Saturday, May 1, 2010

Perjuangan baru bermula!

JUMAAT, 30 APRIL 2010
9.20 pm….
perasaan : excited untuk esok!  ^_^


Ketika sedang sibuk berbalas mesej dengan *sahabat jalan2*…Fathiah, Syerah dan Thirah… berbincang tentang pertemuan yang ingin diadakan pada keesokan hari , istimewa untuk meraikan Farahah yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan 9 nanti dan sekaligus untuk mengadakan pertemuan buat perpisahan sementara yang menuntut masing-masing mencari ilmu, Fathiah menghantar mesej yang terkeluar daripada topik perbincangan.

“ cek upu cpt. line sibuk kekg. Yah cek dh hok b2. B2 bleh asasi BA kt UIA”

Mata seakan tidak percaya melihat apa yang dibaca. Saya terasa ingin menjerit, Ya Allah !!!! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!. Jeritan bergema kuat di dalam hati. Terasa sangat gembira tetapi muka tidak bisa tersenyum, terasa ingin menangis tetapi tiada linangan air mata di pipi. Dalam keadaan perasaan gembira bercampur terharu, terkesima, muka yang keliru dan sedikit kurang yakin dengan apa yang dibaca, saya lantas keluar daripada bilik. Mencari ibu.


Hati nak menjerit nama ibu sekuatnya…tapi tidak boleh, tersekat, hanya kedengaran di dalam hati lantaran masih tidak percaya. (Betul ke apa yang aku baca tadi? ). Ibu ternyata ada di dalam bilik Amirul, sedang sibuk melipat baju. “ Bu, kakak dpt asasi BA, UIA” ^_^. Saya menyerahkan handphone kepada ibu. Ibu membaca mesej yang dihantar sepupu tersayang. “ ye kak? Alhamdulillah, tahniah =) ”.Ibu tersenyum gembira. Dipeluk ibu ^_^ (nenene~~). (rasa nak nangis, tapi air mata tak kuar, sungguh, perasaan yang aneh)


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ on9.....on9.…on9_ _ _ _ _ _ _ _  _ _



Dalam keadaan masih tidak percaya (mmg pyh nak caye, x caye dpt) …online, untuk mencari lebih kepastian. Ramai kawan-kawan yang berada di talian, semestinya masing-masing sibuk mencari keputusan permohonan ke IPTA.
(Terima kasih kepada Yana dan Mimi, rajin check yang b2 punya, b2 x reti nak check gane,mmg terkial-kial,haha,apela dpt kawan gini ^_^….)

Bertanya tentang keputusan upu, saya menerima respon yang menggambarkan pelbagai rasa. Ada sahabat yang menangis, ada yang memberikan reaksi biasa, ada yang gembira dan ada yang berdebar kerana masih tidak mengetahui keputusan yang diperoleh lantaran line terlalu sibuk.



Buat Sahabat Yang Mengukir Senyuman Kegembiraan

Alfu Mabruk !! saya ucapkan. Penantian telah berakhir dan masing-masing mendapat apa yang dihajati. Saya turut tumpang gembira. Jangan lupa pada Dia yang mengurniakan segala nikmat kepada kita. Ucaplah Alhamdulillah…..


Buat Sahabat Yang Berlinangan Air Mata….
(buat awak, awak dan awak…awak tau sape awak yang saya maksudkan)

Sahabat, saya dapat rasakan apa yang awak rasa….=( =( =(  Menangislah kalau itu yang dapat mengurangkan kesedihan awak….menangislah… kalau boleh saya nak sgt peluk awak erat2...skrg…. biar kita sama-sama berkongsi rasa. …tapi…jarak membataskan untuk saya melakukan itu. Saya hanya dapat memberi kata-kata semangat dari jauh…..saya hanya mampu berusaha menyuntik semangat awak kembali….dengarilah saya…sahabat awak yang tak punya apa2 ni….dengarilah saya…sahabat awak yang sangat menyayangi awak kerana Allah….dengarilah saya….sahabat awak yang terasa amat memahami perasaan awak skrg ni…..dengarilah saya….

Pertama sekali…. mari kita sama-sama renung kalam Kekasih kita…..bukti kasih-Nya pada kita….

(Awak yg seorg ada letak ni dekat status ym….saya copy ye…)

"....... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Selalu sangat kita dengar ayat ni, kan. Dulu, waktu terima keputusan SPM pun ayat ni yang kedengaran. Ayat ni betul-betul terkesan dalam hati…selalu menjadi pengubat jiwa yang bersedih….

Waktu hasrat kita berjaya dicapai, kita rasa sgt gembira. Bila kenyataan tak sama dengan keinginan ..sebab tu hati kita akan jadi sedih. Reda dan sabar….tu pengubat.
Saya juga nak cakap, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ni pun awak mesti sering sangat dengar. Sekarang saya nak kita sama2 serap ni dalam hati…..

Saya tau awak sedih sebab tak dpt apa yang awak nak…..tapi percayalah…Allah takkan sesekali menganiaya hamba-hambaNya…Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat awak…saya nak awak yakin dengan-Nya….awak pun tau…Allah itu maha besar sifat penyayang-Nya…sebesar mana saya sayang awak, takkan pernah mungkin menandingi sayangnya Dia pada awak….

“…..sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.”(surah Yusuf, ayat 87)


Waktu saya sedih….saya selalu renung ayat ni, sampai dah dekat sangat rasanya dalam hati, tambahan pula saya suka surah ni….kalau sedih je…kalau rasa macam nak putus asa…saya teringatkan ayat ni….sekarang saya nak awak pun letak ayat ni dalam hati…sifat putus asa hanya layak bagi orang kafir…
saya tau awak tak putus harapan lagi…awak cuma patah semangat saja, kan….kalau gembira, ingatlah Dia…kalau sedih, ingatlah Dia….Dia selalu ada untuk kita….
sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia bagi pada kita…..dan selalu letak peringatan ni dalam hati…apa yang Allah bagi, tu la yang terbaik buat kita…..kalau kita tak dapat apa yang kita nak, percayalah Allah nak bagi yang lebih baik lagi….

Dah habis dah …..saya nak awak kesat air mata tu….dan senyum…^_^
( ada awak seorang tu kata, dah kesat tapi air mata masih turun lagi….*ambik salotape letak dkt mata*…turun x agi..? x dah kan….^_^)

Seorang muslimah sejati kene kuat! Sentiasa optimis dengan kehidupan! Pandang ke hadapan!
Biarpun luar suka menangis…….biar kuat dekat dalam….jatuh2.….. bangun…jatuh je….. bangun balik…jatuh lagi…bangun lagi….(tahan lasak betul…)

( Akhir sekali…saya hadiahkan lagu ni sekali lagi….Segalanya Milik-Mu, tapi lagunya awak pasang sendiri ye..^_^)


<><> Kembara kehidupan kita berbeza…. namun tujuan kita sama… mencari mardhotillah Allah…. <><>


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


SABTU, 1 MEI 2010
11 am…
perasaan : excited nak jumpa *sahabat jalan2* ! ^_^

Tolak….campur….darab ….bahagi….akhirnya 8 orang pergi….Diyana sorang x jadi pergi…dari pukul 11 sampai pukul 2.…lokasi yang banyak makanan la semestinya jadi tempat pertemuan. KFC. *cantum2 4 meja…wah..panjang..haha…privacy sikit rasa sebab duduk tempat jauh dari orang*. Memang lama betul duduk dalam KFC tu, x sedar langsung dah pukul 2.…seronok! ^_^. Mula2 makan….sambil berkongsi cerita….ambil gambar kenangan….pergi Mydin….solat Zohor…balik…Alhamdulillah, matlamat aritu tercapai.

Rasa lapang…~~ gembira…~~ tata Farahah~~~susah dah gak nak jumpa Nadia dan Nashira….~~Syerah, Yah dan Adila….masih berpeluang berjumpa kalau panjang umur…..Thirah..~~~ haha..Insya-Allah….berkepit dengan Thirah dah dekat U kekgi…^_^








Buat kenangan….suruh masing-masing tanda tangan dan tulis apa yang nak ditulis dekat kertas ni…maaf…..ni je yang b2 mampu bagi ….harapnya bila tgk kenangan ni…..ingat b2...dan kawan2 lain….walaupun x seberapa….tapi jujur b2 ukir kata2 tu dengan penuh rasa sayang….harapnya sampai dalam hati…...INNI UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA….* dah mari dah sebak dia…xleh tahan..=((  =(( *
( b2 fotostat 10......8 dah bagi…tinggal dua lagi….b2 simpan untuk Yana dan Marhamah..nak x..)



| b2 |
Allah di hati…Al-Quran di sisi….As-Sunnah diikuti….Hidup terarah menuju alam kekal abadi….

| Yah |
Allah, Engkau dekat…..penuh kasih sayang ( Fathiah)….Hidup mati lillahi ta’ala….

| Shira |
Semoga persahabatan ini kekal selamanya…..<3 love you…..:)

| Thirah |
Bertemumu satu anugerah….berpisah darimu….tak akan pernah…..sayang kamu….

| Syerah |
Ukhwah fillah abadan abada…..<3 love you all…ingat Syerah k !!

| Nadia |
Semoga berjaya dalam lapangan yang diceburi lepas ni! jangan lupa saya, love you!

| Farahah |
Ingat daku dalam doamu….:)

| Dila |
senyum sokmo….=)…. <3 love…




Dikisahkan ada seorang hamba Allah. Dia seorang lelaki dan datang bertemu Rasulullah SAW. Katanya pada baginda,"Ya Rasulullah,sesungguhnya aku mencintai dia (seorang lelaki)." Lantas Rasulullah berkata,"Pergi padanya,dan katakan padanya yang kau mencintainya kerana Allah." Pemuda tersebut pergi dan memberitahu si lelaki yang disukainya."Wahai saudaraku,aku mencintaimu. Aku mencintaimu kerana Allah." Seterusnya,lelaki berkenaan menjawab,"Terima kasih wahai saudaraku. Semoga Allah menyayangimu kerana mencintaiku."



Ayuh Sahabat!
Pemuda pemudi Islam,
Alam baru bakal menerpa,
siapkan perisai iman,
menjadi pendinding diri,
tegakkan kebenaran agama,
di mana jua kaki berpijak,
walau ombak dugaan datang menghempas,
teguh berdiri tidak mudah hanyut,
tidak leka ditelan arus durjana dunia

Ayuh sahabat!
syabab dan srikandi Islam,
pegang kemas azimat ayahanda dan bonda,
harapan melangit,
melihat kita di menara kejayaan,
pasakkan keazaman setinggi gunung,
nyalakan obor-obor semangatmu

Ayuh Sahabat!
kemaskan langkahmu,
kerana...
perjuangan kita baru bermula!

10 comments:

Ema | Memoir said...

TAHNIAH KAK B2!!!!
WAAA!!!
(1st to congrat kat blog)..MESTILA SUKER!!
tahniah lagi kak b2!Boleh jugak p UIA 2...
nak p ker?nanti x leh la tgk kak b2 kat kedai ABC..

Anonymous said...

salam..

masa awk on9 td sy tdo.hihi
sy da ok kot.xla putus asa..tp kurang semangat sikit je.
sy x nangis pun
sy rs pe yg sy dpt mngkin ada hikmahnya..
maybe sy rs sy x kuat dgn course yg sy dpt tp sy rs Allah lebih taw.
jangan gop wak sedih gini..
InsyaAllah kita jumpa lagi
anyway, mabruk ya ukhti!
sedih+terharu gak bc post awk ni..
sy brsyukur dpt kwn cam awk..hehe


Sahabat..Di jalan Allah persahabatan ini bukan milik ku n bukan jua milik mu.. Persahabatan ini adalah perancangan Allah yg mengetahui segala rahsia..
Kerana Dialah aku mengenali mu dan kerana Dia juga telah menetapkan aku dan kau mengukir 1000 kenangan bersama.. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang..
Moga persahabatan ini kekal untuk selamanya.. Amin

"Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu..
bertemu dalam ketaatan,bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya..
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tidak pernah padam
Ya Rabbi..bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan kurnia iman dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela"

panjang komen sy..wow ^^

:: Zahratu Billaurah :: said...

<><> Ema <><>

Syukran jazilan Ema,ya habibati!! ^_^
Alhamdulillah,Alhamdulillah!
ni berkat doa seorang ibu...dan yg lain...
Insya-Allah,23 Mei ni kak b2 daftar...
aih,xleh jumpa kak b2 dkt kedai ABC...Ema mari la lawat kak b2 dkt UIA...^_^

<><> Marhamah <><>

Waalaikumussalam...

haha,patut pun xdk balasan..ade ke patut tidur dpn komp..sian komp terpaksa tgk awak(tadi sy on9 guna wireless,xtau dri mana,tapi skrg xleh dh,haha ^_^)

*nangis selok dh rase...setitik demi setitik kuar ni..xleh tahan...tapi kene tahan..adik tgk pelik...kene berlakon.."ngantuk eh..ngantuk eh..."(kan kalau sy nguap kan kuar air mata)
(yela...saya ngaku saya bdk manja..tapi saya katang...wek!^_^)

walaupun awak mmg payah nak nangis..tapi saya tau..hati awak lembut..saya masak sgt dh perangai awak..awak sedih..saya tau...
saya terkilan sebenarnya....saya nak ngat belajar sama awak...tapi mmg ada hikmah bakpe Allah takdirkan gini....

alfu mabruk alaiki!!!
xpe la..kita sama2 Nilai..kekgi rancang jumpa ye..:) :)
(jumpa skrg xpe,rumah dekat je,haha)

saya pun bersyukur sgt dpt kawan mcm awak....syg ngat awak...*peluk*

(saya bawa kertas tu masa usrah ae...tapi hak kosong...nk x tandatgn saya...haha)

Amin ya rabb...

(kejut gak ni pjg ngat komen,haha...biasa sy byk blebe dkt blog awak)

:: Zahratu Billaurah :: said...

daftar 22 aribulan...silap..bukan 23 aribulan...
bakpe awal sehari...:(( :((
sedihnya.....

Yana said...

b2,,first sekali nak ucapkan tahniah sekali lagi..sebab dpt course yg betul2 b2 nak.. :)

second,,erm..entri kali ni memang menguji ketahanan air mataku...dah berkali2 bgtaw jgn nanges..jgn nanges..keluar jugak air mata ni..agaknya kalau tadah,,memang cukup 1 baldi kot..
hehe~

terima kasih atas nasihat aritu...memang,,mula2 x dpt terima gak..tp lama2 dah ok2..w/pun belum lg sepenuhnya..
dah x tau nak komen ape..speechless..haha :)

terima kasih wahai sahabat..doakan kejayaan kita..insyaallah..amin~

:: Zahratu Billaurah :: said...

syukran Yana....Alhamdulillah....rezeki..kembara hidup b2 dkt situ pula..

:( :(

haha, tu la
sape suruh bagi org baca post gitu ngat...
letak pula lagu... lirik sayu gitu...b2 rase nangis 2 baldi dah...baru tgk tajuk setgh baldi....baca abis...satu setengah baldi...haha :) :) ^_^

sama2 Yana..nilah gunanya sahabat...masa Yana sedih...b2 tolong...kekgi masa b2 sedih...Yana pula tolong b2...
(tiba2 teringat kita 2 org duk dlm tandas masa f5 tu....*Yana imbas balik la, xleh cite byk2 sini,haha* ingat x ^_^ )

Insya-Allah..sama2 kita doa sahabat2 seperjuangan kita....:)

b2 syg ngat Yana...*peluk*

Nur Amira said...

salam cik b2!!!
alf mabrouk...dpt jgk uia akhirnye,alhamdulillah..
yeh,dats rite,pjuangan br bmula...cr hatimu,bina smgt br ye!!syg awk!!

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam kak Mira!!
( bila nk tukar jadi puan Mira)

Alhamdulillah, rezeki b2, kak Mira...syukran jazilan ya ukhti...^_^

perlu kepada doa kak Mira iringi perjuangan dan semangat baru ni....em!

b2 sgt syg kak Mira ....!!!

amir said...

tahniahlah b2 blh aper yg b2 nak, blajar molek

:: Zahratu Billaurah :: said...

Syukran Akh...^_^
Insya-Allah..b2 xkan sia2kan peluang yg ada ni..nk belajar sungguh2...doakan semua junior2 Akh...