Monday, July 30, 2012

Sayangku, Hijrahlah Bersama Hati Bukan Niqab Cuma...



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab mengupload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu laman sosial yang cukup terkenal. Gambar perkongsian yang sederhana masih sejuk di hati memandang. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend', apatah lagi yang lain. Terutama kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.


Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang.


Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah.


Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...








Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab Maka "Jangan Main-Main" 



Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai begini, orang-orang di sekeliling punya high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.



Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya yang dilihat tinggi pada kita. Bukan sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila berpakaian niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it serious, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang "don't play play". Jangan main-main.



Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.









Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah.



Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak seperti pemakaiannya, kerana itu ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi... 



"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati..."

"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Masya-Allah...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."

"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la"



Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.



Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.



Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.



Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.



Namun tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkahan menuju kebaikan.









Sayangku, Jangan Memilih Memakai Begini Kerana Lelaki. 



Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.



Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan "wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku".



Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah kerana-Nya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisi-Nya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. 



Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.









Apabila Niat Hanya Kerana Dia Maka Yang Lain Akan Turut Terjaga.



Akan kudatangkan satu analogi terlebih dahulu. Andaikan seorang lelaki dengan niat dan keinginannya ingin mencuri. Apakah dia akan mengetuk pintu rumah orang kaya yang didatanginya dan mengatakan "Assalamualaikum. Bukalah pintu ini. Saya mahu mencuri". Tidak bukan?



Andaikan seorang lelaki lain dengan niat dan keinginannya untuk menziarahi saudara. Semestinya mengetahui adab sebagai seorang tetamu yang memberi salam dan masuk ke dalam rumah melalui pintu depan setelah dipelawa.



Apakah yang membezakan antara kedua situasi? Ya sayang. Pembezanya adalah niat.



Niat yang benar akan memandu diri melakukan perkara kebenaran. Sebaliknya yang berlaku apabila niat terpesong dari landasan asal.









Utamakan Yang Lebih Penting Daripada Yang Penting.



Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik.



Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.



Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?



Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?



Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?



Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.



Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqob itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?








Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandangan-Nya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.



Saya punya sahabat-sahabat berniqob. Dia seorang kakak yang baik dan tabah dalam menjalani kehidupan dan mempunyai semangat juang yang tinggi! Dia seorang sahabat yang benar-benar menunjukkan perubahan setelah pemakaian niqob. Ini yang kita mahu!



Saya punya sahabat-sahabat bertudung labuh. Dia seorang kakak yang sangat lembut dalam percakapan dan raut wajahnya sentiasa mempamerkan ketenangan. Sehingga terbias kepada hati ini. Dia seorang kakak yang memakai tudung bidang 60 yang benar-benar jelas akan semangatnya dalam komitmen dakwah. Subhanallah!




Saya punya sahabat-sahabat yang memakai pashmina, tudung bawal beserta pemakaian cardigan. Terkadang mereka lebih pandai mengajar diri apa sebenarnya erti kasih sayang dan mengajar bagaimana menghargai orang lain berbanding mereka yang lebih meter kain tudungnya. Seriously. I really mean it.



See? Manusia pada mulanya tidak dapat tidak akan menilai luaran terlebih dahulu. Namun kebaikan akhirnya ternilai kepada akhlak kembali. Harus menerima hakikat itu.



Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you're doing now, my love!



Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!









Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak. 



Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.



Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh.



Kerana itu niat amat dititik beratkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it's alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.



Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, "tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.




Tidak semestinya berniqob lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.



Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.



Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!



Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.



Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna fillah ya akhowat!









=') sayang kamu semua muslimah~! *peluk*



Maafkan diri yang hina ini andai ada hati yang terluka kerana bicara ini. Sayangku, kalam ini langsung tiada berbaur benci atau ingin melumpuhkan keinginan yang memilih jalan kebaikan. Tidak sayang! Namun, hanya ini yang mampu kulakukan sebagai tanda kasihku kepadamu. Kentallah dengan ujian dunia dalam usaha menjadi muslimah sejati pada abad moden yang penuh dengan tipu daya ini. Moga sahaja kita selamat di dunia. Dan yang paling penting, juga selamat di akhirat sana. =') Ameen. 


p/s : Maaf, diri ini memang jenis agak bercakap straight forward. Tidak mahu dan tidak suka melencong. Lebih gemar tegas dan pap, straight to the point. Bagi diri sendiri setakat ini memang memilih untuk tidak memakai niqab dan kekal bertudung labuh kerana bagi diri sendiri merasa lebih selesa dengan imej begini. Pada pegangan sendiri, kerana dengan cara pemakaian begini diri mudah mendekati 'mereka-mereka' yang tidak terbiasa dalam suasana 'tudung labuh', 'majlis ilmu agama', yang bukan daripada kalangan 'saya-tak-sokong-couple' dan lain-lain. For the sake of da'wah. Tetapi itu tidak bermakna niqabis sukar mendekati masyarakat. Tidak! Lihatlah kesesuaian dan situasi masing-masing. Flexible =)

 


Walau apa pun, tanggungjawab terhadap dakwah itu tidak akan tamat sehinggalah nyawa diambil. Lihat dunia di luar sana! Wahai niqabis, wahai bertudung labuh, wahai yang berpashmina, wahai tudung melilit dan wahai muslimah. People out there need you! Do whatever you can to help them. Sebarkan kasih sayang. Cukuplah menyalakan api permusuhan. Kerana kita semuanya saudara. 



Dan khusus buat niqabis. Diri amat amat amat menghormati mereka yang memilih untuk berniqab. Bukan senang. Kagum dan bangga! and really support them! Hehe, diri tahu ramai yang teringin. Sayang, pakai if it is really good for you! But stay focus pada penghijrahan hati dan isu-isu yang lebih utama. =) ok? Moga dalam jagaan Allah selalu. Muah <3 <3 <3

"when it comes to deen principle, I can't stop myself from slowly being strict. No compromise."
-kakak sulung yang garang sporting bertempat tetapi tetap penyayang-
muehehehe~<3 =P









okeh. tak tahu kenapa asal cakap pasal perkara berkaitan ini je mulut tangan tak boleh berhenti. sampai berbelit dah isi =__= Sebab muslimah istimewa! ^_~ dan sebab diri sendiri mengambil kira banyak sudut pandang pembaca yang membaca bagaimana.

Ini ada sedikit perkongsian tambahan.Tersentuh hati saya membaca penulisan kak Insyirah. Sehingga membuatkan diri rasa terpanggil untuk turut berbicara. Dari skop yang agak lari sudutnya dan banyak juga yang terlari-lari. Syukran kak atas artikel ini. Moga akak dan keluarga dalam rahmat Allah selalu! Love you Ummu Amir~! ^_^ dan bagi mereka yang berminat tentang niqab, ziarahlah kak Syirah. Banyak info di situ. <3



Ini perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarha.


Aurat Wanita (beza antara jilbab, khimar dan hijab)
Berniqab atau tidak berniqab


(=__= tak tahulah ada ke yang sanggup baca berjela begini)









Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"

11 comments:

yunZatie said...

erm.btw sy de seorg kwn yg bertudung labuh. tp probnye dia leh date smpai lewat mlm pulak kan. berjln berdua2an. n si lelaki nya x kurg alimnye..tp perbuatan diorang menimbulkan cakap cakap. dah ditegur tapi wat x endah. sy akui ilmu agama sy x tggi tp pemakaian dan gaya muslimah dah bawak satu expresi burok kat org yg pandang dia. dan lelaki tu pun sama. mcm yg awak ckp. bila kita pkai yg baik2 org akan ada high expectation even dia jugak manusia biasa. tp wat to do. ........

sunshine =) said...

subhanaAllah!artikel yg sgt mmbina diri ini yg msh lemah...terima kash akq krana brkgsi ilmu ini buat semua.emm..ana ingn mmnta pndpt akq..ana ade seorg kwn..dy kini mmai purdah ttpi kteye dy hanye mmkai ktika brsma bukan dgn keluarganya..tidk kire la brsma kluarga sndri mahupu sdra mara,dy x pkai ats sbb ibu bapanya tdk mmbnrkn.dy kini mrsa tkut jika akn tmbul fitnah pd dirinya krna pkai hanye brsma kwn2ye..apkh pndpt akq mgnai situasi ini?dn ape yg prlu shbt sy lakukn?adkh trus dgn cre yg dy lkukn atau ade cre len yg terbek?hrp akq dpt berkelapngn mmbrikn pndpt..maaf krna byk sgt soaln yg ana tanya.. salam perkenalan dari jauharah.. (:

:: Zahratu Billaurah :: said...

| yunZatie |

=) itu lumrah syg. Manusia akan menilai peribadi melalui pemakaian. Manusia bukan mahu peduli kita ini bukannya malaikat tetapi hanya insan biasa. Krn itu bila memakai pakaian yg melambangkan susuk 'solehah' begini tidak boleh dikira main2. Nama Islam dibawa bersama. Salah manusia yg melakukan tidak mengikut seperti apa yg sepatutnya terlaksana, tetapi maruah Islam yg tergadai dan dipersalah. Bahaya. Enti sebagai seorang sahabat mesti menariknya kembali. Mesti usaha. Kalau bukan kita sebagai shbt yg melihat, yg menyedari apa yg dilakukannya itu salah, siapa lagi yg mahu menegur?

Usah merasa diri yg tidak tinggi ilmu agama berbanding org yg ditegur menyebabkan hasrat dakwah terbantut. Kita tahu tutup aurat wajib, dan mesti jg pergaulan mengikut batas syarak. Kita ada ilmu itu. Bila lihat org sekitar yg melakukan tidak seperti apa yg diajar agama, maka kita dgn ilmu itulah sedayanya usaha menegur. Tak cukup tegur sekali. Tegurlah dua kali. x makan lagi, tegur lagi. Dakwah itu bukan pergi menjengah memberi satu kata nasihat dan bila melihat tiada perubahan, kita putus asa dan tidak mampu utk menegur lg. Tapi dakwah itu berdenyut hingga nadi yg terakhir! Enti pastinya seorg shbt yg baik dan solehah! Maka tariklah tgn shbt itu bersama! Moga enti dlm jagaan Allah sentiasa, Ameen. =')

p/s: xtahu kita sama umur atau yunZatie ni berpangkat kakak. Anggap kiranya mungkin sama umur. Kalau seorg kakak, saya dah nak panggil 'akak'. Hee ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| sunshine jauhara |

Untuk persoalan adik itu akak jawab dengan video daripada Ustaz Azhar ye :

http://www.youtube.com/watch?v=-staWxrc0iI

http://www.youtube.com/watch?v=xwzapbvSQC8&feature=relmfu

Melakukan kebaikan pasti ada rintangannya. Namun apa yg akak nak cakap, apabila kita berkehendakkan yg baik buat diri maka Allah sentiasa ada di sisi dan pertolongan-Nya pasti ada menemani =)

Kita cuba untuk istiqamah namun dlm satu2 situasi pasti ada yg lebih aula atau penting untuk diutamakan. Sahabat adik mgkn boleh mengambil langkah slow talk bersama ibu bapa. Terangkan satu persatu kenapa, apa, bagaimana dan lain2 ttg hasrat untuk berniqab. Kerana itu mesti tahu mengapa aku mahu pakai? Adakah kerana melihat budaya skrg ramainya muslimat mula berniqab? Atau benar diniatkan kerana keredaan Allah? Pakai dengan ilmu dan dihiasi peribadi solehah. Berdoalah moga ibu bapa lembut hati dan boleh menerima dan memahami. Andai kata tidak setujunya ibu bapa membawa kepada hingga renggangnya hubungan keluarga dan masam muka hanya kerana soal niqab, maka tanyalah pada hati mana yg lebih jelas keutamaannya. Wallahua'lam. =)

Apa yang paling penting. Berniqab atau tidak. Tetap jaga diri, jaga iman, jaga akhlak. insya-Allah selamat.

p/s :Bertanyalah syg selagi mana kita perlu tahu sesuatu perkara utk kebaikan. Jazakillah syg sudi singgah dan meluangkan masa memberi komentar. Amat dihargai! Moga adik dlm rahmat Allah sentiasa, Ameen =')

ayah hir said...

akak,saya dah bce post ni,saya terkesan dengan penulisan nie,ramai juga shbt2x tudung labuh saya yg dah mula berpaling dari tudung labuh tuh,sedih,mereka pakai tudung labuh tp pergi pakai bju korporat yg singkat,nak tegur xberani,amik iktibar untuk diri jela,ada gak yg pakai tudung labuh cz seorang laki tu mintak then bila dah break mulalh bukak tudung semula,malunyew saya sebegai seorang lelaki nie,tq akak

:: Zahratu Billaurah :: said...

| ayah hir |

Allahuakbar, entri ini sebenarnya khusus buat muslimat. Apabila muslimeen seperti adik yg membaca juga terasa, hati adik sungguh lembut. Tak apa dik. Kita tiada hak untuk menyisihkan mereka. Mungkin mereka masih tidak nampak haluan bagaimana yg mesti diambil. Andai tidak mampu menegur hadapan, kirimkanlah doa buat mereka sentiasa. Moga Allah merahmati mereka. Barakallahu feeka ya Akhi.

PENCARIAN ILMU said...

Assalamualaikum sahabat saya,tak terkata saya bila baca artikal ni.,sungguh banyak pengetahuan yang baru untuk saya pelajari.,segala soalan yang selama ini ku pendam semuanya terjawap di artikal ini. ='(.,sedih bila baca perkongsian ini. teringat setiap perjalanan yang ku lalui. Alhamdulillah apa yang di cari kini telah di temui.,akan ku hargainya.,untuk membantu diri. terima kasih atas segala perkongsian,pendapat dan kasih sayang yang telah dirimu berikan..^_^

Hannah Rumaisya said...

*terasa*..

Kak B2, saya sekarang ni belajar di uitm shah alam..saya sekarang berkawan rapat dengan seorang brtdg bdg 60, yg free hair dn seorang yg baru berjinak dengan tudung.

Bila berjalan bersama-sama, org akan asyik2 pandang je..but then, kwn sy yg tdk bertudung ni memang niatnya ada untuk bertudung, cuma masih mencari kekuatan.

Dgn diorang jg sy belajar bnyk benda,..dn sy jg prlu lebih menjaga diri sy kerana mcm yg akak ckp, expectation org memang tinggi kpd yg memakai tdung labuh atau bdg 60.

sy suka entry ni,
terima kasih atas perkongsian =)

Hasri said...

saya suka sangat baca blog ni,maaf saya ad copy msj daripada blog untuk kawan2 saya

syamsinar zamuri said...

Assalamualaikum wbt ukhti...

Sy seorg niqabis juga seorg ibu tunggal....
Kebelakangan ini naluri sy terlalu mendesak utk mencari yg blh mengisi kekosongan hati yg tlh berlalu 5 thn....sehinggakn sy berdoa diwaktu mustajab agar segera ditemukan jodoh dgn seseorg yg dpt membimbing sy serta ank2 sy ke jln yg diredhai Allah...

Tp mungkin dek desakan perasaan itu menyebabkn sy mewujudkn satu akaun di alam maya...& telah mengenali beberapa org lelaki....lalu bermula lah bibit2 perkenalan...ada jgk yg ajak berjumpa ttp sy tolak...

Baru2 ini sy kalah dgn hasutan syaitan....sy telah kluar berjumpa dgn seorg kenalan maya ini...tp bkn berduan...sy bawa ank2 sy juga bersama...

Tapi bila sy pulang ke rumah sy rasa satu perasaan bersalah & ini satu kesilapan yg sgt besar sy buat dlm hidup sy....lalu sy delete akaun sosial sy & smua perbualan alam maya sy bersama smua lelaki2 termasuk yg prnh sy jumpa ini....

Ya Allah adakah hina sy?? Sy telah mencemarkn nama baik & penampilan niqabis yg lain....Allahurobbi !!

syamsinar zamuri said...
This comment has been removed by the author.