أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya,"
"Kenapa dia bercouple? Oh, mungkin kerana dia kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa sehingga menyebabkan dia bertindak mencari kasih lain. Maka aku yang cukup kasih sayanglah harus berbagi,"
"Kenapa dia tak solat? Oh, mungkin kerana dia masih tidak diberi pemahaman tentang agama yang cukup. Aku yang tahu tentang rukun dan pelaksanaan solatlah yang harus mengajar kepadanya,"
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut,"
"Kenapa dia kurasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya,"
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi,"
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan,"
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga punya sifat berhati-hati.
Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti dari mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya
Allah, jadikanlah bicaraku,
tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman,
ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan.
Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri
hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau
tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya
Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu
setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu
dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"
No comments:
Post a Comment