarang. Kalau kenal, maka jagalah hubungan baik sesama manusia dengan memberi durian crepe yang percuma buat saya. 


Maksud saya, saya bergurau.


Sebetulnya, saya mahu berbicara tentang durian.


Durian kulitnya berduri dan tajam. Semua tahu itu hatta kanak-kanak 3 tahun yang baru pandai bermain Lego.
 


Durian hendaklah dibelah secara umumnya dengan benda yang tajam atau bahasa spesifiknya dengan pisau. Parang atau gergaji juga bisa kerana tiada siapa yang melarang.


Bolehkah dibayangkan andai durian itu didapatkan isinya dengan hanya mengigit kulitnya seperti gaya anda sewaktu menggigit epal merah?


Ouch.
Sudah tentu boleh
Cuma isi belum pasti didapati dan luka berdarah itu pasti. 


Baik budak sekolah agama mahupun budak sekolah biasa pastinya mempunyai ilmu dan mengetahui bahawa sebelum menikmati isi durian itu hendaklah dibelah terlebih dahulu kulitnya.


Andai budak sekolah agama itu bertindak dengan menggigit, apakah reaksi yang bakal anda berikan kepadanya? Apakah satu tamparan daripada anda bakal segera singgah di pipinya? Ya. Sudah tentu anda yang baik akan segera menegur dan mengajarkan kepadanya bahawa durian itu harus dibelah. Bukan digigit begitu.


Andai begitu, ketika budak sekolah agama itu tersasar jauh daripada ilmu yang dipelajarinya, mengapakah umpatan, kejian serta pandangan jelek yang dihadiahkan?


Andai budak sekolah biasa yang melakukan perkara yang sama, sudah pasti reaksi sama yang diberi bukan? Menegur di mana salah. Menegur di mana silap. Kerana dalam acara membelah durian tidak dilihat apakah dia budak sekolah agama atau budak sekolah biasa.
   

Walau bicara tentang durian ini sedikit pening, apa yang saya mahu sampaikan adalah budak sekolah agama dan budak sekolah biasa itu sama sahaja.


Kita semua sama. 
Kerana membelah durian tidak mengira latar belakang sekolah maka kehidupan ini juga begitu.
Kita semua sama. Tidak lebih tidak kurang sebagai manusia.
Cuma pembezanya adalah taqwa. 

Dengan analogi durian ini, banyak isi yang mahu dikeluarkan. 



Satu. Andai kita semua sama, mengapakah budak sekolah biasa perlu merasa rendah diri? Juga tinggi diri?


Apabila dipasakkan pemikiran bahawa jadi baik lebih utama untuk budak sekolah agama sahaja dan jadi baik lebih terbuka peluang kepada budak sekolah agama sahaja, maka kerana itu rendah diri makin menjadi-jadi. Andai membawa kepada muhasabah diri tidak mengapa. Cuma bimbang andai itu pencetus keputus asaan untuk membentuk diri ke arah kebaikan yang lebih.


Ya. Benar apabila dikatakan biah solehah dan persekitaran yang baik itu penting untuk mendidik hati insani. Namun ia tetap soal antara mahu atau tidak. Jadi baik bukan dengan hanya menunggu hati hitam bertukar putih. Budak sekolah biasa juga bisa menjadi baik seperti baiknya budak sekolah agama yang dikatakan. Dan budak sekolah agama juga ada yang cuba lari daripada dunia biah solehahnya.


Fenomena lain yang terlihat pula adalah apabila mula ada rasa tinggi diri. Dipandangnya budak sekolah agama itu terlalu bagus sehingga apabila mereka terbabas maka terkadang timbul satu pandangan aneh yang memperlekeh. Apabila terlalu meletakkan persepsi sebegitu, maka awas kerana terkadang tinggi diri memakan saat memerhatikan budak sekolah agama yang tersesat seketika mencari arah tuju membuatkan hati berbisik sepi. 'Teruknya. Aku yang bukan sekolah agama pun lebih baik'.


Bukankah kita semua sama sahaja? 
Agak berbuih mulut saya mengulang perkataan ini.



Dua. Budak sekolah biasa juga tarafnya seperti budak sekolah agama.

 
Tazkirah bukan khusus untuk diberikan oleh bakal ustaz ustazah sahaja tetapi juga bakal arkitek, doktor, jurutera, ahli farmasi, guru Sains sekolah rendah, tukang jahit profesional, pakar pendandan rambut, pembela kucing sejagat Malaysia dan lain-lain profesion.



Kerana Islam bukan untuk budak sekolah agama sahaja tetapi juga buat budak bukan sekolah agama. Mahu atau tidak, semuanya mesti mengamalkan cara hidup Islam.


Kita tiada beza. Yang membezakan kita adalah sejauh mana ilmu yang diamalkan. Beza ketinggian ilmu sahaja belum cukup. Pembeza yang jelas adalah bagaimana akhlak dan adab kita dengan manusia sekeliling. Atas sandaran terlebih dahulu bagaimana hubungan antara diri dan Pencipta.


Beradab dan berakhlaklah dengan ilmu yang dimiliki.
Maka tanpa diminta kita akan dihormati.



Tiga. Apabila budak sekolah agama dan budak sekolah biasa melakukan kesalahan, nasihatilah secara adil. 


Budak sekolah agama dan budak sekolah agama kesemuanya manusia bukan malaikat.
Maka melakukan kesilapan itu adalah suatu perkara yang biasa bagi kita yang sememangnya mudah lupa dan alpa.



Mahu atau tidak, dua-dua mesti jadi baik.
Mahu atau tidak, harus cuba merenung nasihat yang diterima. 
Kerana semua mahu ke syurga.
Benar bukan? 


Nasihatilah secara adil tanpa perlunya persepsi negatif yang berat sebelah.
Tolong hentikan stereotaip dan mentaliti sebegini yang telah lama tertanam
Please?



Empat. Khusus buat budak sekolah agama.


Behave yourself. Mata-mata sentiasa memerhati anda. 


Ya. Kita bukan malaikat. Namun harus dipersoalkan juga di manakah ilmu dan tarbiyah didikan guru dahulu? Di manakah disiplin yang cuba ditanam ke dalam diri sewaktu di bangku sekolah dahulu? Tidak sayangkah pada ilmu yang ditimba tetapi sengaja dilepaskan tanpa diamalkan begitu sahaja? 


Apabila begini, usah sombong andai ada yang menegur. Kerana di dalam atau di luar peraturan sekolah, kaki ini tetap berpijak atas bumi Allah. Maka ikutilah suruhan dan jauhilah larangan-Nya. Seharusnya manusia yang berilmu itu lebih tahu adab dan akhlak. Seharusnya manusia yang berilmu itu lebih pandai menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia di sekeliling.


Buat budak sekolah agama yang menggigit durian. 
Salah gigit durian tidak mengapa. 
Asal jangan salah laku dan kata.
 


Kesimpulan


Jagalah hablu minallah kerana ini prioriti.
Maka akan terjagalah hablu minannas. 


Tiada sesiapa yang meletakkan syarat bahawa apabila memegang status budak sekolah agama maka mahu tidak mahu hendaklah jadi baik seperti malaikat. 

Semua punya peluang yang sama untuk menjadikan diri seorang yang lebih baik dari semalam. 

Baik sekolah agama atau sekolah biasa yang punya ilmu hendaklah sama-sama menasihati dan mengingati bersama keikhlasan hati.

Baik sekolah agama atau sekolah biasa yang punya ilmu hendaklah sama-sama berhenti menghukum manusia lain.
 
Baik sekolah agama atau sekolah biasa yang punya ilmu hendaklah berkomunikasi dengan tutur kata yang baik serta perilaku yang sopan.

Baik sekolah agama atau sekolah biasa yang punya ilmu hendaklah sama-sama menyebarkan kasih sayang dan bersedia mendengar menunjukkan jalan kebenaran.

Kita semua sama.
Yang berhak menilai kelainan hanyalah Allah.
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang tersurat mahupun yang tersirat.


Jadi?
Jom sama-sama terus berusaha jadi budak baik!



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


p/s: entah kenapa berbicara soal ini. Soal yang sudah lama dibincangkan namun saya melihat ianya perlu memandangkan pemikiran masyarakat masih belum berubah. atau sebenarnya sudah lama mahu menulis tentang ini cuma sering sahaja tertangguh. =__= comel je perangai. (terbelit keyboard nak tulis banyak kali 'budak sekolah agama' 'budak sekolah biasa' dan kisah durian yang pening'. Akhirnya saya yang menulis pening dan minda saya yang berpusing. Hehe)

Sebetulnya, sedang rancak memerhati politik. Hehe. Namun maaf, belum sampai masanya saya menulis tentang itu. Kerana saya peminat tegar Barbie? Ohhh. >__< sebetulnya, saya masih muda dan belum cukup ilmu untuk berbicara. Hehe. Hanya berupaya menjadi seorang pemikir dan pemerhati terlebih dahulu.


Selamat menyambut Maulidur Rasul yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. =')
Sollu 'alan Nabi.
Ingatlah Rasulullah kerana Baginda tidak pernah melupakan kita. ='(

  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
  

Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen" 

3 comments:

amal said...

sukaaaaaaa sangad dengan penulisan bituu , moga suatu hri nanti bitu pun bule jd cam ustzh fatimah syarha :) InshaAllah.

amir said...

Haha lama x comment sini, makin lama makin bagus penulisan b2 nih, terbaik, moga berterusan Insya-Allah

amer akat said...

hi ..can i follow u ? if u have time follow me back ya thx ^_^