Thursday, May 26, 2011

Apakah aku jawapan kepada doamu?



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم


Ini bukan betul-betul cerpen. Hanya picisan hikmah ukhwah.
Sekadar renungan buat hamba yang berada dalam  roda kembara.



“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,”

“Ni Aina ke?”

“Maaf, salah nombor,”

“Oo, ye ke, hehe, maaf ye,”

“Hehe, tak apa,”

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,”




“Macam mana nak bincang pasal reunion kelas ni, tak boleh hubungi Aina. Rasanya dah betul nombor dia bagi hari tu. Mungkin tersilap salin nombor baru dia kut. Tak apalah, boleh hantar emel. Dia selalu online,” gerutu Farihah. Pelajar jurusan Undang-Undang UITM Shah Alam ketika ini cuti selepas tamat satu tahun pengajian asasi.

Sedang asyik berbicara sendiri, kedengaran ringtone telefon bimbit Farihah yang terletak di atas katil berbunyi. Gadis tinggi lampai itu tersentak.

Handphone dicapai. Satu mesej diterima.

‘Assalamualaikum. Awak umur berapa ye’. Satu pesanan daripada ‘Aina’ berada di inbox.

“Eh, ni yang salah nombor tadi. Tak ingat pula nak tukar. Wah, dapat mesej daripada orang yang tidak dikenali, hehe. Tak apalah, bukan lelaki pun, dia perempuan, boleh tautkan ukhwah,” hati Farihah berbisik. Novel Denyut Kasih Medik diletakkan penanda buku sebelum ditutup. Jemari pantas menekan butang handphone.

‘Waalaikumussalam. Nama saya Farihah Sofea Hani binti Amri. Boleh panggil Farihah. Saya 19. Mari ta’ruf nak, hehe. Awak?’. Pesanan tadi dibalas.

‘Saya Nur Ain Atiqah Nabilah binti Mohd Rusydi. Hehe, Farihah boleh panggil saya Atiqah. Saya pun 19’

‘Farihah, Atiqah. Nama kita dekat sama ye, hehe. Oo, sama umur. Atiqah belajar di U mana sekarang?’

‘Oo, hehe. Saya tak belajar tapi dah kerja’

‘Kerja? Mudanya dah kerja. Atiqah kerja apa?’

‘Saya tolong Mak dekat kedai. Mak saya buka kedai jahitan. Kadang-kadang saya pergi kursus. Akan datang ada kursus tentang jahitan, nak timba ilmu, boleh tolong Mak jahit, hehe. Farihah belajar di mana?’

‘Bagusnya, rajin ye Atiqah tolong Mak. Anak yang solehah ni, hehe. Saya belajar di UITM Shah Alam. Ambil course undang-undang. Sekarang saya cuti, hehe. Atiqah, saya minta maaf ye, tersalah call nombor awak. Sebenarnya saya nak call kawan saya, dia dah tukar nombor. Dia ada bagi tapi mungkin saya tersilap salin, maaf ye’

‘Oo, undang-undang, mesti bijak kan, hehe. Eh, tak apa. Bagus salah nombor, boleh saya kenal awak, hehe. Farihah tengah buat apa?’

‘Tadi saya baca novel. Sekarang dah mengantuk sikit, hehe. Atiqah?’

‘Oo, baca novel. Rajin dia. Saya masih ada di kedai tapi dah nak tutup. Farihah tidur la dulu ye. Saya ada kerja sikit ni. Lain masa, Insya-Allah saya mesej awak lagi. Selamat malam. Assalamualaikum. Gembira kenal Farihah, hehe’

‘Ada di kedai lagi ke. Baik, Insya-Allah, panjang umur kita mesej lagi ye, hehe. Selamat malam. Saya pun gembira kenal Atiqah. Waalaikumussalam’

Nokia 7230 diletak di atas katil semula setelah mengunci jam pada handphonenya. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Matanya dirasakan berat. Novel karya Dr. Farhan Hadi yang hampir separuh dibaca diletak di sisi bantal.

Farihah memejamkan matanya. Bismikallahumma ahyaa wa-amut. Doa masuk tidur dilafaz.

Beberapa saat kemudian, Farihah membuka mata. Dengan senyuman yang terukir, hatinya berbisik.

Allah, terima kasih! Alhamdulillah, ukhwah bertaut lagi.

Matanya dipejamkan kembali. Tidur yang diniatkan untuk merehatkan badan agar tubuh kembali segar dan cergas untuk melaksanakan ibadah pada hari mendatang.

Andai masih diberi peluang.






Ukhwah Islamiyah


Taaruf. Saling mengenali. Mengetahui namanya, keluarganya, asal kediamannya dan lain-lain.

Taaluf. Rasa keterikatan dan kesatuan antara orang-orang beriman. Berpegang kepada ikatan agama Islam dan menghindarkan perpecahan.


Tafahum. Saling memahami. Sentiasa peka dengan keadaan saudara muslim dan segera memberikan bantuan sebelum diminta.

Ta'awun. Saling membantu dalam hal-hal kebajikan. Juga saling mengingatkan dan menghindari sebarang keburukan dan kemungkaran.

Takaful. Saling menanggung. Kesusahan dan kepayahan sahabat dirasai dan diselesaikan bersama.

Itsar. Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri.






  


“aaaa!!”

Jeritan seorang gadis mengejutkan seisi rumah usang itu.

Fadhil bergegas ke arah jeritan yang didengar. Bacaan Ma'thurat yang lazim diamalkan sebaik sahaja selesai menunaikan solat Subuh ditinggalkan sebentar.

“Kak Long! Kenapa kak?”

“Tu..Fadhil..ular..ular…Fadhil..tolong kak Long..” Dahlia menunjuk kedudukan ular hitam di atas lantai batu bilik air berdekatan pili air. Tidak bergerak. Menanti mangsa mungkin. Dahlia ketakutan. Suaranya ketar.

“Ya Allah. Kak Long jangan bunyikan suara,” Fadhil turut tergamam. Ini bukan kali pertama ular menyelinap masuk ke dalam rumah. Beberapa kali. Bukan ular biasa tetapi yang berbisa. Remaja berusia 13 tahun itu yang juga merupakan satu-satunya lelaki dalam keluarga itu berusaha menenangkan kakak sulungnya.

“Kenapa ni Fadhil?” Atiqah yang juga terdengar jeritan Dahlia ketika sibuk di dapur menyediakan sarapan kehairanan.

“Kak Ngah, shhh..” Fadhil memberi isyarat supaya senyap.

“Allahuakbar!”  Atiqah yang terlihat ular hitam tersebut terkejut lantas menekup mulutnya.

“Boleh tahan juga besar ularnya kak. Nanti Fadhil ambil kayu, biar ular tu keluar menerusi lubang dinding berdekatan pili air tu. Fadhil yakin ular tu masuk melalui lubang. Akak boleh keluar perlahan-lahan,”

Dahlia menurut kata-kata Fadhil. Fadhil remaja yang matang walaupun baru menginjak sekolah menengah. Kesusahan dalam hidup mengajar dirinya. Menjadi seorang lelaki yang kental. Hati juga jiwa. Pengganti bapanya.




“Fadhil, hati-hati,” Dahlia mengingatkan.

“Insya-Allah kak, ular ini pun makhluk Allah. Kalau kita tak ganggu dia, dia pun tak akan ganggu kita. Mungkin ular ni hanya menumpang tempat sebentar,”

Fadhil mengambil sebatang kayu yang memang sedia ada digunakan ketika ular berbisa memasuki rumah kayu usang mereka sekeluarga. Dijolok ke arah ular. Tiada reaksi. Usaha lagi. Ular mula menunjukkan pergerakan. Fadhil berjaga-jaga untuk segala kemungkinan. Menunggu. Ular tersebut seolah-olah memahami situasi ketika itu lantas keluar menerusi lubang di dalam bilik air.

Dahlia dan Atiqah menarik nafas lega. Kesyukuran dipanjatkan namun debaran di hati masih terasa.

“Kak Long rasa macam nak demam,”

“Kak Long terkejut sangat ni. Sekejap ye. Kak Long duduk dulu, kak Ngah nak pergi ambil air kosong,” Atiqah beredar ke dapur di bahagian belakang rumah.

“Fadhil nak tutup lubang ni. Tak sangka pula ular boleh masuk. Biasanya ada di ruang tamu,”

“Kak Long, minum air dulu ye,” Atiqah pantas kembali sambil memegang segelas air. Kerisauan jelas kelihatan pada wajahnya. Bimbang migrain Dahlia kembali. Ubat juga sudah habis. Tiada bekalan.

“Kak Ngah, Mak mana” Fadhil bertanya.

“Mak pergi hantar adik sekolah. Dari tadi dah, kejap lagi Mak balik la tu,” Atiqah menjawab pertanyaan Fadhil.

“Assalamualaikum,” Kedengaran suara wanita di pintu hadapan rumah.

“Waalaikumussalam warahmatullah,” serentak ketiga-tiga beradik itu menjawab. Masing-masing sudah tahu. Mak Haryati baru pulang dari menghantar anak bongsunya, Afia Maisarah ke sekolah.

“Kenapa anak-anak Mak ni?”

Naluri hati seorang ibu merasakan sesuatu telah berlaku. Melihat pada ekspresi wajah anak-anaknya.

“Ular masuk rumah, Mak. Kak Long ternampak masa nak masuk bilik air. Ular hitam berdekatan pili air,” Fadhil menjawab.

“Ya Allah, Kak Long tak apa-apa? Pantas Mak Haryati memeriksa keadaan Dahlia. Dahlia kelihatan sedikit pucat. Mak Haryati khuatir akan Dahlia kerana dia tahu gadis suntinya yang berusia  16 tahun itu mudah lemah semangat.

“Insya-Allah, Mak. Kak Long tak apa-apa,” Dahlia cuba mengukir senyuman. Wajahnya mulai pucat. Kepalanya sedikit sakit.

Mak Haryati mula sebak. Tangisan mula membasahi.

“Mak minta maaf tak dapat beri anak-anak Mak kehidupan yang sempurna. Mak tak punya duit nak bagi kamu rumah yang besar. Makanan yang enak-enak. Sekolah kamu berempat pun Alhamdulillah, Lembaga Zakat yang tolong, kalau tak…” air mata seorang ibu muda menitis. Satu demi satu. Terkadang dirasakan dirinya seorang ibu yang tidak berguna. Tidak mampu memberi kehidupan yang selesa buat anak-anak.

“Mak, jangan nangis..,” Fadhil mendakap erat ibunya. Remaja lelaki yang kental namun berhati lembut. Amat menyayangi ibunya.

“Kak Long minta maaf, Mak. Kak Long selalu buat Mak risau dengan penyakit ni. Selagi Mak ada di sisi, sakit ni tak terasa pun, Mak,” Dahlia pantas mengesat air mata Mak Haryati dan mendakap erat ibunya.

“Kak Ngah pun…biar kita hidup begini, asalkan kita bahagia…Kak Ngah, Kak Long, Fadhil dengan adik tak kisah, Mak. Kami tak minta rumah besar dan makanan sedap, kami cuma nak tengok Mak gembira,” Air mata Atiqah membasahi bahu Mak Haryati.

“Bersyukur Mak punya anak-anak anugerah Allah. Dahlah, mari sarapan dulu lepas tu Mak hantar ke sekolah. Kak Long tak payahlah pergi sekolah hari ni, rehat dulu. Kak Ngah, Fadhil, mari. Mak pun nak buka kedai tu, nanti lambat pula,"



Kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta kekayaan yang melimpah ruah, anak yang ramai dan sempurna sifat, wajah yang menarik, makanan yang enak, kediaman yang mewah kerana kebahagiaan itu terletak pada hati yang penuh qani’ah iaitu bersyukur dengan apa adanya, bersyukur dengan segala kurniaan Allah, dan menjalani kehidupan mengikut landasan syariat, jiwa yang kental dan sabar dalam setiap ujian dan reda dalam setiap ketetapan-Nya.










Di dapur, sewaktu menyiapkan hidangan tengah hari.

“Ibu, kakak ada kenal seorang kawan,”

“Kawan? Kenapa, kawan lelaki ke?”

“Ish, Ibu ni, hehe, ada pula macam tu. Kakak mana la rapat dengan lelaki. Kalau setakat urusan tentang pelajaran dan persatuan tu ada la, itu pun habis di situ,”

“Ibu saja mengusik, mana tahu senyap-senyap anak Ibu ni. Siapa kawan kakak tu?”

“Kakak kenal dia masa kakak nak telefon Aina. Rupanya nombor baru Aina yang kakak salin tu salah. Nombor Atiqah,”

“Jadi, kawan kakak tu nama Atiqah?”

“Ha’ah Ibu. Baik sangat dia. Asyik ucap Alhamdulillah. Dia kata bersyukur sangat kenal kakak. Minta maaf kalau dia rasa ada sakitkan hati kakak. Tapi kakak tak pernah pun terasa hati dengan dia. Sopan je dia,”

“Apa yang baik, kakak ambillah. Tapi Ibu cuma nak nasihatkan. Berhati-hati. Dunia ni macam-macam. Terkadang orang yang kelihatan baik dan kita percayai itulah musuh. Lagipun, kakak kenal dia macam tu je. Tak kenal sangat latar belakang dan asal usul. Ibu tak cakap dia tak baik. Cuma pesan Ibu berhati-hati. Mungkin betul dia benar seorang sahabat,”

“Baik Ibu, kakak faham maksud Ibu. Kakak pun masih dalam proses lebih untuk mengenali dia. Tapi, dia memang nampak baik. Melihat cara dia bercakap penuh sopan. Dia pun tahu lagu nasyid. Kalau orang yang berniat jahat, takkan la dia tahu itu semua. Tapi kakak tetap akan pegang nasihat Ibu,”

“Baguslah macam tu. Ibu cuma beri jalan dan tunjuk apa yang betul. Jalan seterusnya kakak tentukan sendiri, ye sayang?,” Puan Latifah tersenyum.

“Ibu memang memahami. Dan..Ibu, kakak ada baca kisah dia,”

“Kisah dia?”









Dengan air mata yang berderaian, Farihah menekan punat telefon bimbit miliknya.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam, Atiqah…” Esak Farihah jelas kedengaran.

“Eh, awak menangis? Farihah, kenapa ni? Awak sakit ke? Farihah?”

“Tak..saya cuma nak cakap saya sayang awak,”

“Saya pun sayang awak juga. Sayang sangat. Saya bersyukur sangat sebab saya tak pernah ada kawan macam awak. Tapi kenapa ni, risau saya awak macam ni,”

“Saya ada baca kisah awak dalam internet, dalam bahagian Lembaga Zakat Selangor. Saya sedih sangat. Saya dapat rasa apa yang awak rasa. Saya nak cakap, saya sentiasa ada di sini untuk awak,” esakannya semakin kuat.

“Awak baca kisah saya? Farihah jangan macam ni. Itu biasalah, kehidupan. Lumrah dunia. Atiqah dah biasa. Jangan sedih macam ni, kalau tak Atiqah pun sedih,”

“Farihah dapat rasa apa yang Atiqah rasa. Peritnya kehidupan. Awak dulu orang susah kan. Binatang berbisa selalu masuk dalam rumah awak. Sewa rumah tak mampu dibayar sehingga Mak awak merayu supaya dikurangkan. Keluarga awak termasuk dalam asnaf zakat. Dalam kesusahan tu, ayah awak ceraikan mak awak. Mak awak yang jaga awak dan adik-beradik yang lain kan. Berulang-alik dari rumah ke kedai makan sejauh 4 kilometer untuk berniaga dengan hanya berjalan kaki. Allahuakbar, tabahnya awak! Kalau saya dapat jumpa awak, saya nak peluk awak kuat-kuat, saya nak awak tahu saya dapat rasa apa yang awak rasa,”

“Alhamdulillah. Sekarang Allah dah bagi keluarga saya kehidupan yang lebih baik berbanding dahulu. Sekarang pun saya dah ada ayah tiri. Tapi saya tak tahu di mana ayah kandung saya berada sekarang. Perniagaan yang Mak saya jalankan ni pun bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.Terharu saya ada sahabat macam awak. Awak sahabat yang sangat baik. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik awak. Saya tak sabar nak jumpa awak. Kalaulah saat tu tiba, saya pun nak peluk awak erat-erat,” tangisan mengiringi bicara.

“Atiqah, saya tak mampu lagi nak capai taraf sahabat yang sangat baik. Saya sebolehnya cuba mengamalkan apa yang saya tahu. Itsar. Mengutamakan sahabat lebih daripada diri sendiri. Itu pun saya tak mampu capai lagi. Cuma dalam berukhwah, saya sentiasa pegang pesanan Rasulullah. Laa yu'minu ahadukum hatta yuhibba liakheehi maa yuhibbu linafsihi. Tidak beriman seorang daripada kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. Atiqah jangan risau ye, saya sentiasa ada untuk Atiqah,”

“Farihah, awak sahabat yang baik sangat. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Kalaulah saya boleh jumpa awak sekarang. Farihah, awak nak tahu sesuatu tak?” Air mata kesyukuran diseka.

“Tahu apa Atiqah?”



"Perupamaan bagi orang-orang yang beriman itu dalam kasih-sayang, belas-kasihan, rahmat-merahmati mereka, umpama jasad. Jika satu anggota mengaduh sakit, akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam"









‘Farihah, boleh tak awak ajar saya buat blog?”

“Blog? Insya-Allah boleh. Tak ada masalah, hehe,”

“Hehe. Saya nak buat blog untuk kedai jahitan Mak saya,”

“Oo, boleh. Atiqah nak Farihah ajar bila?”

“Nanti kalau nak buat, Atiqah cakap ye, hehe,”

“Hehe, boleh. Cakap je bila-bila masa boleh,”

‘Terima kasih, Farihah. Assalamualaikum’

‘Sama-sama, Atiqah. Waalaikumussalam’


Butang ‘on’ laptop ditekan.

‘Farihah, boleh ajar saya sekarang?’

‘Boleh, kejap ye. Farihah nak pergi buka laptop’

Ruangan chatting di Facebook dibuka.

‘Assalamualaikum. Hehe, dah add dah dia’

‘Waalaikumussalam. Pandai awak cari nama saya, hehe. Sekejap je’

‘Saya cuma taip Nur Ain Atiqah Nabilah macam awak cakap tadi. Awak tak add kawan lelaki ye’

‘Awak pun sama kan? Hehe, jangan risau. Saya tak kawan dengan lelaki. Maklumat tentang awak dan gambar awak semua selamat dengan saya, hehe’

‘Hehe, macam-macam awak ni ye. Atiqah, boleh tak kita chat guna YM?’

‘YM? Apa tu?’

“YM, Yahoo Messenger. YM tu lebih kurang macam chat dekat FB ni juga’

‘Farihah, terus terang saya cakap, saya tak berapa pandai internet. Setakat buka Facebook ni pandailah juga. Yang lain saya tak pandai, hehe. Maaf ye’

‘Oh, tak apa, tak apa. Mari, kita mula. Mula-mula taip www.blogger.com, boleh tak?’

‘Ha’ah, dah buka. Lepas tu?’

‘Lepas tu tekan get started’

‘Dekat mana?’

‘Ada di tepi tu, cuba Atiqah cari’

‘Oh, dah jumpa. Dah tekan dah’

‘Ha, selepas tu awak isi apa yang patut’

Lebih 30 minit berlalu.

‘Alhamdulillah, dah dapat ni’

‘Boleh buka tak blog awak?’

‘Emm, kejap ye’

‘Baik, cuba la dulu. Saya tunggu’

‘Farihah, maaf. Saya tak ingat password. Macam mana ni’

‘Ha, tak ingat? Cubalah lagi, mungkin Atiqah salah taip’

‘Tak boleh juga. Ni saya rasa nak nangis ni’

Telefon bimbit Farihah bergetar seiring ringtone lagu.

“Atiqah, dapat tak?”

“Farihah, maaf ye. Saya tak boleh buka. Saya kena tutup dah sekarang. Dah nak pergi kerja. Nanti ayah saya nak hantar ke kedai jahitan. Maaf sangat, kesian awak ajar lama-lama. Akhirnya tak dapat. Saya rasa nak nangis,”

“Kalau tak dapat, apa lagi, ketawa je la, haha”

“Awak ni biar betul. Em..haha”

“Atiqah ni kelakar lah. Penat tau cikgu ajar,”

“Haha. Tak tahu kenapa anak murid ni cuai sangat. Tapi dah tahu step tu, nanti Atiqah cuba lagi ye,”

“Tak apa, biasalah tu. Dulu waktu Farihah mula nak buat blog, macam Atiqah juga. Tapi lama-lama nanti pandai sendiri,”

“Farihah marah ke?”

“Eh, tak marah lah. Tak apa, nanti cuba lagi. Pergilah siap. Atiqah kan kerja,”

“Baik, baik. Saya minta maaf sangat. Farihah, terima kasih banyak-banyak. Saya sayang awak kerana Allah. Assalamualaikum,”

“Tak apa, nanti kita buat lagi. Sama-sama. Saya pun sayang awak kerana Allah. Waalaikumussalam warahmatullah,”







Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia,”









‘Satu. Jaga diri awak. Dua. Jaga hati dan iman awak. Tiga. Jaga kesihatan awak. Empat. Jaga mak dan ayah awak. Kerana lima, baru awak dapat jaga saya! Baik, enam. Saya pun jaga awak, hehe. Dan kesimpulan tujuh, kita saling menjaga ye! Agar lapan. Ukhwah diredai. Sembilan. Kita masuk syurga sama-sama. Dan sepuluh. Ait, tidurlah, asyik baca mesej je kerja awak ye, hehe! Selamat malam!’

‘Farihah! Hehe, awak ni. Awak tak mengantuk lagi?’

‘Saya dah nak masuk tidur dah. Dah lewat ni, Atiqah buat apa lagi?’

‘Saya nak solat sunat sekejap. Awak tidur la dulu ye’

‘Atiqah memang solat sunat sebelum tidur ke’

‘Ha’ah’

‘Bagusnya’

‘Biasa je. Farihah tidur la dulu ye, kesian awak’

‘Baik, tusbiheena 'ala khair ya Ukhti (maksudnya selamat malam, hehe, awak kata nak belajar Arab hari tu kan? Atau boleh juga, lailah sa'eedah ya Ukhti. Awak jawablah sa'eedah mubaarakah. Maksudnya malam yang penuh berkah, Insya-Allah)’

‘Wah, suka. Ingat awak ye. Hehe, sa'eedah mubaarakah (betul ke?)’

‘Hehe, pandai. Betul dah tu. Satu lagi. Uhibbuki fillah. Saya sayangkan awak kerana Allah. Ni bahasa arab fushah. Arab fushah tu bahasa arab standard, bahasa arab baku. Dalam Al-Quran, itu adalah arab fushah. Awak boleh juga sebut bahibbak awi awi. Maksudnya saya sayangkan awak. Ni arab 'ammiyah. Bahasa loghat tempatan. Mesir ammiyah lain, Jordan ammiyah lain, Saudi ammiyyah pun lain,"

‘Oo, macam tu. Bahibbak awi awi. Hehe. Suka. Farihah, awak tidurlah dulu ye’

‘Baik. Assalamualaikum’

‘Waalaikumussalam’




Allahuakbar Allahuakbar!
Allahuakbar Allahuakbar!

Farihah tersentak. Tersedar daripada lamunan. Teringat akan perbualan bersama Atiqah semalam.

Dah masuk waktu Zuhur. Aku pun nak jadi hamba yang taat macam Atiqah. Kalau dia boleh solat sunat, kenapa aku tak boleh usaha sentiasa solat pada awal waktu. Hatinya berbisik. Tersenyum. Menuju ke bilik air.





Teman yang paling baik adalah apabila melihatnya mengingatkan diri kita kepada Allah. Apabila mendengar bicaranya menambahkan ilmu agama. Dan apabila melihat gerak-geri dan amalannya mengingatkan diri kepada kematian sehingga menuntut diri untuk istiqamah dan bertaubat. Carilah teman yang paling baik itu. Dan jadilah teman yang paling baik itu.













‘Sobaahul khair ya Ukhti (selamat pagi, hehe. Awak jawab sobahunnur)’

‘Sobaahunnur. Hehe. Farihah, kejap ye. Saya nak call awak’

Farihah menunggu Nokia 7230 berbunyi.

“Assalamualaikum, hehe”

“Waalaikumussalam, hehe”

“Farihah, rindunya saya dekat awak. Rindu sangat. Gembiranya dapat dengar suara dia, hehe”

“Hehe, saya pun rindu awak. Awak tengah buat apa?”

“Tengah nak sediakan sarapan. Awak makan tak lagi? Masak apa hari ni”

“Tak lagi. Wah, awak masak ke. Awak masak apa”

“Saya nak masak nasi goreng bawang hari ni, hehe”

“Wah, sedap! Hantar la sini sikit. Awak pandai masak ye,”

“Awak la datang sini, haha. Biasa je. Dulu Mak ada buka kedai makan. Saya belajar daripada situ dengan tolong Mak,”

“Pakar masak la ni. Memasak kena banyak latih dan cuba kan? Adik awak yang lelaki pun pandai masak ke?”

“Ha’ah, perlu latihan je, Insya-Allah pandai. Adik yang lelaki tu pun pandai masak, dulu pun dia tolong Mak,”

“Malunya saya, hehe. Nak belajar dengan awak la”

“Boleh, apa salahnya, hehe. Awak dah banyak ajar saya tentang internet dan ilmu. Saya cuma boleh kongsi dengan awak tentang masakan je. Em, Farihah. Boleh tak saya nak minta sesuatu?”

“Apa dia Atiqah? Insya-Allah, kalau boleh saya bagi, saya bagi,”

“Boleh tak awak hantar kata-kata untuk saya sebelum masuk tidur? Macam yang sebelum ni. Boleh tak? Kalau lewat pun tak apa,”

“Kata-kata maksud awak, mesej yang menarik tu ke. Awak nak setiap hari?”

“Ha’ah, boleh tak. Kalau boleh setiap hari. Setiap malam, awak hantarlah. Maaf kalau permintaan saya ni menyusahkan awak, saya minta maaf sangat,”

“Oh, boleh. Senang je tu. Tak ada yang menyusahkan. Nanti saya hantar ye. Atiqah pergilah masak dulu. Ha, saya pun nak buat permintaan juga la, hehe,”

“Hehe, permintaan apa?”

“Boleh tak Atiqah hantar resepi Nasi Goreng Bawang? Hehe, nak buat juga,”

“Oh, boleh, Insya-Allah. Saya bagi mesej ye, hehe. Farihah, terima kasih banyak-banyak. Saya sayang awak kerana Allah. Assalamualaikum,”

“Terima kasih juga. Saya pun sayang awak kerana Allah. Waalaikumussalam,”


NASI GORENG BAWANG
Step pertama, ketuk bawang putih, hiris 2 biji bawang besar, cincang ikan bilis sikit, jangan banyak nanti masin. Step kedua, panaskan minyak, masukkan semua bahan, tumis sampai naik bau. Nampak dah garing, masukkan serbuk kari 3 sudu besar. Masuk sekali suku cawan air takut karinya hangit. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan perisa terpulang nak letak kiub pati atau apa-apa. Kemudian, masukkan nasi. Kacau sampai sebati, rasa sedikit, kalau tawar masuk sikit garam. Garam masuk kemudian sebab tadi dah ada ikan bilis. Step ketiga, isi dalam bekas dan tabur bawang goreng di atas. Siap untuk dihidang.






Andai ukhwah kerana iman, segalanya akan aku lakukan untukmu sahabat. Sedikitpun tidak kurasa kau menyusahkan diriku. Kerana aku tidak layak dikatakan berasa susah. Ingatkah dirimu kisah beberapa orang sahabat yang mengalami luka parah sewaktu perang Yarmouk? Saat seorang sahabat kehausan ingin minum, terdengar rintihan sahabat yang kedua kehausan. Maka air tersebut diberikan kepada sahabat kedua. Tatkala sahabat kedua ingin minum, terdengar rintihan sahabat yang ketiga kehausan. Air itu kemudiannya diberikan kepada sahabat ketiga. Begitulah seterusnya, air diserahkan kepada yang lebih memerlukan sehingga akhirnya semua syahid! 

Sahabat, apakah aku layak untuk dikatakan berasa susah? Tak! Aku malu!












“Assalamualaikum, rindunya saya dengan awak!”

“Waalaikumussalam, saya pun rindu awak! Hehe, kita ni macam sepasang kekasih pun ada, asyik rindu je,”

“Biarlah, awak jadi je la kekasih saya, haha,”

“Riangnya dia. Atiqah dekat mana sekarang?”

“Saya jalan kaki ambil adik perempuan bongsu dekat sekolah ni. Saya rindu sangat awak, rindu sangat nak dengar suara awak,”

“Ish, awak jangan suka sangat, risau saya. Tengok bila berjalan tu. Tengok kenderaan. Ish, hati-hati,”

“Insya-Allah, hati-hati ni. Farihah, awak tahu, kata-kata awak beri saya semangat hari-hari. Sebab kata-kata dan mesej awak tu awak tulis sendiri dan lahir daripada hati awak. Tak macam mesej lain yang saya dapat, sebab main forward je,”

“Err, Atiqah. Sebenarnya mesej yang saya bagi itu pun mesej yang kawan saya forward. Saya tak tahu pula awak nak kata-kata yang saya buat sendiri. Maafkan saya,”

Diam.

“Atiqah?”

“Ye? Oh, tak apa, tak apa,”

“Atiqah, awak marah saya ke. Maaf ye, nanti saya buat sendiri, saya hantar dekat awak yang saya buat sendiri. Tapi kalau ada yang forward, saya akan cakap. Awak jangan sedih,”

“Tak apa, maafkan saya ye, saya banyak menyusahkan awak. Selalu minta macam-macam. Tapi mesej yang awak bagi walaupun forward, saya rasa lain, sampai ke dalam hati saya,”






Aku sentiasa mengungkap ukhwah fillah. Sentiasa memberi kata dan ucapan layaknya seperti sahabat sejati. Tetapi pernahkah aku terfikir, benarkah kata hatiku jujur dalam bersahabat? Dengan mudah memilih kata-kata yang menarik dan menekan butang send. Sekadar itu. Apakah pesanan itu bersama hatiku? Atiqah, terima kasih! Awak mengajar saya sesuatu.




Aku terlalu pentingkan diri sendiri. Segalanya aku minta untuk menyenangkan hati sendiri dan dia terlalu baik terhadapku. Hanya menurut apa kemahuanku. Tiada bantahan. Sahabat apa aku ini? Hanya memikirkan hati sendiri tanpa mengira dia susah atau pun tidak. Farihah, terima kasih! Awak mengajar saya sesuatu.











‘Assalamualaikum Farihah. Boleh saya tanya pendapat awak? Awak sibuk ke,”

‘Waalaikumussalam. Tak sibuk pun. Untuk awak, masa saya sentiasa terluang, hehe. Tanyalah, setakat yang saya boleh beri, saya beri, Insya-Allah”

‘Macam ni. Atiqah ada seorang kawan. Dia baik sangat. Cantik, tak macam Atiqah. Bijak, Atiqah ni mana ada sekolah tinggi-tinggi. Atiqah malu dengan dia. Atiqah rasa macam tak layak jadi kawan dia. Atiqah selalu menyusahkan dia dengan minta macam-macam’

‘Siapa kawan Atiqah tu’

‘Farihah Sofea Hani Amri’


Farihah tersentak. Hatinya hiba. Mudah benar tersentuh. Titis air mata. Jatuh.

‘Atiqah, kenapa cakap macam tu. Farihah tak pernah langsung fikir macam tu. Farihah bukan baik sangat cuma Farihah mahu jadi yang terbaik terhadap seorang sahabat. Tapi Farihah tahu Farihah tak sampai lagi tahap tu, Farihah sekadar buat apa yang perlu atas nama ‘sahabat’. Biar Allah yang melihat dan menghitung. Kenapa mahu mempertikaikan ciptaan Allah? Atiqah pun cantik. Tapi yang luaran bukanlah segala-galanya. Hati. Itu yang penting. Allah melihat pada hati yang tunduk kepada-Nya bukan hanya wajah yang cantik menawan tetapi mempunyai hati yang busuk. Atiqah lagi punya banyak kelebihan, punya banyak kemahiran. Kemahiran memasak, kemahiran menjahit. Farihah cuma berkongsi ilmu yang Farihah tahu. Dan seseorang yang walaupun mempunyai ilmu penuh di dada tetapi jika riak dan sombong akan ilmunya, tidak akan ke mana. Kerana ilmu itu berperanan untuk mewujudkan rasa khauf, takut kepada Allah. Punya rasa seorang hamba. Atiqah tahu, Atiqah banyak mengajar Farihah erti kehidupan.’ 










“Farihah, awak nak tahu sesuatu?”

“Tahu apa Atiqah?”

“Sebelum ni Atiqah punya ramai kawan. Tapi semua kawan yang Atiqah kenal semua tak hargai Atiqah. Habis madu sepah dibuang. Atiqah cuba buat yang terbaik untuk kawan Atiqah, tapi semuanya tak hargai Atiqah,”

“Itu mungkin sebab Atiqah tak jumpa kawan yang baik lagi. Mesti ramai lagi yang baik,”


“Tak, saya cakap betul. Farihah, saya dah banyak kali pindah sekolah dan saya dah kenal banyak kawan dan saya tak pernah jumpa sahabat macam awak. Saya pernah diajak ke karaoke tapi bila saya menolak, mereka pulaukan saya.Pasir dibaling ke muka saya. Farihah boleh faham tak perasaan saya,” Air mata deras mengalir.

“Astaghfirullah! Sampai macam tu sekali. Farihah tak tahu mana lebihnya Farihah tapi Farihah harap sangat Atiqah bersahabat dengan Farihah kerana Allah. Dengan itu je hubungan kita dapat bertahan dan kekal selamanya,”

“Atiqah sedih sangat. Kalau Farihah nak tahu, dulu Atiqah seorang yang tomboy. Tapi sekarang Atiqah dah berubah. Atiqah pernah berdoa masa pergi umrah, mohon kepada Allah kurniakan  Atiqah seorang sahabat yang baik. Dan selepas jumpa Farihah, Atiqah dapat rasa kejujuran Farihah dalam bersahabat. Dalam solat, Farihah yang Atiqah nampak. Dalam mimpi, Atiqah hanya nampak muka Farihah. Farihah..mungkinkah awak jawapan kepada doa saya? Atiqah dah tak mahu yang lain, Atiqah nak Farihah je,”


“Kenapa cakap macam tu. Farihah insan biasa, Atiqah. Atiqah yang banyak mengajar Farihah, Farihah tak tahu nak balas macam mana, hanya mampu menjadi seorang sahabat.  Nanti kalau Atiqah jumpa sahabat yang lebih baik, jangan lupakan Farihah,”. Sebak.

“Awak sahabat terbaik saya. Saya memang ada ramai kawan. Saya ramai kawan ketika senang, tetapi bila saya susah, saya tak tahu yang mana kawan saya. Saya sayang awak, Farihah. Awak sahabat saya dunia akhirat,”


Tangis dua sahabat bukti ikatan kasih yang luhur. Allah menjadi saksi.











Cikgu ajar ‘SAYANG’ itu kata kerja. Cikgu ajar lagi, ‘AWAK’ itu kata ganti nama. Tetapi Atiqah cakap SAYANG AWAK, Cikgu tanya, itu kata hati siapa? Atiqah jawab, itu KATA HATI saya.


Cikgu awak ajar ‘SAYANG’ itu kata kerja, saya semat dalam hati, itu memang kata kerja. Cikgu awak ajar lagi, AWAK itu kata ganti nama, saya semat dalam hati, AWAK itu Atiqah. Bila Farihah cuba sebut SAYANG AWAK, nanti Cikgu tanya, saya akan jawab, itu KATA HATI saya juga.




Andai nadi masih berdenyut,persahabatan yang dibina takkan hanyut, andai namamu sentiasa kusebut, bukan masaku untuk merungut. Bila hati kata rindu, dikau penawar hidupku, bila hati terasa sayu, itulah saat kurindukan suaramu. Jika hari ini SMS dihantar menjadi penyeri, doaku pohon setiap hari, agar hubungan kekal abadi, kerana persahabatan dibina daripada Ilahi.


Hujan gerimis pelangi menjelma, ingin kugapai ingin kurasa, persahabatan ibarat pelangi senja, penuh citra dan warna, nun jauh di sana, hanya rindu yang menyapa, andai waktu itu tiba, akan kudakap dirimu seeratnya…duhai sahabat dunia akhirat…




Mengenali sahabat dalam persahabatan, menyayangi sahabat bukan sekadar ucapan, tulus dan ikhlas itulah ikatan, banyak ujian dan dugaan daripada Tuhan.


Dunia ini medan ujian, walau perit harus bertahan, usah gentar usah ketakutan, Allah sentiasa di sisi menjadi peneman. Saya juga tetap di samping awak…



Aku menyayangimu kerana Allah. Aku ingin menjadi sahabatmu kerana Allah.Aku ingin mengenali dirimu kerana Allah. Aku ingin menjadi keceriaan dalam dirimu juga kerana Allah. Kerana Allah kita ditemukan. Suatu hari nanti, kuharap kita bisa bertemu. Dan dengan keizinan-Nya, aku ingin mendakap dirimu kerana Allah! Bukti kasih dan sayangku terhadapmu…


Dalam meniti suatu kembara, pasti diri menemui pelbagai ragam manusia. Dari situ kita semakin belajar untuk mengenali yang mana satu kawan mahupun lawan. Dalam ramai-ramai mungkin lebih banyak kawan daripada lawan. Mungkin juga takdir kita menemui lawan berbanding kawan. Tetapi ketahuilah dalam ramai-ramai kawan, tak semua yang sejati. Mungkin hanya hadir waktu senang dan menghilang waktu susah. Mungkin hanya hadir waktu duit penuh dalam genggaman, waktu kita pelajar terbilang dan waktu kita insan yang hebat. Tetapi pergi waktu duit mula habis, waktu keputusan ujian mula merudum dan waktu ‘title’ hebat sudah tiada. Namun, sahabat sejati bukan begitu. Dia tetap ada walau dalam apa jua situasi. Dan awak, saya sayang awak kerana Allah, saya tak pandang duit, rupa, pangkat, kepintaran dan sebagainya. Saya sayang awak kerana awak saudara saya dan kerana ukhwah atas iman. Hanya itu.





Hidupku penuh suka dan duka, ketika dulu suatu ketika, aku meminta tanpa mengira, aku menunggu namun tak jumpa. Hari berganti hari, sayang kucari tidak kutemui, ramai kawan ya aku akui, namun kehadiranku tidak dihargai. Ya Allah sahabat ini berhati mulia, bagiku dia sangat sempurna, dia sahabat yang setia, baik budinya tiada terkata. Ya Allah, peliharalah sahabatku ini walau di mana jua dia berada, sihatkanlah tubuh badannya, panjangkanlah umurnya, jika ada luka tenangkan dia, semoga bahagia di sisi keluarga. Ya, dia bukan malaikat tetapi seorang hamba yang taat dan setia, malu aku akan kemampuannya, aku bersyukur kerana dia semangatku terbina, untuk menjadi hamba mulia sepertinya.


Perkenalan tiada direncana, dengan takdir Yang Maha Kuasa, dua sahabat bertemu suara, kasih bertaut walau tiada pernah bersua. Muslimah cekal dalam usaha, solehah taat ibu dan bapa, kekuatannya penghembus semangat di jiwa, dialah muslimah gagah perkasa. Tabah dengan ujian yang melanda, hati gigih tiada putus asa, rindunya pada Yang Esa, mengajar diri erti seorang hamba. Pencarian sahabat sejati bermula, doa dipanjat tak putus meminta, ya Allah apakah berakhir ceritera, apakah aku jawapan kepada doanya? Ya Allah, sekalipun aku bukanlah penamat rayuan dalam untaian tasbih doanya, khabarkanlah padanya ya Allah, aku tiada ke mana, sentiasa di sisinya hingga hujung nyawa…





Atiqah : Apakah kisah kita berakhir di sini?
Farihah : Kisah kita saat ini tidak akan pernah terhenti. Jalan cereka ini masih jauh. Hanya tamat tika kaki di pintu syurga. =)
Atiqah : Uhibbuki fillah. Saya sayangkan awak kerana Allah.=)
Farihah : Bahibbak awi awi. Saya juga sayangkan awak kerana Allah.=)












Kau selalu mengungkapkan kata ukhwah. Tahukah dirimu betapa berharga kata itu. Manisnya benar hanya dirasai dengan iman. Bukan sekadar madah. Bukanlah suatu helah. Jauh kata dusta. Malah ikatan suci ini terlalu indah untuk dibicarakan. Mengajar erti kasih. Menjadi qani’ah. Juga makna ‘abid, hamba. Ah, kau tak akan pernah bisa merasai apa yang kurasa sebelum hati itu kau celik pandangannya! Bukan sekadar kasih biasa. Kekuatan terlahir daripadanya. Andai hilang, merenggut jiwa. Sepi. Siksa. Sakit. Pedih! Kerana ia resah kembali tenang. Damai terasa menyelinap segenap indera. Halus belaian kasih walau terpisah. Antara dua jiwa. Terjalin erat. Rapat. Teguh atas nama ukhwah lillah. Ini bukan mainan. Aku bukan penglipur lara. Cereka benar. Melihat hakiki. Andai hatimu bisa merasa, sayangilah saudaramu. Bukan kerana harta! Bukan kerana rupa! Bukan kerana kepintaran! Bukan kerana pangkat dan hebat. Bukan. Lihatlah. Itu semua palsu. Usah tertipu. Yang benar hanya kerana Dia. Pencipta kasih. Khabaran rindu. Meniup rasa. Terang cahaya. Segar cinta. Matlamat utama. Menanti di sana. Itulah dia. Satu kata. Syurga.
Farihah Sofea Hani binti Amri.
Dedikasi buat Nur Ain Atiqah Nabilah binti Mohd Rusydi.





Satu kisah kini terungkai,
Kembali dijalin sebuah cereka,
Sisipan madah kata diuntai,
Moga terkesan di hati pembaca.










Dedikasi buat sahabat-sahabat.
Sahabat SKTJ dan SMKATJ terutamanya. Terlalu ramai untuk disebut. Kalian tetap di hati ini dan tiada yang bisa mengganti tempat istimewa kalian yang mengajar siapa diri ini ketika ini.
Sahabat UIA. Kalian juga istimewa, lebih mengenali siapa diri ini dan mengajar diri ini untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalian penguat semangat untuk terus melangkah.
Sahabat alam maya. Kalian istimewa. Mengajar diri ukhwah itu bukan hanya di alam realiti. Mengukuhkan ikatan ukhwah dari kejauhan walau sekali tidak pernah bertemu. Biar jauh, hati ini dekat dan iman ini pengikat.
Moga dirahmati Allah sentiasa.



Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

12 comments:

nusrah said...

salam..
rajinnya buat cerpen..

suka quote ni : Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia,”

terus bertinta kerana Allah ;)

nadbaptist said...

assalammualaikum rabiatul,

mama sukaaaa sgt..ni novel kan?

oh ye..mama nak ucap tahniah kerana artikel aku perempuan telah disiarkan di ILuvIslam..turut bangga

Azam Husni said...

El-salam 'alaykum ustzh!

^^Wah...Rajinnya menulis, Alhamdulillah Allah masih kurniakan byk masa lapang, nikmat besar juga tu kan?

penulisan yg ni pun wlupun agk pnjg tp gempak..stiap penulisan pasti ada pedoman tersendiri..nice!

huhu, x sangka akak tahu jg ammiyah mesir-"Farihah: Bahibbak awi awi"-.. :D

Truskan, keep it up! Sama2 kita isi ruang dakwah di alam cyber disamping kita benar2 isi pentas dakwah realiti yg lbh utama.. =-)

p/s: Shkran bertandang dan komen di blog faqir azam, akak pun blh jadi hebat mcm Ustazah Fatimah Syarha.. tak pun mcm Ustazah Siti Norbahyah! hehe..^^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Nusrah |

Waalaikumussalam wbt ^_^
ni bukan cerpen agaknya, dialog disertai hikmah, cerpen tu perlu fikir dan asah lagi..^_^

quote tu yang Rabiatul dapat drpd seorg sahabat, sentiasa semat dlm hati sebagai peringatan =)

Insya-Allah, kita sama2 ye Nusrah ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mama Ita |

Waalaikumussalam Mamaaa! ^_^
Mama, xsampai taraf novel, uish, jauh lagi tu, byk kena belajar lagi ^_^ sekadar perkongsian hikmah

Alhamdulillah, pujian kembali kpd-Nya..berkat doa Mama untuk anak sorg ni juga, syg Mama! *peluk* ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Dik AzamHusni |

Waalaikumussalam bdk matang! =P

xla rajin dik, tapi masa yg ada ni Alhamdulillah akak blh tulis setakat ni ^_^ selagi hayat masih ada. Insya-Allah, guna nikmat masa lapang dgn sebaiknya.

Nak buat cerpen xreti..setakat buat perkongsian dan serta hikmahnya mcm ni bolehlah ye dik, harap sampai mesejnya, tu yg penting ^_^

aha~ bahibbak awi awi. amiyyah tu bolehlah sikit, tahu sikit je tu

Insya-Allah, sama2 amal apa yg ditulis, sama2 renung kembali ibadah kita mcm mana..harapnya bukan sekadar madah tinta semata =)

p/s: oo, membalas komen akak ye bdk ni ^_^ Allahuakbar, dik besar doa tu dik, syukran, Insya-Allah, Ameen..adik mampu seperti Ustaz Hasrizal dan Akhi Hilal Asyraf malah lebih lagi! nanti belajar rajin2 dkt sana lps tu terbitkan buku AzamHusni ye, Insya-Allah! ^_^

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum...adik.................

rindu serindu-rindunya.....*peluk*..

adik apa khabar?? sihat?? dah makan?? minum?? hehee..

Alhamdulillah, temuduga baik ja...^^ terima kasih adik doakan akak...^^

Nursya said...

Sedih pun ada...dpt rsa situasi mereka..sbb sy juga baru btemu seorang ukhti yg sangat baik..Semoga ukhuwah yang terjalin krn ALLAH tdk tputus dtgh jln.. =')
Uhibbuki fillah.. dia ajr sy ckp cmni gak..sy suka sgt cerpen ni..syukran ya ukhti :) teruskn usaha enti...

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Jiha |

Waalaikumussalam akak! rindunya akak, akak tahu, adik mcm xsemangat nak on9 bila akak mcm xon9 je...='(
*peluk* =')

Alhamdulillah, fissihhah taammah! ^_^

adik doakan yg terbaik utk result. Apa2 keputusannya itu yg terbaik utk akak! ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Akak Nursya |

Alhamdulillah kak...saya faham akak rasa mcm mana. ini saya tulis pun dedikasi buat seorg sahabat..=') xtahulah, betul menjiwai cerpen kali ni, bila saya tulis dan baca. Kenangan buat hari mendatang.
Insya-Allah, andai ukhwah benar2 kerana Allah, hubungan itu tidak akan pernah putus malah semakin teguh, segala dugaan dan cabaran sanggup ditempuhi bersama. Untuk mempertahankan ikatan akidah bermula drpd sebuah pertemuan. Insya-Allah =')

syg akak..terima kasih sudi baca *peluk* . Adik xleh add akak dkt FB, harap akak baca ni =')

Anonymous said...

salam ya ukhti..
ni bkn cerita btul kah?

tahukah anda bahawa jalan cerita ini..
sama persis ap yg brlaku pada sy?
ayat2 dia pn lebih kurang je..

in fact! blog ni pn..mmg kwn cyber sy tu yg beri.. suruh baca.. sbb mcm iras2 kisah kami..
ehee...
nice! ^_^

salam ukhwah ^^


http://nurkilan-musafir.blogspot.com

[malas nk sign in] hehe :P

:: Zahratu Billaurah :: said...

Wsalam wbt~ ^_^
ehe~ cerita betul atau x, saya mungkin boleh ckp, kebanyakannya, ehe~

Allahuakbar..betul ke ukhti..=')

terima kasih sudi singgah di teratak x seberapa ini. sudi membaca perkongsian dan menitipkan komentar. Amat dihargai!

Ukhuwwah lillahi ta'ala~ insya-Allah saya jalan2 ke sana pula ye ^_^ *peluk*