Saya dipelawa Marhamah ke sekolah uminya mengikuti satu program, sekadar memantau aktiviti. Kami hanya tidur semalaman di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Program ‘Puteriku Sayang’ diadakan khusus buat remaja-remaja perempuan yang bermasalah. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang melakukan kesalahan yang serius, merokok, yang terlibat dengan couple semestinya dan ada yang dibuang sekolah. Saya dijemput di rumah dan bertolak bersama Cik Jah, Marhamah dan Sofiah si comel lebih kurang pukul 6 petang.
Setibanya di sana, kami ke dewan makan asrama puteri. Remaja-remaja perempuan seramai lebih kurang 40 orang sedang menikmati juadah petang. Kali pertama saya bersua dengan mereka, tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka merupakan remaja bermasalah. Memang tiada!
“Marhamah, ni ke budak-budak tu….”
“Haah”
“Bakpe x nampak macam …..”
“Luaran…”
Mereka begitu ramah menyapa umi Marhamah, Ustazah Khatijah. Kedengaran juga kata-kata mereka seolah-olah menyedari kehadiran saya dan Marhamah. Saya sedikit keliru. Mereka bereaksi seperti biasa. Ramah dan baik, seperti pelajar-pelajar biasa yang lain, itu yang saya lihat. Entahlah, mungkin saya jarang terdedah dengan perkara-perkara sebegini. Selama ini hanya merasa iklim dini di sekolah sendiri. (oh….bagaimanakah nanti…di sana…ya Allah….kuatkan hatiku…)
Seusai solat Maghrib berjemaah dan ceramah di surau sekolah, mereka dikehendaki bersiap untuk ke dewan bagi mengikuti slot yang seterusnya selepas menunaikan solat Isyak. Saya tidak pasti ini slot yang ke berapa kerana program ini telah bermula sejak semalam. Saya dan Marhamah ke dewan membantu Ustazah Fauziah menyiapkan kelengkapan yang akan digunakan oleh penceramah pada malam itu.
Adik-adik ‘Puteriku Sayang’ mengambil tempat di dalam dewan, memilih antara 40 buah lebih kerusi yang telah cantik dan rapi disusun (ehem! haha, wek.. ^_^). Marhamah yang telah siap memasang keperluan seperti laptop beralih tugas, rajin (ehem! sgt la, haha, wek lagi.. ^_^) membahagikan gula-gula yang dibelikan oleh Cik Jah semasa dalam perjalanan ke sini kepada adik-adik ‘Puteriku Sayang’. Memandang ke arah Marhamah, secara tiba-tiba dia memberikan bahasa isyarat menggunakan muka…..
“(mari sini kejap)”
*mendekat* “(mende)”
“tolong bagi coklat ni kejap”
“baik..(sedap gak ni)”* ambik balang coklat*
Saya mula mengambil alih tugas rajin Marhamah (haha), membahagikan gula-gula yang ada di dalam balang kepada adik-adik peserta program. Bermula dari sini, saya mula mengesan sesuatu setelah melihat tingkah laku mereka di surau sebentar tadi yang endah tidak endah dengan guru yang memberi ceramah. Mereka kurang adab. Ya, adik-adik ini kurang adab.
“dua sorang ye”
“dua sorang je ke, kak…ambik tiga la..”
“jujur, xleh ambik lebih…nanti orang lain x dapat”
Ada yang dengar. Ada yang tidak dengar. Ada yang ambil sampai lima biji. (Nak ajar macam mana ye budak-budak ni….) Remaja tidak boleh dimarahi, jika berkasar, semakin keras hatinya, semakin susah nak ikut. Lihat pada tema programnya ‘Puteriku Sayang’ sahaja menggambarkan pendekatan yang lembut dan halus tersulam bersama kasih sayang. Penuh kesenian (wah..suka2).Mereka perlu didekati. Mereka perlu diajar tentang adab.
Saya tidak perlu mengharapkan mereka beradab dengan saya kerana walaupun penceramah atau Ustaz telah berada di hadapan mereka untuk slot pada malam ini, mereka masih….
“kak, sini2!”
“kak, saya x dapat lagi!”
Sedih dan kecewa. Kasihan mereka. Mungkin tiada yang betul-betul mengajar mereka tentang adab dan hormat pada orang yang lebih tua. Ibu bapa mereka mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahu perihal anak-anak. Mereka perlu didekati bukan dihindari atau diabaikan. Ini tugas kita.
Slot yang seterusnya, slot terakhir diadakan di surau sekolah. Sebelum itu, adik-adik Puteriku Sayang diberi tugasan berkumpulan. Cik Jah membacakan soalan kuiz dan mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan tersebut bersama-sama dalam kumpulan masing-masing. Soalan yang membuka dan meningkatkan asas pengetahuan agama mereka. Soalan seperti rukun iman, rukun-rukun solat, tentang sunat ab’ad dan haiah ditanya, mengukuhkan pemahaman mereka tentang asas Islam. Marhamah memasang lagu menerusi laptopnya agar mereka tidak kebosanan. Sofiah ketika itu telah tertidur di atas sejadah. Patut pun tiba-tiba senyap,haha. Kasihan si kecil ini, kepenatan agaknya lagipun waktu ketika itu sudah lewat malam.
Seorang ustaz yang lebih mesra dipanggil Ayah We mengambil alih slot yang terakhir. Ayah We bijak bermain kata dan intonasi serta nada suara. Ini penting untuk menimbulkan rasa insaf dan kesedaran di dalam hati mereka. Lampu surau sengaja dipadam, dalam keadaan gelap dan samar-samar, Ayah We banyak menyentuh isu mengenai pengorbanan ibu bapa dan masalah remaja zaman kini berbekalkan bantuan slide powerpoint. Sayup-sayup kedengaran esak tangis beberapa orang peserta program. Ayah We masih bermain dengan emosi adik-adik Puteriku Sayang. Apabila tiba masa yang sesuai, Ayah We mengambil kesempatan tersebut untuk bertanyakan siapa yang pernah melakukan kesalahan seperti merokok, couple dan lain-lain. Beberapa yang mengangkat tangan untuk kesalahan merokok. Kesalahan couple seperti sudah dijangka hampir separuh, ramai. Alhamdulillah, tiada yang memberi respon sewaktu Ayah We bertanyakan tentang siapa yang telah terlanjur melakukan zina. Namun, hanya Allah yang tahu. Kelihatan tidak semua yang begitu menghayati apa yang disampaikan, ada yang lebih memilih melayan rasa mengantuk. Slot pada malam itu berakhir lebih kurang pukul 1 pagi, diakhiri solat sunat taubat bersama-sama.
“Mi, lapar….*buat muka kesian*…..(x kesian langsung…)*”.
Marhamah mengadu kepada uminya. Lapar.
“lapar..? Ya Allah…sian pula.…sian b2...b2 lapar?”. Cik Jah beralih kepada saya.
“x…x lapar….Marhamah je…*muka ada tanduk*…(haha)”.
“Jom kita kuar gi makan, kejut adik”. Cik Jah memberi kata putus.
Marhamah membangunkan Sofiah yang sedang lena tidur.
Pada malam itu kira-kira pukul 1.50 pagi, Cik Jah memandu keluar kereta daripada perkarangan sekolah membawa penumpang seramai 4 orang termasuk seorang lagi guru menuju restoran yang terletak bertentangan dengan sekolah. Sewaktu menunggu hidangan disediakan, tiba-tiba….
brrrooooommmm!! brroooommm!!
Samseng jalanan mula memunculkan diri mereka, membuatkan malam yang sunyi menjadi tegang. Sedih! Sedih! Sedih! Kelihatan hanya anak-anak Melayu beragama Islam memenuhi ruang di tepi jalan. Bilangan mereka terlalu ramai. Sangat ramai! Ada yang menjadi penonton, ada yang terlibat dalam perlumbaan meragut nyawa. Sedih! Sedih! Sedih! Kelihatan seorang remaja perempuan berpakaian mendedahkan aurat membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki. Hadiah perlumbaan. Sangat menakutkan tetapi itulah realiti remaja Melayu dan remaja Islam zaman kini. Tersimpang jauh daripada apa yang diajar oleh agama. “Ya Allah..selamatkanlah mereka…..kembalikanlah mereka ke pangkal jalan…Amin.”. Alhamdulillah, kami selamat kembali ke dalam kawasan sekolah.
Pada malam itu, kami melepaskan lelah bermalam di asrama puteri bersama adik-adik Puteriku Sayang. Sofiah kembali menyambung tidurnya yang terganggu. (haha,sian adik awak,Sofiah mamai ^_^)
JUMAAT, 7 MEI 2010
Pagi itu, adik-adik peserta program merapikan diri masing-masing dan mengemas barang-barang untuk dibawa turun ke bawah. Hari ini hari terakhir program. Mereka menikmati sarapan pagi, menghadiri kuliah Subuh di dalam surau dan seterusnya masuk ke dalam dewan untuk majlis penutup. Kami bertolak pulang lebih kurang pada pukul 11 pagi.
p/s: Leper, saya xkan lupa masa dkt stesen minyak dan dekat masa kita nk balik…..kerja gila…haha ^_^
Leper : awak dengar x budak-budak tu kata mende tadi…
Bulat : kate mende…
“rindu la ke mak…”
“rindu la ke ‘abang’….eh..mak…balik ni nak mesej la”
Leper dan Bulat : ……….
IBRATUL HAYAH
1) Remaja kita masih kurang nilai-nilai murni dalam diri, perlu diajar lebih tentang adab dan cara-cara menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Adab dan akhlak Islam perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
2) Dunia semakin maju dengan teknologi dan bangunan pencakar langit tetapi remaja terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam semakin ‘maju’ menghiasi dada-dada akhbar dengan berita yang tidak enak dibaca. Masalah samseng jalanan yang semakin berani menunjukkan belang, masalah zina yang bagaikan sudah menjadi satu trend masa kini, masalah pembuangan bayi yang dilihat seperti tiada berpenghujung begitu membimbangkan. Nauzubillah!
3) Program-program kesedaran yang diadakan seolah-olah tidak begitu memberikan impak terhadap sebahagian daripada mereka. Kesedaran dan keinsafan yang hadir hanya buat satu tempoh masa yang singkat. Nasihat dan teguran yang diberi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sememangnya tiada siapa dapat merubah diri kita melainkan diri sendiri. Peringatan telah diberi, keputusan di tangan sendiri.
4) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. jika dilihat masalah yang melanda remaja zaman sekarang, bagaimanakah generasi akan datang? Sangat menakutkan. Akhlak remaja Islam kian runtuh dan nilai-nilai murni dalam diri kian terhakis. Dunia sekarang semakin menakutkan dan tidak selamat. Di sinilah tanggungjawab kita. Selamatkan saudara-saudara seagama yang kian hanyut dibawa arus pengaruh barat dan semakin jauh daripada ajaran Islam yang suci. Ini tanggungjawab kita!
5) Doakan mereka. Doakan mereka agar nur keinsafan mengetuk pintu hati dan mereka tergerak untuk berubah. Dekati mereka, hembuskan kata-kata teguran penuh kasih sayang kerana zaman remaja adalah zaman mencari identiti diri. Kasihan mereka, mungkin mereka telah tersilap langkah dan percaturan. Setiap kali kita melihat kemaksiatan yang berlaku di hadapan mata, berdoalah buat mereka. Walaupun kita tidak mampu mencegah secara langsung, sekurang-kurangnya berdoa untuk kebaikan mereka. Demi kebaikan ummah.
6) Pantau adik-beradik kita, apa yang mereka lakukan setiap hari terutama dengan siapa mereka berkawan. Tolong! Dunia sekarang semakin mencabar, menakutkan. Kebanyakan remaja yang tersilap memilih kawan ramai yang terjerumus ke lembah kemaksiatan. Rakan lambang peribadi diri kita. Berkawanlah dengan sahabat yang menebarkan haruman mewangi.
Ayuh Ikhwan Akhawat! Bangkit! Jangan lemah! Kau harapan agama dan ummah! Tetapkan pendirian dalam diri dan berjalanlah kamu sebagai khalifah penegak agama Islam di bumi Allah! Laksanakan amar ma'ruf wa nahi mungkar! Ini tanggungjawab kita! Ayuh,bangkit wahai syabab dan srikandi Islam!
4 comments:
AYAH WE!!
ahh...~
rindu mase sklh rendah dulu2..
mase buat kem kat kembara resort,
ayah we mari mase slot malam 2..
ayah we pon masukla bab2 menyedihkan 2,mmg sesorang menangis,(laki pon..rasenyer..)
mmg sedih t'ingt mak ayah kat umah, kurang raser nk balik.:D
last2,ayah we suh tulis surat ke mak ayah mase semue tgh menangis ,
sampai basah surat2..
ha3,mmg x dilupakan..
balik jer dr kem,set ngan kawan2..klu surat 2 samapi kat umah ambik2 deras2..jgn bg mak ayah bukak..
HA3..Sklh rendh,nk wak camner..
mmg bagusla ayah we nie..
oo..Ema kenal ke Ayah We ^_^
sedap2,suara dan penyampaian Ayah We sedap
kalau masuk bab mak ayah mesti nangis...bakpe ye...
haha,mesti masa tgh tulis surat tu emosi abis, semua keluar..aa..sebab tu xmboh bagi mak ayah baca kan...haha
(mana tau pecah tembelang sape wat pecah pasu rumah ke....dahi adik bengkak ke...haha)
waa...rindu sekolah rendah,sekolah menengah....
anak2 Ayah We pun bagus....dah hafal banyak juzuk Al-Quran
salam b2!!
hehe...nk ckp,akak tgh sedih ni,wawawa..akk xdpt interviu nk amek kos eductaion,sedih sungguh...tp xape lah,insyaALLAH ad hikmahnya,amin2...doakn akk ye!
emm..kita kena ingat..dakwah itu ibarat darah dan nafas kita sbg umat Islam..betul,bkn sng nk bdkwh tp x salah kalau bermula dgn sikit2..nk kata mudah,mayb bkn y plg mudah...tp pndpt akak la,kita usaha spy kita blh jd org y blh jd cth unt org len,insyaAllah itu pun dikira dkwh,y utama,niat msti btul...come,work togetha! bring Islam back~
Waalaikumussalam kak Mira!! ^_^
kak Mira jgn sedih....=( =(
mungkin rezeki kak Mira dkt lain, Allah nak bagi susah sikit sebelum bagi senang~~ ^_^
usaha lagi kak!
Insya-Allah, b2 doakan yg terbaik utk kak Mira!!!
b2 setuju dengan kak Mira,
tugas kita sambung balik rantaian dakwah Rasulullah...(ayat Fatimah Syarha...kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan skrg,bila lagi?)
haah kak Mira..bukan senang nak berdakwah, Rasulullah sendiri pun lalui byk dugaan nak sebar Islam. Dakwah sikit2...b2 suka kalau mula dari keluarga..sebab keluarga tu lah unit2 kecil bersatu jadi kelompok masyarakat..ummah Islam.
Setuju2 ngan kak Mira. Baiki diri dan ajak org lain. Sememangnya mudah untuk menarik orang melalui peribadi berbanding percakapan. Ramai yang tertarik dengan akhlak mulia Nabi, kita pun kene ikut Nabi.
niat betul dan hati ikhlas....Insya-Allah, pertolongan Allah pasti ada...kembalikan kegemilangan Islam~! em!
Post a Comment