Thursday, August 9, 2012

"Kakak macam Fatimah Syarha lah"




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


"Macam Fatimah Syarha, hehe" Teringat sewaktu di UIA PJ, ada seorang adik dari jurusan Bahasa Arab juga yang datang menjual design baju muslimah dari bilik ke bilik. Apabila saling berborak tentang baju dan tempahan, ayat itu tiba-tiba terkeluar bersama senyumannya dan tatapan wajah indahnya merenung saya. Saya merasa kening terangkat sendiri dan senyuman terukir. Mungkin yang dia maksudkan adalah perwatakan dan gaya percakapan saya umpama Princess Barbie (pergh) kerana saya langsung tiada iras ustazah. Malangnya, dia belum melihat watak saya seperti wanita sihir dalam Snow White yang ketawa umpama tak ingat dunia namun Alhamdulillah masih ingat solat. Tak silap akak, nama adik Syamimi kan? Sayang adik. Entri kali ini ada nama adik.

 
Ada seorang sahabat yang merupakan supporter-setia-sepanjang-masa menyangka artikel saya yang diterbitkan di IluvIslam merupakan karya Fatimah Syarha namun tersedar daripada lamunan apabila menyedari itu sebenarnya bebelan panjang yang sweet daripada sahabatnya sendiri. Pergh Hasnah Atiqah~


Dan ini yang paling menggeletek hati saya apabila ada adik alam maya yang baru sahaja saya kenali tertukar antara blog saya dan Ustazah Fatimah Syarha. Makin saya ketawa mengekek lompat bintang apabila dikiranya saya ustazah-yang-dah-kahwin-itu. Dik Munirah Sobri. Itu petanda kakak bakal kahwin awal, Ameen.
 

Memang saya sama dengan Ustazah Fatimah Syarha. Sama-sama seorang hamba Allah, muslimah dan yang penting asal Terengganu (phewwit). Namun andai ingin disamakan dari segi peribadi dan ilmu, saya terlalu tidak layak untuk itu. Hanya bisa menerima sebagai doa sahaja. Moga diri ini bisa mencontohi susuk muslimah sejati seperti Ustazah. Dan doakan agar saya bisa menggali hikmah perwatakan Ummul Mukminin. Saya hanya mahu itu. Dan juga keikhlasan.

 
Baik, ini sebenarnya hanya muqoddimah publisiti. Biasalah manusia sukakan kontroversi.
Sebenarnya bertajuk "Bagaimana kakak menulis?". Teruskan membaca andai sudi.
Selalu entri bernada tegas sahaja. Saya juga sukakan santai. Dan sporting romantik itu sebahagian DNA saya. Muehehe~


("Pergh~" << tak tahu belajar dari mana. Sampai Ibu di rumah pun berjaya saya pengaruhi. Ahaks ahaks ahaks)










Rata-rata mereka yang berstatus adik bertanya bagaimana mahu menulis. Tergaru kepala saya yang tidak gatal itu. Mahu menulis bagaimana itu? Menulis seperti kakak kah? Kakak hanya pandai mengarut di blog sendiri sahaja. Dan selepas menutup laptop, kakak pergi makan nasi (ini hanya bukan pada bulan puasa, haish~) 



Oleh kerana agak ramai yang bertanya namun masih bisa dibilang dengan jari maka saya punya sebab untuk menulis. Orang kata, kalau orang bertanya maka kita mesti jawab. Kerana itu antara ciri-ciri menantu yang baik. Woha! << Ustaz Hamka KeretaMayat yang ajar >>



Sebagai seorang kakak yang tidak pernah terbitkan sebuah buku dan hanya pandai menulis karutan entri blog, maka perkongsian ini hanya sekadar bicara santai di tengah kehidupan yang sesak terutama buat adik-adik yang dalam fatrah (tempoh) exam untuk melepaskan tekanan. Hanya sekadar menjawab persoalan adik-adik. Boleh kan begitu?










Step 1 - Niat 



Dalam apa jua perkara yang mahu kita lakukan, yang paling penting tanya hati kita terlebih dahulu. Untuk apa aku lakukan ini? Mengapa aku lakukan begitu? Kerana siapa aku lakukan begini? Biar nanti apa yang mahu kita lakukan bisa menjadi ibadah di sisi-Nya.



Dalam konteks untuk menulis. Satu, menulis biar kerana Allah. Dua, mahu sebar ilmu dan kebaikan. Tiga, untuk peringatan dan tamparan hebat buat diri sendiri. Andai niat mahu menjadi penulis terkenal, selepas itu mahu buku yang diterbitkan tersebar seluruh pelosok benua, menerima royalti bayaran dan seterusnya kaya hidup mewah bahagia selama-lamanya. Tidak mengapa, letakkan di nombor-nombor yang seterusnya. Salahkah mahu jadi kaya? Tak salah. Jangan sempitkan pemikiran. Makin kaya makin adik bisa memberi. Asalkan sentiasa beringat jangan sampai lupa diri.


Yang pastinya, mahu ikhlas itu susah. Kerana kita sendiri tiada ukuran menyukat peratus keikhlasan. Dan kerana itu setiap kali sujud terakhir dalam solat berdoalah kepada Allah moga sentiasa diberi keikhlasan dalam apa jua yang diri mahu lakukan. Okeh?










Step 2 - Mulakan menulis




Kalau mahu jadi seorang petani maka bertani. Kalau mahu jadi seorang pekebun maka berkebun. Kalau mahu jadi seorang pelumba lari maka berlari. Kalau mahu jadi seorang pemerhati maka memerhati. Kalau mahu jadi seorang penulis? Ya, maka menulis.



Formulanya, mulakan. On your mark, set and go. Andai hanya mulut yang menyanyi riang mengatakan mahu menulis tetapi tangan tidak bergerak, manakan jadi begitu sayang. Kakak juga tidak pandai menulis, tetapi kakak tetap syok sendiri menulis. Kerana itu step pertama penting. Orang terima atau tidak, teruskan sahaja kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. No worries.


Apabila penulisan yang asalnya hanya sekadar peringatan buat diri mula diterima orang lain, kebaikannya turut sampai kepada mereka di sekitar maka ucapkanlah Alhamdulillah. Kerana ini semua bukan daripada kita. Tangan yang tergerak menulis adalah kerana dengan izin Allah. Dan hati-hati mereka yang terbuka menerima itu adalah kerana Allah.


Sentiasa ingat ini semua bukan milik kita. Jadi? Stay cool and sweet.










Step 3 - Bersikap advanced dalam penyebaran 



Mengapa kakak hantar artikel ke ILuvIslam? Mengapa kakak buat page blog? Mengapa kakak buat itu? Mengapa kakak buat ini?


Kerana begini. Mari kakak datangkan analogi.



Adik-adik pernah buat biskut raya? Kalau pernah, baguslah. Sila kahwin cepat-cepat. Adik-adik dah ada ciri-ciri menantu yang terbaik punya.


Andaikan suatu pagi yang hening, tiba-tiba datang keinginan ingin membuat biskut raya Almond London. Maka adik-adik pun bertungkus-lumus memerah keringat. Maka tersedialah biskut raya yang awesome tersebut.

 

Langkah pertama. Adik makan sendiri biskut raya yang dibuat dan syok sendiri bercakap seorang diri mengatakan bahawa Almond London tersebut sangat sedap.


Langkah kedua. Adik menyuakan Almond London tersebut kepada ibu dan ayah. Maka ibu dan ayah menangis terharu kerana memikirkan anak mereka sudah besar panjang pandai berdikari membuat biskut raya sendiri. Adik-adik sudah menyenangkan hati mereka.



Langkah ketiga. Adik bawa Almond London tersebut kepada jiran sebelah rumah. Jiran begitu terharu sambil menangis kerana masih ada rezeki biskut raya buatnya memandangkan tidak sempat dibeli sementelah begitu sibuk menghias rumah dan membeli keperluan baju raya. Dan kini adik-adik sudah mula menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran. Memenuhi galakan Rasulullah berbuat baik kepada jiran.


Baik, sekarang apa yang dapat adik simpulkan? Ha, tak faham?


 

Baik, begini. In simple words, makin adik sebarkan satu kebaikan, makin adik buka peluang dan 'cawangan' kebaikan maka makin bertambah saham akhirat adik. Tak payah pening-pening.


Namun apabila adik begitu berbangga dengan Almond London home-made buatan sendiri sehingga mengatakan makcik-makcik yang dah lama menjual Almond London pun tidak mampu menandingi, di situ ada sedikit kesilapan teknikal.

 

Maka, di manakah niatmu yang benar?



Andai pada suatu ketika Almond London yang disediakan itu tidak memenuhi syarat, tidak mengapa. It is not a mistake to make a mistake, dear. Teruskan belajar daripada kesilapan. Dan akan kita temui pengajaran yang lebih besar.



Sebelum artikel diterima, artikel-artikel kakak yang kurang matang sebelum ini pernah direject dua tiga kali oleh pihak ILuvIslam. Namun tidak mengapa, kakak masih berdegil menghantar. Dan sungguh tidak sangka, banyak yang kakak pelajari kerana pihak IluvIslam akan menerangkan satu-satu apa kesilapan kita. Dan daripada situ kakak mula belajar banyak perkara yang kakak tidak tahu. Mereka sungguh sweet, bukan?




Kakak percaya andai adik konsisten dalam penulisan, adik bisa pergi jauh lagi. Makanya ilmu itu nanti dikongsi bersama akak. Andai sudah berjaya terbitkan buku, jangan lupa kakak di sini. Doakan kakak untuk terbitkan buku juga selepas ini pula ya. Baru boleh bertanya banyak sikit. Kakak pun boleh bercerita banyak sikit. Doa-doakan kakak moga sentiasa berada dalam jalan yang lurus. Sayang kamu semua.









Kesimpulan.



Setakat itu sahaja dahulu nasihat kakak. Kerana kakak masih muda dan perlu banyak makan garam lagi untuk jadi lebih matang. Untuk dapatkan lebih kepastian, adik-adik boleh bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam penulisan. Dan kongsikan dengan kakak ya.


Jaga niat. Teruskan menulis kerana dia. Apabila ada peluang untuk meningkatkan minat dalam diri, go ahead. Apabila ada suara yang tidak menyokong, diri tidak akan lemah kerana hati itu tahu apa yang diingini. Allah lebih tahu. Andai kita inginkan kebaikan yang bukan sahaja buat diri malah juga buat mereka di sekelliling, Allah pasti akan menunjukkan jalannya.


Dan yang penting. Mana-mana kita pergi, apa-apa yang kita lakukan, sentiasa membisik doa supaya hati sentiasa ikhlas. Kerana walau beribu artikel yang diterbitkan, walau beribu peminat yang meminati penulisan buku kita, itu langsung tidak bererti pada pandangan-Nya. Kerana kita mahukan syurga Dia bukan syurga dunia.


Wallahua'lam bissowab. 



(terasa puas dapat mengarut kali ini. Kembali sambung jadi budak baik dan thiqah)










Allah..cepatnya Ramadan berjalan meniti hari. Kita dalam tempoh sepuluh terakhir Ramadan kini. :'(


1) teruskan amal
2) usaha bangun qiam
3) doa sungguh-sungguh bukan main-main
4) banyakkan mengaji dan menghayati kalam Allah terutama
5) banyakkan membaca artikel ilmiah/ muhasabah diri/ menonton perkara kebaikan di TV atau internet
6) menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia sekeliling


Sama-sama merebut lailatul Qadr!

Nasihatkan diri ini kerana diri ini sering lupa.



Special for you :

Tips - 7 Strategi Memburu Lailatul Qadr










Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"
 

9 comments:

aNNa said...

(◕‿◕✿)~

:: Zahratu Billaurah :: said...

| aNNa |

Hehehehe~<3 ^_~

Puteri Amna Balqies said...

Salam wbt

tak tahu nak ckp ape..

tapi terbaik..

"It is not a mistake to make a mistake, dear. Teruskan belajar daripada kesilapan. Dan akan kita temui pengajaran yang lebih besar"

Akak suke ayat ni!!

Best of luck my dear

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah dari akak ^__^

:: Zahratu Billaurah :: said...

Wsalam wbt ^_^ akak!

Hehehe, mesti akak pening layan adik ni. Terima kasih selalu support adik dari belakang =') syg sgt akak kerana Allah! Moga Allah sentiasa merahmati akak, Ameen.

munirah sobri said...

Ass'kum akak "Fatimah Syarha" ahaks,,, terima kasih atas kesudian dlm pkongsian yg bermkna ini..love akak till Firdaus :)

amal said...

Nice sharingg b2, Jazakillahu khayr! ;)

Aahh , gaya style b2 cakap kot mcm ustzh ftimah syrhaa , LIKE!

Best bilaaaa 1st time hri tuu b2 call , tenang je dpt sembng ng b2, cam ustzh FS ;)

moga b2 pun bule jadi penceramah dan penulis hebad cm ustzh FS nt, inshaAllah ;')

salam sayang fillah ;) <3

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Ustazah Bitu memang hebat.. kikiki

Nur Atiqah Mohamad Norhaidar said...

Salam. Saya sangat suka entri-entri dalam blog saudari! <3 it! Moga Allah berkati saudari..^^v

Hana_Aiesy said...

assalamualaikum .. Adik tak tahu nak kata apa , kak .. Bhasa sgt gramatis .. smpai mnangis adik hayati stiap bait2 prkataan2 yg akk tulis .. maju ya kak utk ISLAM !! JIHAD FI SABILILLAH !!