Monday, August 1, 2011

Transformasi Ramadan



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم



Setelah sekian lama tidak menulis, terasa sedikit kaku dan janggal.
Kekangan masa yang tidak diuruskan sebetulnya mungkin agak mencengkam diri.
Ya, bukan salah masa. Salah diri sendiri. 
Kini Alhamdulillah, imtihan telah selesai dijalani.

Saat jemari mula menari untuk mencoret sesuatu, terasa kosong. Berhenti. Cuba untuk menulis namun tidak bisa. Seperti ada sesuatu yang menyekat. Entah apa. Walau penuh cerita ingin dikongsi. Terlalu banyak. Sungguh!

Namun, tidak diteruskan kerana diri ini tidak mahu hipokrit. Tidak mahu mencoret sesuatu dengan hati yang kosong. Bukan senang menulis. Baru terasa. Bukan senang tanpa izin-Nya. Dia yang meniup rasa agar menjiwai.

Saat ini, terasa segar kembali. Roh Ramadan mula dirasai.
Membangkitkan semangat. Terasa dekat. Dengan-Nya.
Cuba mencari diri. Menelusuri eksplorasi reda Ilahi.


"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka"









Madrasah Ramadan.


 
Ya. Ramadan bulan tarbiyah.  Madrasah mendidik peribadi dan akhlak semestinya. Anggota lahiriah yang dianugerahkan Allah harus dijaga sebaiknya. Terutama pada bulan barakah ini. Yang bisa menjadi motivasi untuk menjana perubahan diri ke arah yang lebih baik berbanding sebelumnya.



Nilailah kembali, selama mana kita hidup, setiap kali Ramadan apakah kita memanfaatkan masa dengan sepenuhnya untuk melakukan ibadah agar lebih dekat dengan-Nya? Andai hari ini usia menginjak 19 tahun, apakah selama menjelangnya Ramadan, masa digunakan sebaiknya untuk melakukan ibadah? Diri sendiri sedih. Kerana sendiri mengetahui masa yang telah dibiarkan berlalu tanpa mengaut keuntungan dengan sebaiknya.









Checklist Ramadan.



Sayang seribu kali sayang andai tiada sedikit usaha untuk menghayati roh Ramadan. Hari-hari berlalu seperti kebanyakan bukan-bulan yang lain. Tiada memberi makna. Sekadar mindset di dalam kepala, Ramadan itu cuma berpuasa menahan lapar dan dahaga. Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda, “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.”



Kini cuba telusuri diri. Yang wajib juga mungkin masih belum sempurna. Wuduk yang diambil acuh tidak acuh. Solat juga mungkin dilaksanakan saat setelah puas menonton filem Korea. Ayuh, kinilah saatnya untuk memperbaiki yang wajib dan mempertingkat amalan sunat. Gagahkan diri bangun menunaikan solat rawatib. Juga tilawah Al-Quran serta qiamullail.



Bagi pelajar-pelajar universiti kebanyakannya pasti sibuk menelaah pelajaran. Andai bisa mencuri sedikit masa yang ada untuk membaca artikel muhasabah diri di samping memberi peringatan andai diri terleka, itu sudah cukup bagus. Ilmu juga perlu sentiasa ditadah di majlis-majlis ilmu yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bukan hanya berkunjung ke bazar Ramadan untuk mencari makanan mengenyangkan perut yang merengek kelaparan sahaja.  Elakkan pembaziran agar lebih berkat.









Ramadan Menyucikan Jiwa.



Pada bulan barakah ini, bukan sahaja lahiriah, dalaman juga penting untuk dijaga. Berpuasa tetapi mengumpat. Berpuasa tetapi mengikut amarah. Berpuasa tetapi merenggangkan silaturahim. Seharusnya puasa itu menjaga diri daripada mengatakan sesuatu yang sia-sia. Seharusnya puasa itu bisa memupuk sifat sabar dengan menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat andai dirasuk kemarahan. Saat ini juga ukhuwah yang dahulu kian pudar disirnakan kembali. Kemaafan itu bukan hanya pada bulan Syawal.



Lihatlah begitu banyak hikmah puasa. Dari yang wajib seperti puasa dan zakat fitrah hinggalah kepada yang sunnah seperti i’tikaf, tadarus, tarawih dan sedekah. Dari yang berbentuk fizikal seperti memberi makanan berbuka kepada fakir miskin hingga yang berbentuk psikologi seperti sabar dan tawakal.



Mata juga harus dijaga daripada memandang perkara-perkara yang tidak perlu. Ketika melayari internet, pilihlah bahan yang berfaedah. Carilah ilmu sewaktu melayari Facebook walau hanya keburukan yang lebih pada kasarnya . Elakkan daripada mengintai perkara yang sia-sia. Jadikan setiap saat adalah ibadah!








Kesimpulan.



Ikatlah hati agar sentiasa mengingati Allah. Bertasbihlah memujinya. Pejamkan mata dan rasakanlah bahawa Dia dekat. Begitu dekat untuk memberi pengampunan. Pohonlah keampunan terhadap dosa-dosa yang lalu. Yang menjadi titik hitam hingga hati terasa semakin keras. Istighfarlah pada kesempatan waktu yang ada. Wa sollu ‘alan Nabi. Selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.



Transformasikan diri ke arah kebaikan mengikut landasan ajaran Islam yang sebenar. Sucikan hati dan jiwa serta manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya kerana kita tiada mengetahui, mungkin ini Ramadan terakhir buat kita.



Ramadan Kareem!
Al-jawab, Allahu akram.
 





 


Perkongsian di UIA.



Selesai solat tarawih bersama-sama sahabat di masjid Nilai bersama Tengku roommate dan Yah sepupu kesayangan, terserempak dengan Wan. Sambil berbual mengambil angin luar Ramadan pertama, kelihatan pekerja pak cik yang berbangsa Bangladesh mengemas meja. Pekerja yang ramah itu memakai kopiah di atas kepala.

“Saya bukan Islam tapi saya suka Islam” katanya.


“Masuklah Islam”. 

“Tak mahu”

“Kenapa?” 

“Sebab orang Islam tipu”

“Tapi Islam tak salah”

“Tak nak, orang Islam tipu. Tapi saya suka Islam”

 
Melalui kata-katanya “orang Islam tipu” yang berkali-kali diulang, dapat saya kesan sesuatu. Berkaitan akhlak lagi. Aduh. Parah. Mujurlah Islam tidak disalahkannya. Dia dapat merasa keseronokan ibadah dalam Islam tetapi malangnya amalannya sia-sia. Solat dan puasa seperti Muslimeen tetapi tiada nilai. Doakan moga dia diberi hidayah oleh Allah.










p/s: sedikit tiada mood. Haiya~ ^_^ nak balik rumah agaknya. Oh, saya anak sulung yang kuat. (ye la tu ==") tambah2 Ibu kata Ibu masak ikan bawal masak merah. Adik pun xon9 FB, sibuk study add math, nak SPM kan =P (haih, rindunya adik2 dekat rumah =) apa yang adik2 kakak buat ye)

Saat menyiapkan post ini, Lailatul Muqarramah katil sebelah x tidur lagi. =P
Tidurlah awal, nanti nak bangun sahur. =P

Cuba menaikkan semangat sendiri. Walau sedikit semangat hilang, masih perlu tetap ceria! Hoho~ Lala~ ^_^ Allahuakbar!

Awal Ramadan yang seronok walau jauh dari keluarga. Alhamdulillah. =)



Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

7 comments:

E n t o y C a i r o said...

terima kasih...:)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum wbt dik Rabiatul.

cuma nak kata terima kasih ^_^
sayang dik Rabiatul!! matang sungguh dr akak ni ^_~

salam ramadhan kareem ^_^
akak rasa ramadhan tahun ni lain sgt..:')

Puteri Amna Balqies said...

Salam Ramadhan adikku..

Semoga Allah SWT memberi yg baik2 buat kita semua..

Semoga segala Amalan kita di berkati oleh Allah SWT



Love,
Kak ziela..

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Akh EntoyCairo |

sama2 Akh..syukran sudi singgah dan komen ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Jiha |

Waalaikumussalam wbt! ^_^
akaaak, lama x balas akak punya komen, akak selalu dtg tapi xterbalas2 agi. Terima kasih~! ^_^ hee~

Allahu Akram.
Adik pun dpt rasa Ramadan kali ni lain, lain dkt mana, xtahu, tapi terasa lebih bermakna, Insya-Allah, harapkan yg terbaik pada bulan barakah ini =')

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Ziela |

Ramadan Kareem ya Ukhti ^_^
Moga kesempatan ini kita gunakan sebaiknya untuk muhasabah lebih terutama ibadah dan akhlak, Insya-Allah. Sentiasa jaga solat kerana solat itu tiang dan asasnya.
Sedih andai Ramadan dibiarkan berlalu begitu sahaja, perlu dirancang sebaiknya..='(

p/s : rindu nak call akak! =')

ili wardah said...

assalamualaikum Rabiatul syg
serasa lame xziarah blog ni.hihi

salam ramdhan utk Rabiatul walopon dh lepas spruh Ramdahan berlalu
nanti raye jmput la ke umah akak
kite leh borak.share sal psikologi ke.hihih :P

btw,rindu sgt kt Rabiatul !! *sengih2 smpy sepet mate (=___=)v