Thursday, March 10, 2011

Novel | Sinergi ~ Kuasa Iman |

 
السلام عليكم
  بسم الله الرحمن الرحيم







Subhanallah walhamdulillah…



Setelah sekian lama, akhirnya saya menjumpai apa yang saya mahu daripada bacaan sebuah novel Islamik. Sinergi karya Hilal Asyraf amat menepati apa yang dicari selama ini. Semuanya dikupas dalam sebuah buku. Persoalan tentang iman, ukhuwah, taqwa, cinta,  dendam dan persoalan-persoalan lain diolah dengan sebaik-baiknya. Kalau sebelum ni, saya dah baca banyak novel bertemakan Islamik, setakat ini hanya Tautan Hati buah tangan Fatimah Syarha yang memang benar dapat menyentuh hati selain artikel-artikel  mutiara kata pembersih jiwa Ustaz Pahrol Mohd Juoi…..akhirnya….Sinergi juga benar-benar dapat menawan hati saya. Sungguh.







KEISTIMEWAAN SINERGI
 


Kalaulah rating ada 10 bintang, saya bagi 10/10. Jalan cerita mantop! Kemas. Sangat memuaskan.




Hilal Asyraf bijak membina plot. Bermain teka teki. Banyak kejutan dan saspen.
“Ingatkan (……)rupanya…”
“Eh, la…..”


 Juga bermain emosi.
Ada plot yang bisa mebuatkan air mata mengalir.
Ada plot yang bisa menggeletek hati.
Ada plot yang bisa mengundang tanda tanya.
Ada plot yang bisa menuntut hati muhasabah secara langsung.




Sepanjang pembacaan juga, saya terasa seperti ditarbiyah. Penuh ilmu. Penggunaan bahasa Arab di dalam dialog dan tempat berlatarkan bumi Syam menambah pengetahuan. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang diselit juga meningkatkan kefahaman. Terasa jiwa diisi. Terasa hati disentuh. Terasa iman berbicara.




Sinergi merupakan novel kedua Hilal Asyraf yang dibaca selepas Terasing. Nyata tidak menghampakan. Tema mengenai ukhuwah juga yang ditonjolkan melalui Sinergi tetapi semestinya dengan jalan cerita yang berbeza.




Jika novel Islamik sebelum ini, saya hanya dapat mengetahui fakta dan ilmu tentang Islam tetapi tidak berupaya mengusik hati, hanya sekadar pembacaan. Namun, berlainan dengan Sinergi yang bukan sahaja padat dengan ilmu malah dapat saya rasakan seolah-olah setiap patah perkataan mengajak diri bicara dan berkomunikasi,seterusnya masuk ke dalam hati. Menyentuh. Benar-benar mendidik jiwa. Mengajak untuk sama-sama merenung kerana Sinergi menyentuh aspek-aspek kehidupan seharian terutama bagi saya yang kian menginjak dewasa. Tentang sahabat. Tentang cinta. Dan yang paling penting, tentang iman.




Sinergi menjawab semua persoalan dengan jawapan yang jelas. Memberikan kefahaman yang sepenuhnya. Padat. Ayat yang digunakan juga ringkas dan mudah difahami. Mesej jelas dan terang. Penting untuk dakwah. Ya, kerana tidak semua memilih bahasa berbunga-bunga.. ^_^




 

BELAJAR MELALUI WATAK




Irfan Hakimi. Watak yang paling saya kagumi. Seorang yang sentiasa tenang, berfikiran rasional, matang, berpandangan jauh, penyabar, penyayang. Peribadinya sahaja cukup mengajar. Pendek kata, semuanya yang baik-baik. Watak ini sungguh dapat mendidik diri. Ingin jadi sepertinya. Pertama kali, watak Irfan menarik perhatian apabila digambarkan sebagai seorang sahabat yang sangat mengambil berat. Memberikan hadiah hari lahir. Bukan hanya kepada sahabat-sahabat yang paling rapat malah seluruh pelajar lelaki ahli PERMAI. Menyentak perasaan. Kembali merenung diri yang kadang-kadang terlepas tarikh lahir sahabat. Terlupa lantaran sebab-sebab tertentu namun orang beriman yang benar ikhlas ingin menjaga ukhuwah tiada alasan yang perlu diberi.  (maaf ye sahabat….=(…). Inilah yang saya maksudkan menyentuh hati. Terasa diri disindir untuk kembali melihat iman di hati. Mendidik jiwa.




Rasyid Zakwan. Sahabat yang sentiasa bersama-sama Irfan. Senang dan susah. Watak Rasyid atau lebih selesa dikenali sebagai Asid di kalangan sahabat-sahabat juga mempunyai peribadi yang baik. Berlainan dengan Irfan, Asid secara luaran digambarkan sebagai seorang yang selamba, ceria dan pandai berjenaka namun sebenarnya seorang yang serius ketika keadaan menuntut diri untuk serius. Asid nyata seorang sahabat yang benar-benar meletakkan iman sebagai paksi ukhuwah. Ini dapat dilihat apabila Asid bijak mengawal diri tatkala persahabatannya dengan Irfan diuji dengan kehadiran Sara Nasuha. (Kalau nak tahu konflik yang macam mana, belilah Sinergi, konflik yang sangat menarik…^_^ berbeza dengan sangkaan). Konflik inilah yang dilihat Disaster Five, 5 sekawan genius yang sering mencipta masalah lantaran kisah silam mereka sebagai kesempatan untuk merobohkan persahabatan antara Asid dan Irfan. Nyata, Asid sememangnya membina ukhuwah atas iman. ( kalau nak tahu macam mana Asid handle konflik ni…belilah Sinergi..^_^)



 
Kalau ada watak yang baik semestinya ada watak yang jahat. Keseluruhannya, Disaster Five dilihat sebagai pengacau dan suka membuat huru-hara. Namun, ada yang lebih licik dan bijak merancang strategi…..dia,Secret.





( sebelum ni ada bergurau manja dengan sahabat, Atiqah, berebut ‘hero’ Salahuddin Al-Ayubi….xpela…Tqa ambik la, b2 dah ada hero baru, Irfan Hakimi ^_^ hoho~)





KHULASAH




Iman. Iman. Iman.

Perkataan ini kerap diulang di dalam Sinergi. Lekat di hati.

Iman adalah asas.
Ada iman, ukhuwah kukuh.
Ada iman, dendam terhapus.
Ada iman, sabar terbentuk.
Ada iman, cinta terkawal.






Bak kata Hilal Asyraf…..
“ Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa”

Bukan 1+1=2 tetapi 1+1=3.
Itulah Sinergi.






Tidak rugi membeli Sinergi. Percayalah. RM23.00 tidak padan dengan ilmu yang dikongsi. Memuaskan hingga ke patah perkataan yang terakhir.

Jadikan iman sebagai paksi. Dan lihatlah kuasanya.








p/s: VT pula yang bakal dibaca selepas ini. Melihat pada komentar-komentar yang diberikan oleh pembaca Sinergi, VT lebih mendidik iman. Alang-alang promote Sinergi, saya juga nak promote VT, hehe…^_^ 





10 comments:

Hannah said...

salam kak b2..
hannah sekarang dalam proses menghadam VT..
Terasing dah baca tapi Sinergi belum lagi..huhu.

Tapi awal-awal baca VT ni pun rasa semangat gila2..best2.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam Hannah..^_^
(barakallahu feek..)


Alhamdulillah, bagus2, banyakkan bacaan2 mcm ni..
novel Hilal Asyraf yg mula2 kak b2 baca, Terasing la, mmg lepas habis baca tu, rasa kelainan, rasa iman terusik..beli lagi Sinergi, sekali lagi iman terusik...sgt memberi kesedaran dan terkesan sampai dkt luar, kehidupan seharian..byknye yg kene baiki diri ni...yg sentiasa lupa dan alpa..
semoga Allah merahmati penulisnya, byk saham di akhirat kelak...


wah..Hannah ckp mcm tu x sabar kak b2 nak baca VT pula, skrg ni duk baca Salju Sakinah...(tahu yg sedap2 simpan dulu..hehe)ni la kejenye budak U yg bercuti..^_^


Hannah kalau ada buku yg sedap2, kongsi2 la dgn kak b2 ye...^_^



p/s: rindu sgt adik2 TJ...=)

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

assalamualaikum.
hehehe..
tak pnh baca satu pun buku hilal
fatimah syarha pnh la

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam w.b.t..
hehehehe...kak Qist..^_^

b2 pun baru baca, akak
sedap sangat, akak cuba la beli

Fatimah Syarha rasanya baru ada 2..
b2 ingat nak beli novel Dr. Farhan Hadi, suami Fatimah Syarha tulis, Denyut Kasih Medik, tapi x jumpa


syukran jazeelan 'ala ziarah ya ukhti..^_^

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

b2?
erm kwn ada cter..
bestnye suami isteri camtuh..
romantik sungguh... huhu

medik tuh kwn kata syok sgt

:: Zahratu Billaurah :: said...

b2..bitu..hehe, akak pelik ea ^_^
akak panggil Rabiatul pun sedap...hehe


ha'ah, suka tgk Fatimah Syarha dgn suami dia, dua2 bagus..
Ibu pun ada pesan kalau blh cari yg mcm tu, haha (terlebih dh..terkeluar topik..) ^_^
kalau novel2 ni b2 beli yg kawan kata sedap, baru gi cari, hehe


p/s: dah kirim salam dkt Hasnah...^_^ Hasnah pelik mcm mana pula blh kenal, haha...dia xtau roommate dia ni terlebih ramah, b2 main tembak je, rupanya betul kak Qist, mujur x salah org ^_^

gembira kenal kak Qist ^_^

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

hahhaha..
nak tgk sikit ikah buat muke pelik..
oh.. rapatnye korg bdue..
oh sedapnye nama..suke..

:: Zahratu Billaurah :: said...

kami semua sebilik mmg rapat ^_^
kalau dgn Hasnah/Ikah ni, lagi la,katil sebelah2 ^_^

frhnad said...

Tak pernah baca lagi buku ni tapi kawan2 semua kate best..^__^ . Hilal Asyraf mmg mantap.... haritu dia baca sajak masa majlis Aidil Adha... memang nak menangis la time tu.... Sedih sangat....

:: Zahratu Billaurah :: said...

mmg sedap Nad, mantop, beli lah ^_^ x rugi, Insya-Allah, byk sgt manfaat dan ilmu ^_^
b2 baru beli dua, mmg terpikat..
dah set dah, kalau nampak novel Hilal, mmg nak beli. Kalau byk sgt pilihan novel, nak utamakan novel Hilal dulu ^_^
benar2 mengusik iman..Insya-Allah =)