Sunday, November 28, 2010

Appreciate Them......



عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم



EIDUL ADHA…..
(Maaf….lambat sikit cerita….lambat banyak ni….imbas kembali….)



Dorm meriah. Gembira. Riuh dengan suara keriangan.
Anak-anak dara D-3-10 sibuk mengemas beg.
Balik kampung! Yay…balik rumah! Masing-masing tak sabar nak pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.
Isi dorm mula berkurang ahlinya apabila ore2 Klate mula bertolak, Yah, Hasnah, Ain, Aisyah dan Fiqah. 



‘Salam’ ‘Peluk’ ‘Cium’ “Selamat Hari Raya…..minta maaf salah silap ^_^”
Gamat dorm dengan gurauan. ^_^ b2 sayang sangat ukhuwah ni!




Orang Klantan balik….Ela pun ikut…tata jiran tingkat atas…! ^_^
Qila, Qoie, Mizah pula balik……selamat pulang! ^_^
Tengku balik bersama Anis…….baik-baik jalan! ^_^
Kemudian Siti Balqis (syg anak ibu ni, haha)….Balqis (love u, kak!)…..Farah (tata~~~love u!) ^_^
Selepas Maghrib……Wan, haha….”ha, baru mula duk kalut, sempat agi main laptop, nak 7.30 bas nak tolak dh baru nak siap, aku tembak budak ni”….haih, anak ibu yg sorang ni,haha….
Tinggal berdua di dorm bersama Fahna….
Giliran b2 pergi…jaga diri baik-baik, Fahna! Tunggu ibu Fahna dtg ambik…..b2 balik dulu ye, Selamat Hari Raya! Muah2! ^_^
Setengah jam kemudian…..Fahna terakhir…..Fahna, ucap Selamat Hari Raya dekat dorm! ^_^






Kad 'love' yang tak seberapa daripada b2, b2 sayang D-3-10!...Aidil Fitri je ada.....b2 x sempat nak buat untuk Aidil Adha....maaf ye....walaupun biasa je...b2 nak biar tinggal kenangan daripada b2....^_^ ( TJ.....rindu......b2 rindu sahabat-sahabat TJ.... =( =( )






Kali ini pulang tanpa Zila. Zila pulang lebih awal. Pulang raya selama 4 hari…..tak cukup….
=(….tapi mesti dan kene bersyukur… blogger-emoticon.blogspot.com







Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.






Eidul Adha. Apabila kita menyingkap kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ia menyentuh soal pengorbanan. Sebuah pengorbanan agung bukti ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Banyak contoh pengorbanan lain yang boleh dilihat. Pengorbanan seorang guru terhadap pelajarnya. Pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Pengorbanan seorang kakak terhadap adiknya.




Tidak terkecuali, pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya.





Ayah, Abah, Abi, Papa…..
Berkorban mengerah tenaga yang ada mencari rezeki…
Tak mengenal penat atau letih dalam menyara keluarga …
Tak jemu menghantar dan menjemput kita pulang dari sekolah…
Sabar dengan tingkah laku kita yang kadang-kadang menggores hati….
Bagi apa sahaja yang kita perlukan…
Tak pernah berkira apa sahaja yang kita minta…..
Itulah bukti sayang seorang bapa…


.



Ibu, Mak, Umi, Mama….
Bermula pengorbanan mengandung 9 bulan…
Menanggung sakit melahirkan seorang anak tak tergambar….
Mendidik dan memberi ajaran mengikut panduan agama…
Marah dan omelan tanda sayang bukannya benci….
Hati yang tercalar kerana tutur kata seorang anak hanya dipendam di dalam hati…
Seburuk dan sehina mana pun anaknya di mata orang lain….kasihnya tetap tulus suci…
Sanggup menggadai harta hatta nyawa hanya untuk seorang anak…
Itulah kasih suci seorang ibu….





.

Kalau ibu marah, jangan marah balik ibu!
Kalau mak nasihat, jangan memberontak!
Kalau umi membebel, jangan hempas pintu!
Kalau mama sakit, jagalah dia!
Jika semua yang ibu kamu buat kamu tak hargai…..
Biarlah ibu pergi daripada kamu menyakiti dia….
Kamu nak?






Kamu akan merasai pentingnya bapa setelah kamu kehilangan dia…
Kamu akan rindu kehadiran bapa, setelah dia pergi takkan kembali…
Tolong….hargai bapa kamu….
Jika kamu buat salah kepadanya…..tolong…minta maaf kepadanya sekarang….tolong…! wahai anak…..








blogger-emoticon.blogspot.com


Ibu, dari kakak kecil sampai kakak besar, dah terlalu banyak pengorbanan ibu.
Ibu, walau apa pun kakak buat untuk ibu, memang selamanya kakak tak boleh nak balas jasa ibu.
Ibu, kakak hanya mampu jadi anak yang solehah macam yang ibu inginkan, seperti acuan didikan ibu.
Ibu, tiada ibu yang lebih baik setanding ibu kakak di dunia ni.
Ibu, kakak membesar dengan kasih sayang dan perhatian tiada tara daripada ibu.
Ibu, kadang-kadang kakak tak tahu bagaimana kasih sayang seorang bapa terhadap seorang anak, kadang-kadang kakak tertanya-tanya bagaimana membesar dengan abah dan kadang-kadang kakak tak tahu banyak mana kenangan kakak dengan abah……walaupun abah pergi dulu tetapi ibulah ibu dn ibulah abah…..Abah sangat beruntung beristerikan seorang isteri seperti ibu….
Dan kakak sangat bertuah punya ibu seperti ibu….
Ibu…I LOVE YOU……more than anyone in the world….
Ya Ummi…..enti habibati abadan abada…..enti syifa-u qalbi ‘indama kuntu fil huzn…..enti kannujum….kasshamsun….suti’at lidhia-i hayati…..
JET’AIME…….Ibu….








Saya tersentak.
Satu lagi pengorbanan ibu. Bakal pengorbanan ibu.
Ibu agak mula menyentuh soal ini....dulu sewaktu sekolah, tak......
( ibu kakak memang sporting dan sangat memahami.....kakak faham apa ibu mahu....kakak tahu apa yang ibu nak sampaikan....dulu, tak boleh.....sekarang......)






Far East - Saat Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

  Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu






Hanya selingan.....^_^

“Balqis rasa nak nangis dengar lagu ni, rasa tak nak kahwin”. Ketawa bersama.
Bergalok bersama Siti Balqis, haha, anak 'ibu' ni ye…haha ^_^

“Ain rasa tak nak kahwin dengar lagu ni, sedih” ^_^ haha, Ain.
Siapa suruh Ain duk ulang dengar lagu sama.





Ibu....kakak rindu sangat ibu....=(( =((
Ibu...kakak perlu doa ibu.....nasihat ibu membakar semangat kakak di sini......
Ibu.....terima kasih....*peluk*






VIDEO YANG SANGAT MENARIK.....'Umi' Balqis ajak tengok ramai-ramai......hadiah daripada seorang anak kepada ibunya......^_^ rugi tak tengok....








KAKAK RINDU IBU!
KAKAK SAYANG IBU!
lambatnya cuti......





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

5 comments:

Hasnah Atiqah said...

aish!ade kaitan ke lagu tuh ngan ibu?? hehehe..
bitu bitu :))

:: Zahratu Billaurah :: said...

b2 nampak ada....haha ^_~
Hasnah ni..~~!
biar la.....

kan b2 suruh Yah pasang lagu hindustan tu agi kan....haha, sedap2

Nasha yeh pyar ka nasha hai~~
Yeh meeri bat yaaro maano~~
Nasha me yar dub jauu~~
Rahuu na hosh me diiwanoo~~

sedap kan? haha ^_~

AIN KAMARUDIN said...

b2... sejak ain dngar lgu tu rasa mcam x nak kawin... x tau knapa mybe bsar sngat tnggujwab lps kwin kut... moga kta smua bleh jadi istri soleheh ye...

AIN KAMARUDIN said...

b2... sejak ain dngar lgu tu rasa mcam x nak kawin... x tau knapa mybe bsar sngat tnggujwab lps kwin kut... moga kta smua bleh jadi istri soleheh ye...

:: Zahratu Billaurah :: said...

Ain...bukan Ain seorg je....b2 pun...b2 pun takut, Ain...=)


ingat x tgh2 malam tu, b2 lari2 dkt Ain sambil pegang henset dan earphone, excited bila dgr lagu Saat Lafaz Sakinah dkt radio IKIM, nak kongsi dengar dgn Ain, Ain kan minat mende2 gini, galok gatal gelenyar geletik mcm b2.. (haha ^_~)...lirik tu dihayati betul2...kdg2 bila kita renung sorg2, fahami, dan sedar..mmg besar tanggungjwb lps kahwin....



mlm tu juga b2 dengar slot 'Mahligai Kasih'...(wahh..psl kahwin juga, nk buat gane, b2 terdengar, untung b2...haha) sepatutnya, umur mcm kita skrg ni la kene tahu apa itu rumah tangga, bagaimana kehidupan berumah tangga, belajar dan dengar pengalaman org yang dh berumah tangga daripada sibuk mencari cinta yg x halal...dan ternyata kesimpulan yg boleh b2 buat....nk capai kemuncak kebahagiaan dlm sesebuah perkahwinan sesuatu yg sukar namun tidak mustahil jika masing2 tahu komitmen masing2....



tapi Ain....kdg2 b2 terfikir gak..sempat ke kita bergelar seorg isteri...entah2 ajal dahulu dtg melamar...bakti kita dkt ibu ayah pun x terbalas...pada b2, soal jodoh tu..biarlah...kalau ada, ada...kalau dia nk dtg, b2 akan beri ruang...kalau xdk...xpela...tu je...

yg penting..."saya bahagia dgn Dia.." =)



p/s:haha, kalau ckp psl mende ni je b2 mesti byk mulut....Hasnah tu fikir bukan2 la tu, smackdown kan budak ni...Tengku pening dh b2 asyik sebut 'zawaj'..haha ^_^
Ameen....andai peluang menjadi isteri hadir menyapa kita, hendaknya kita menjadi isteri solehah dan terbaik buat 'dia'...siapa dia? tunggu je la...^_^ kalau jadi, b2 akan jemput sahabat2 D-3-10! Insya-Allah...


wah...ehem..blog baru..blog baru..dah makin ramai buat blog..kjp, b2 nk letak link blog Ain pula...b2 nantikan post pertama drpd Ain~! ^_^ Ustazah Ain mula berdakwah melalui penulisan...