عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Kali ini saya mahu kongsikan beberapa tips untuk menjadi blogger jutawan.
Cukup mudah, tiada modal wang yang perlu dikeluarkan.
Cukup dengan hanya jemari yang menaip dan minda yang berfikir.
Yang penting, ilmu dan maklumat yang betul dan bermanfaat.
Persiapan lain, niat di hati yang menulis kerana Allah.
Luputkan perasaan riak dan dengki.
Mari menjadi blogger jutawan.
Kaya pada saham akhirat.
Pensyarah saya di UIA pernah berkongsi beberapa tips untuk menjadi seorang blogger. Pensyarah tersebut masih muda, Brother Firdaus (Brother, maaf, saya tak ingat umur Brother! Jangan marah Brother....tapi saya tahu Brother masih muda, hoho, graduan UIA ^_^ ). Pensyarah bagi madah (subjek) Basic Themes of Al-Quran dan Religion in Malaysia. Sedikit pencerahan tentang UIA. Untuk adik-adik yang mahu tahu lebih tentang UIA, emel akak ye dik? ^_^
Seingat saya inilah antara petua yang diberikan. Cuma saya tambah sedikit mengikut pemahaman saya. (Malangnya saya tak jumpa pula di mana blog Brother, sampai sekarang tak tertanya Brother =__=”)
Yang pertama.
Usah kita menyangka semua orang faham dengan apa yang kita tulis. Jika terdapat perkataan yang jarang didengar dan susah difahami, terangkan maksudnya. Terangkan perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau bahasa lain kepada Bahasa Melayu. Juga jika menggunakan term yang terdapat dalam bidang yang khusus. Contohnya debit dan kredit dalam ekonomi. Mungkin juga cardiology atau obstetrics dalam medik? Saya cuma tulis perkataan yang pernah saya jumpa.
Kita menulis bukan untuk dikatakan bijak dan penuh ilmu tetapi untuk berkongsi ilmu dan memberi kefahaman kepada yang lain.
Tegur saya jika saya cakap tak serupa bikin.
Yang kedua. Tulisan yang difahami pembaca.
Usah menulis ayat yang berbelit. Seperti tounge-twister. Melainkan post anda tentang tajuk itu.
Salah satu tounge-twister yang saya ingat sampai sekarang.
Betty bought the better butter to make the bitter butter better.
Atau dengan bantuan carian google. Menarik.
The shells she sells are sea-shells, I'm sure.
For if she sells sea-shells on the sea-shore
Then I'm sure she sells sea-shore shells.
Pendek kata, gunakan bahasa yang senang difahami. Kanak-kanak juga boleh memahaminya. Jangan menggunakan bahasa yang terlalu tinggi untuk difahami. Sefaham saya, rendahkan tahap IQ bahasa kita. Guna bahasa mudah. Amat penting. Jika menulis tetapi pembaca tidak faham, tak jadi juga kan?
Tegur saya jika saya cakap tak serupa bikin.
Setakat itulah rasanya. Tips yang sedikit tetapi memberi impak yang besar dalam diri saya.
Saya tambah lagi. 4 petua. JANGAN TAKUT.
Jangan Takut Tiada Komen.
Terkadang mungkin ada segelintir blogger yang menulis untuk dapatkan komen yang banyak. Jika dahulu ramai yang memberi komen, semangat untuk menulis berkobar-kobar. Setelah itu, apabila entri kurang atau tidak lagi dikomen, mula terasa malas untuk menulis. Ya, saya tak nafikan terkadang komen itu perlu untuk menjadikan diri menulis dengan lebih baik. Tetapi penulisan bukan bergantung kepadanya.
Tak bermakna komen banyak, entri blog itu lebih bagus berbanding entri blog lain yang sedikit komen. Tak bermakna entri blog yang langsung tiada komen itu kurang bagus berbanding entri blog lain yang punya ratusan komen.
Teruskan menulis apa yang mahu disampaikan. Kita bukan mahu komen yang banyak tetapi kita mahu memberi dan berkongsi ilmu seberapa banyak yang boleh.
Biarlah kita menulis untuk dinilai Allah bukan mahu mengejar ribuan komen. Niat itu penting.
Jangan Takut Dengan Follower.
Ada juga yang takut follower? Takut dengan follower yang sedikit. Takut dengan follower yang tidak bertambah. Ingin mendapatkan bilangan follower yang tertinggi. Bersusah payah mengumpul follower. Tak cukup dengan itu mahu blogger lain follow kembali. Tetapi pernahkah kita fikir, apakah kita layak mendapat follower yang tinggi namun apa yang disajikan buat follower….nothing? Tidak ada apa-apa yang bermanfaat.
Biarkan sahaja follower di situ. Usah tergugat dengannya. Jika tahu follower blog kita semakin ramai, dengan itu seharusnya semangat juga semakin meninggi untuk memberikan hasil yang terbaik buat pembaca. Jika tiada follower, bagaimana pula anda boleh tahu tiada yang membaca? Saya pasti ada. Walaupun seorang.
Biarkan follower itu di situ. Teruskan menulis.
Cukuplah apa yang ditulis ini hanya dinilai Allah bukan mahu mengejar follower yang beribu. Niat itu penting.
Jangan Takut Pada Pendeknya Entri.
Anda kira entri yang panjang itu lebih bagus berbanding entri yang pendek? Saya yakin lebih ramai menyukai entri yang pendek berbanding entri yang panjang berjela-jela. Tak betul ke? Saya hanya cuba mengagak.
Yang mana lebih baik. Entri yang pendek tetapi penuh ilmu untuk diamalkan berbanding entri panjang tetapi tiada apa yang bisa diambil untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Biar entri pendek tetapi sarat ilmu untuk diamal. Biar entri panjang tetapi sarat dengan nasihat dan teladan. Itu yang kita nak. Berhenti fikir yang bukan-bukan.
Yakinlah apa yang ditulis pendek atau panjang ini tetap dinilai Allah bukan membuat andaian dan ukuran sendiri.Niat itu penting.
Jangan Takut Tiada Pembaca.
Anda yakin blog anda tiada yang sudi membaca? Jika anda fikir begitu, saya fikir lain. Walaupun blog anda tiada yang komen dan tiada yang follow, saya yakin anda punya pembaca.
Baik, jika benar-benar tiada? Tak, saya tetap yakin ada. Mari telusuri ini.
“Awak tahu tingkat rendah dalam ukhwah adalah sangka baik”
“Oh, ye ke? Baru saya tahu. Awak tahu daripada siapa?”
“Tak ada orang yang cakap tetapi saya ada terbaca”
“Awak baca dekat mana?”
“Semalam sewaktu melayari internet, saya search tentang sahabat dan saya ada terbaca blog tentang ukhwah. Dari situ saya tahu”
“Oh ye ke. Lepas ni saya nak sangka baik la”
“Saya pun”
Anda tahu, pak cik google itu sangat membantu. Oh, juga pak cik carian yang lain. Mereka menolong memberi laluan untuk tiba di teratak blog kita. The best tour guide I think. Pemandu arah yang baik.
Mari Gandakan Kekayaan.
Sekarang saya kira saya sudah semakin tahu tujuan sebenar berblogging. Jika dahulu hanya sebagai aktiviti sampingan, kini dengannya saya bisa mengaut keuntungan berjuta-juta.
Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah kerana salah satu artikel saya telah disiarkan di ILuvIslam. Saya mohon maaf, tiada niat ingin menunjuk. Allahuakbar. Maaf, maaf, maaf. Biarkan niat saya dihitung Allah. Saya cuma ingin menggalakkan supaya kita lebih kaya dengan hanya berblogging. Sebelum ini, saya telah memulakan langkah pertama dengan menghantar satu artikel. Tetapi akhirnya ditolak. Direject. Barulah saya tahu tidak semudah itu untuk satu artikel diluluskan. Terlalu banyak yang dikritik. Saya bahagia dengan kritikan tersebut. Betul. Alhamdulillah.
Pernahkah anda dengar kisah Colonel Sanders, pencipta resepi ayam goreng KFC? Ya. Setelah pencen, beliau berusaha memasarkan resepi ayam goreng keluarganya. Beliau telah mencadangkan resepi tersebut kepada sebuah restoran. Tetapi ditolak mentah-mentah. Walaupun sehingga restoran yang ke 1000. Beliau tidak berputus asa sehinggalah restoran yang ke 1009 mengatakan resepinya sedap dan bersetuju untuk memasarkannya. Ambil 'ibrah atau pengajaran dalam kisah ini.
Lagi, pernahkah anda dengar, orang yang kaya sanggup buat apa sahaja? Ya. Saya gila nak kaya. Oleh itu, walaupun ‘hantaran pertama’ ditolak, saya terus menghantar seberapa banyak hasil tulisan yang boleh tanpa perasaan malu. Walaupun saya tahu saya bukanlah penulis sehebat Akh Iqbal yang penuh ilmu di dada dan bisa menyentuh hati manusia. Saya juga bukanlah ‘ustazah’ yang diluluskan walaupun mengambil bidang Bahasa Arab. Saya yang ‘ustazah atas course’ ini terlalu amat sedikit ilmunya.
Tetapi, demi kaya, saya sanggup buat apa sahaja. Saya mahu apa yang ditulis dengan izin Allah ini tidak terhad di blog sahaja tetapi memilih pelabuhan yang disinggah ramai pedagang ilmu. Dan hasilnya, saya turut terkena tempias bagi bergelar jutawan. Oleh itu, saya mahu anda cuba!
Selain itu, cara lain untuk menggandakan kekayaan adalah dengan memberi atau meletakkan link yang bermanfaat di blog. Seandainya benar apa yang ditulis tiada manfaat. Kekayaan masih bisa bertambah jika pembaca mengambil sesuatu daripada apa yang disampaikan.
Paling Penting, Jaga Hati.
Luputkan riak. Kerana apa yang ditulis sememangnya dengan izin Allah.
Luputkan dengki. Sebarkan apa yang tahu dan sebarkan apa yang disebarkan oleh orang lain.
Yang terlalu penting. Blogger itu adalah pendakwah alam maya.
Tiga cara untuk menegakkan Islam adalah dengan kekuatan badan, kekuatan lidah dan kekuatan hati. Dan ketahuilah, kekuatan hati itu adalah cara yang paling lemah.
Dakwah itu wajib. Amar makruf dan nahi mungkar. Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Jika kita selama ini membenci sesuatu kemungkaran hanya dalam hati dan hanya mampu berdoa. Kenapa tidak menggunakan blog ini untuk mengubah dengan lidah? Mengubah dengan lidah itu amat luas pengertiannya bukan terhad melalui nasihat, ceramah atau seminar sahaja. Penulisan juga salah satu. Jadi, wahai blogger, anda pendakwah. Berdakwahlah dengan ilmu. Menulis sesuatu untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kesimpulan.
Semat Dalam Hati.
Ingat pesan Rasulullah. Letak dalam hati.
بَلِّغُوْا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Ballighuu ‘annee walau aayah. Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.
Blogger yang kaya. Menulis untuk keredaan Allah. Menulis dengan ilmu dan hati. Buang segala penyakit hati yang bisa melenyapkan amalan. Punya teknik tersendiri dan senjata rahsia dalam melakukan pelaburan untuk mengaut keuntungan yang lebih. Menulis dengan niat yang betul dan ingin menyampaikan ilmu. Ini baru benar kaya dengan blogging. Blogger jutawan.
p/s: Apakah saya menulis terlalu lantang? Maafkan saya ye ^_^
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
10 comments:
Salam alaik.
tersenyum*
kenapalah setiap kali baca post adik, akak sentiasa tersenyum. Terkesan dgn kata2 syg kot? ngee. (=
wanna be a millionare too, not in the world, like u told us in Hereafter! yeay. berusaha.
eh eh eh mcm penah dgr je resepi KFC tu hehehe. aiyok. =p
p/s : sila ketuk akak, i don't have any moods to make a new post! hee.
p/s again : dik, jemput akak kat airport nanti nak? =p
Waalaikumussalam, akak! ^_^
wah, cepat komen ye
aha~ akak kan duduk dgn adik selalu senyum =P adik kan sunshine akak =P aha~ ^_~
yeay! usaha2! jadi mcm Pak Cik Colonel, hoho~ ^_^
aha~ dah cerita dah dkt akak, skrg baru tahu kisah yg sebenar-benarnya
p/s: kejap kak, adik nak cari tukul
p/s: akak dah nak balik?? ^_^ waaaaaa!! *lompat2* nak2!
(nak kalau akak bawak cenderahati =P)
Itulah, buka blog tgk da post baru, akak usha je lah :D
ooo, kalau xde hadiah x mau dtg ke? *majuk ah*
=p
ni baru balik, baru sdh ceroboh blog akak =P
kalau xde hadiah xnak dtg! merajuk lah, adik pun nak merajuk gak. adik nak ngadu dkt mak akak.
=P
eh eh eh, PERASAN di situ perkataan, "mak akak". oh. =P
assalamualaikum rabiatul,
super like entri nih.. ;)
memang itu lah yg sepatutnya..kadang2 rasa terkilan juga bila ada blogger lain yg meminta2 kita follow blog mereka yg kurang bermanfaat.. :(
| kak Zati |
adik pun PERASAN di situ adik sebut 'mak akak' =P
(aha~ guna tajuk post pula, post akak PERASAAN la)
adik PERASAN adik tulis 'mak akak' dan PERASAAN adik gembira sbb bertambah lagi mak =P
mak akak mak adik jugak tau~ ^_~
oh. oh. =P
p/s: kalau ada peluang nak jumpa mak akak. =P betul2 ni
nak tolong buat persiapan tuut~ aha~
Waalaikumussalam Nusrah ^_^
Alhamdulillah, moga ada manfaat ^_^
dgn inilah setiap blogger harus sedar. tentang meminta orang lain follow tu, Rabiatul kira kena consider perasaan org lain, kita xboleh paksa org lain follow kita, sbb tu hak mereka ^_^ biar mereka follow jika mereka nak follow, kan? baru betul
tapi xpe, bila dah follow, kita ambil yg baik. kdg2 sesuatu yg terlihat kosong pada mata kasar apabila diteliti hikmahnya, Insya-Allah, akan menyedari, rupanya berisi, dan ada sesuatu pengajaran atau hikmah yang akan kita dapat ^_^
Best2.. Setiap penulisan akak memberi kesan.. Bila nak buat novel pula? :D
Alhamdulillah andai ada manfaatnya ya Akhi, manfaat yang boleh diamalkan bersama, Insya-Allah
saya lebih tua ke, akak pun akak lah ^_^
minat itu ada, tetapi mesti diasah lebih lagi, byk lagi yg mesti dipelajari. terlalu byk lagi ilmu yg mesti ditimba. selagi hayat masih ada, Insya-Allah. setakat ini blogging lah dulu ^_^
Post a Comment