Sunday, November 18, 2012

Muslim Produktif Sensitif Palestin?



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم



Awal Muharram sahaja kelihatan 'home Facebook' dipenuhi status-status teman menyuarakan rasa sensitiviti akan isu Palestin yang mula 'digema' semula.

Geram! Sedih! 

Bercampur rasa.

Kak Herna tersayang selaku naqibah usrah menyentuh isu tentang Palestin pada petang itu. Bagaikan mengetahui adik-adik usrahnya sememangnya perlu akan pendedahan isu yang membangkitkan 'rasa peduli' begini.

 



Dunia ekonomi kini dimonopoli Yahudi yang seolahnya memegang prinsip 'win all or get nothing'. Ramai juga anak muda yang telah diisytiharkan muflis dan bankrap kerana kad kredit yang berlandaskan sistem kapitalisme Yahudi. 


Kita melahirkan rasa marah dengan apa adanya.
Kita melahirkan rasa sedih dengan apa yang menimpa umat Islam.
Namun apakah kita tahu apa yang sebenar-benarnya yang berlaku?
Atau sekadar tunjuk perasaan tanpa mengetahui hujung pangkal?


Tidak salah. Malah itu yang menunjukkan bahawa hati itu masih punya iman sensitif akan nasib saudara seakidah.
Namun lebih baik andai kita cuba lebih mengambil tahu sejarah di sebalik pertumpahan darah yang berlaku antara Muslim dan Yahudi sejak dahulu hingga sekarang.
 



Diri ini cuba menulis sedikit sebanyak mengikut kefahaman daripada apa yang didapati melalui usrah dan pembacaan kajian melalui carian google. Ada yang dicopy paste daripada link ini. Cuba diringkaskan sedayanya dengan bahasa yang mudah dan moga ada manfaat walaupun sedikit.



CAKNA PALESTIN! 



Bagaimana bangsa Yahudi muncul? 


Umat manusia berasal daripada keturunan manusia pertama yang diciptakan Allah iaitu Nabi Adam AS dan tidak terkecuali juga bangsa Yahudi ini. Bangsa Arab dan bangsa Yahudi ini berasal dari satu rumpun yang sama dan boleh dikatakan adik beradik. Bapa kepada kedua bangsa ini adalah Nabi Ibrahim (Abraham). Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri iaitu Hajar dan Sarah. Hajar melahirkan Nabi Ismail manakala Sarah melahirkan Nabi Ishak. Oleh itu Nabi Ismail dan Nabi Ishak merupakan adik-beradik walaupun berlainan ibu.


Daripada keturunan Nabi Ismail inilah lahirnya bangsa Arab dan daripada keturunan Nabi Ishak ini pula lahirnya bangsa Yahudi. Antara nabi-nabi Allah yang berasal dari keturunan Yahudi yakni berketurunan Nabi Ishak (Isaac) adalah Nabi Yaakub (Jaacob), Nabi Yusuf (Joseph), Nabi Musa (Moses), Nabi Harun (Aaron), Nabi Daud (David), Nabi Sulaiman (Solomon) dan tak terkecuali Nabi Isa (Jesus). Nabi Ishak kemudiannya memperoleh anak lelaki yang kemudiannya menjadi nabi Allah iaitu Yaakub (Jaacob). Nabi Yaakub pula mempunyai 12 orang anak lelaki dan seorang perempuan, yang mana anak lelaki ke-11 juga merupakan seorang nabi Allah juga iaitu Nabi Yusuf (Joseph).



 Salasilah 25 Nabi


Kita sedia maklum bahawa Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak lelaki. 12 orang anak inilah yang akan menjadi pengasas kepada bani Israel yang mengandungi 12 suku kaum kelak. Allah telah menjanjikan Nabi Ibrahim bahawa keturunan Nabi Ismail kelak akan diberikan sebuah tanah di Kanaan (“The Promised Land”) untuk mereka tinggal pada suatu masa yang merupakan tanah di sekitar Palestin kini dan negara Arab sekitarnya yang merangkumi kawasan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates. Pemberian tanah ini juga disebut di dalam Al-Quran. Hal ini menjadi salah satu alasan kumpulan Zionis untuk menceroboh tanah Palestin kelak.



Kesinambungan kisah Nabi Musa dan Firaun.

 
Kita sudah sedia maklum akan kisah Firaun yang kejam dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah di mana Nabi Musa menggunakan tongkat mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Firaun dan tenteranya juga mengekori di belakang dan apabila Nabi Musa selamat tiba di daratan pantai, Allah telah menyatukan kembali belahan lautan maka Firaun dan para pengikutnya pun mati kelemasan.


Selepas keluar dari Mesir, Nabi Musa dan pengikut ke Gunung Sinai untuk menerima kitab panduan dalam bentuk tablet batu (ten commandments) daripada Allah. Nabi Musa seorang diri naik ke atas gunung sementara pengikutnya menunggu di bawah. Selepas lebih sebulan, barulah Nabi Musa turun dan didapati pengikutnya sedang menyembah sebuah berhala emas atas hasutan seorang ahli sihir. Nabi Musa sedih dan sedar bahawa umatnya bersifat keras kepala, hati mereka tertutup oleh kekufuran, malah gemar melakukan perkara terlarang, sehingga sanggup menyatakan keinginan melihat Allah, baru mahu beriman sehingga sanggup menganggap patung emas sebagai Tuhan. Ini merupakan salah satu perangai jahat kaum Yahudi yang tidak bersyukur. (sila lihat ayat 49-55 surah Al-Baqarah).



Kekufuran Kaum Yahudi (Bani Israel)


Selepas mendapat kitab panduan, Allah menyeru mereka supaya pergi dan menetap di Kanaan (Palestin sekarang), tanah yang dijanjikan Allah kepada keturunan Nabi Ishak. Di dalam perjalanan, mereka kehabisan makanan dan menggesa Nabi Musa supaya meminta makanan daripada Allah. Allah memperkenankan doa beliau lantas diberikan makanan berupa sejenis kekacang. Bani Israil memang tidak bersyukur dan tamak seperti kaum Yahudi sekarang, apabila bosan dengan makanan kekacang tersebut, mereka menggesa Nabi Musa berdoa supaya mendapat makanan yang lebih sedap dan pelbagai. Tindakan mereka memang mengudang kemurkaan Allah dan Nabi Musa memberi amaran kepada mereka. (sila lihat ayat 61 surah al-Baqarah)


Setibanya di Kanaan, mereka mendapati Kanaan diduduki oleh satu puak Kanaan. Nabi Musa menghantar 12 orang pengintip yang mewakili 12 suku kaum Bani Israil untuk menyiasat tempat tersebut. Daripada 12 pengintip tersebut, 10 daripadanya yang tidak beriman selepas menyiasat berasa takut dan tidak yakin untuk menyerang puak Kanaan. Sebaliknya dua orang pengintip lagi iaitu Joshua dan Caleb yang memang beriman kepada Allah swt menggesa pengikut Musa yang lain supaya yakin pada kuasa Allah dan memberitahu strategi yang terbaik untuk menyerang. Ramai dari puak Yahudi ini merasakan terlalu bahaya dan enggan turut serta dengan memberikan bermacam alasan. Lantas Allah swt murka dengan perangai dan tindakan mereka yang tidak beriman ini dan menghukum mereka supaya tersesat di padang pasir dan tidak akan dapat masuk ke tanah Kanaan(Palestin) selama 40 tahun. (sila lihat ayat 21-26 surah al-Maidah) 



Kesannya, Yahudi tinggal bertebaran di serata dunia tanpa negara sendiri.

Bagi umat Islam, di tanah Palestin inilah terbinanya Masjidil Aqsa iaitu masjid ketiga paling mulia setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'tanah yang dijanjikan tuhan' buat mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel) dan di situlah kampung halaman mereka.

Atas sebab itu, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dahulu hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.


Baca: Sejarah Palestin dan Israel
 

Baca: Yahudi, Palestin, Zionis dan Israel  


 

 


Tangiskan Palestin, Kasihan Lagi Kita



Kanak-kanak kecil semangat membaling batu melawan serangan Yahudi.
Kita pula semangat meng'update' status tentang Palestin sedangkan solat yang telah lama masuk waktunya pun belum lagi dilaksanakan. 



Kanak-kanak kecil Palestin kental berjuang selagi kudrat masih tersisa. Kita yang baru putus cinta sahaja menangis memakan pil berbiji-biji mahu membunuh diri. Kita yang assignment banyak sahaja sudah mula mengeluh lemah. Kita yang belum bisa mencapai Dean's List sudah kalah menyatakan suara tak mungkin bisa bangkit kembali.


Syahidnya kanak-kanak Palestin berlumuran darah kembali menghadap Allah mencapai kejayaan hakiki. Sedangkan kita solat lima waktu cuma juga tidak pernah cukup. Sedangkan kita yang gagah menjerit ingin ikut serta jihad juga memilih-milih sedikit bacaan helaian Al-Quran.


Palestin berdarah fizikal namun hakikatnya suci jasad dan hati.
Kita mewah bergelumang dengan nikmat namun hakikatnya parah akal dan jiwa.
 




Mengapa kita mesti mengambil berat akan Palestin? 


Pertama kerana Palestin merupakan tanah berlakunya Isra' Mikraj. 
Kedua kerana Palestin tanah wakaf daripada Saidina Umar untuk semua muslimin. 
Ketiga kerana Palestin tanah ketiga penting selepas Mekah dan Madinah.



"Waktu ni la sibuk berboikotnya. Status Facebook berdegar-degar tentang Palestin. Bila nanti dah aman senyap sekejap lepas tu tak adalah. Ptuih"

"Kisah apa Palestin. Asal aku cukup makan, cukup tidur, result A plus and plus sudah. Palestin kena serang? Itu ujian buat mereka la tu..."

"Ala boikot-boikot pun tak luak pun kewangan diorang. Lagipun bermusim je ni semua. Lepas tu guna balik barangan Israel"



Mungkin kita tak peduli Palestin kerana yang berdarah ditembak peluru itu bukan mak atau adik kita.

Mungkin kita pandang isu Palestin sebelah mata kerana negara kita aman pada zahirnya.


Mungkin kita mengambil berat isu Palestin bermusim kerana mengikut peredaran isu semasa yang timbul. 



Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”. (Riwayat At-Tabrani) 



Jadilah Muslim Produktif yang Sensitif! 


Ini isu akidah. Sensitiviti terhadap ukhuwwah. Ukhuwwah buah daripada keimanan. Membentuk kesatuan yang padu.
Apa yang bisa diri lakukan tentang isu Palestin?
Menadah tangan berdoa.
Melakukan demo. 
Fokus kepada boikot barangan Israel yang utama.  
Bantu menyebarkan kesedaran sama ada melalui tazkirah mahupun peringatan alam maya. 
Menderma seikhlasnya buat Palestin. 
 
Lakukanlah apa yang terdaya bagi diri.
Usah diperlekeh usaha yang kecil cuma.
Kerana bukan hasil yang dilihat Allah tetapi yang dipandang adalah sejauh mana usaha akan prihatinnya diri terhadap nasib sesama saudara Islam.
Allahuakbar!
 
 
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"

6 comments:

aNNa said...

(◕‿◕✿)~

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Moga cakna kita cakna Evergreen, bukan sekadar cakna bermusim.

('=

Unknown said...

Wow!Awesome Blog.really blog articles are awesome.right now i am exploring Essential Oils.read this site.for more information click here:
http://www.aromaessentialoilstore.com/.thanq

Unknown said...

Wow!Awesome Blog.really blog articles are awesome.right now i am exploring Carrier Oils.read this site.for more information click here:
http://www.aarnavcarrieroils.com/.thanq

Unknown said...

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya bolehkah saya berkongsikan segala karya penulisan saudari di blog saya?.. saya sangat tertarik dengan hasil penulisan saudari yang dapat membawa kebaikan kepada orang lain.. kalau boleh tolong emelkan kepada saya kerana saya tidak selalu online.. terima kasih..
emel saya di shahrulizuan92@gmail.com

ilyramli said...

salam...pertanyaan saya merujuk kpd petikan di bawah:

Bagaimana bangsa Yahudi muncul?


Umat manusia berasal daripada keturunan manusia pertama yang diciptakan Allah iaitu …………………………………………………………….Allah telah menjanjikan Nabi Ibrahim bahawa keturunan Nabi Ismail kelak akan diberikan sebuah tanah di Kanaan (“The Promised Land”) untuk mereka tinggal ……………………………………

Kekufuran Kaum Yahudi (Bani Israel)


Selepas mendapat kitab panduan, Allah menyeru mereka supaya pergi dan menetap di Kanaan (Palestin sekarang), tanah yang dijanjikan Allah kepada keturunan Nabi Ishak. Di dalam perjalanan, …..


Soalannya, tanah yg dijanjikan Allah tu sebenarnya adalah utk Nabi Ismail atau Nabi Ishak? agak keliru sedikit..